BAB 63

256 19 5
                                    


Hampir dia tersungkur dek langkahnya yang laju teramat. "Qasih macam mana?" Digoncang bahu ayah mertuanya, Saiful. Sejurus saja dia sampai di hospital.

"Aiden. Aiden tak boleh dekat sini," pintas Nadien. Sebelum sempat Saiful membalas.

"Stop it! Saya ada hak ke atas Qasih. We love each other. And from now on. I will not let anyone take her from me," tuntasnya tegas. Matanya yang berbinar merah membuat semua yang melihat adegan itu, gerun melihatnya.

Nadien terbungkam. Hilang daya untuk berbicara. Dadanya turun naik mendengar ungkapan Aiden yang sama sekali tidak salah.

"Aiden. Bertenang ya. Tak ada siapa yang nak pisahkan kamu berdua. Ayah sendiri tak tahu benda ni akan jadi dan ini satu kesilapan besar. Ayah tak setuju pun. Aiden bertenang dulu. Doktor kata keadaan Qasih stabil, tapi kita tunggu doktor keluar dulu baru kita jenguk Qasih ya? Mari, duduk dulu," pujuk Saiful. Arif dia perihal hati lelaki. Dengan tenang Aiden mengikuti nasihat ayah mertuanya. Di samping Saiful. Aiden duduk sambil lutut memangku siku. Beberapa kali dia meraup wajah sehingga terjengul figura doktor.

"Macam mana keadaan Qasih, doktor?" Serentak semua memberi soalan yang sama. Doktor yang bernama Edrisya itu seketika terkedu.

"Alhamdulillah. Puan Qasih baik-baik saja. Sekarang tengah rehat. Boleh masuk tapi jangan bisinglah ya. Bagi Puan Qasih berehat dulu," terang Doktor Edrisya sambil menyimpul senyum sebelum berlalu.

Saat Nadien dan Nirmala bergegas mahu masuk melawat Qasih. Saiful dengan pantas menahan. "Tunggu."
Dato Luxiana pun ada disitu namun dia hanya tenang menanti di tempat duduk tanpa berganjak. Wataknya seperti biasa. Angkuh tapi masih mahu ambil tahu.

"Biar Aiden saja yang masuk. Benda ni tak jadi kalau bukan..."

"Saya? Abang salahkan saya? Semua ni takdir abang," bidas Nadien.

"Jadi awak masih rasa yang awak tak bersalah lah ya? Dengan idea awak yang dah hancurkan rumah tangga orang sampai Qasih jadi macam ni. Awak tak salah, takdir yang salah!" lantang Saiful. Geram betul dia dengan isterinya.

"Sudah ya. Kesianlah dekat Qasih. Dia tak sihat, kita pula bertekak dekat sini." Nirmala mencela. Segan sebenarnya untuk masuk campur tapi mengenangkan nasib anaknya di dalam wad. Dia kenalah juga bersuara.

"Betul apa awak cakap. Dah, kita bagi Aiden je yang masuk. Kita semua balik," kata Saiful. Setuju dengan nasihat Nirmala.

"Aide... Aiden..." Tiada yang sedar. Sedari tadi figura Aiden sudah lenyap dari situ. "Mana Aiden?" tanya Saiful ke semua orang. Nadien, Nirmala, Syahira sama-sama angkat kening. Tak tahu. Namun disaat itu juga, Dato Sri Luxiana bangkit sambil melepas keluhan kecil. Dipandang semuanya dengan pandangan sinis. "He's already inside. You all tak perasan?" sinisnya dengan senyuman serong. Geleng kepala melihat karenah manusia dihadapannya.

"Hah?" Semua terkejut serentak. Syahira mencubuk dari pintu wad yang menempatkan kakaknya. "Haahlah. Encik Aiden kat dalam..." katanya.

"Baguslah. Mari kita semua balik. Nanti kalau ada apa-apa. Pandailah Doktor Umi atau Aiden sendiri bagitahu. Buat masa sekarang ni, kita kena bagi diorang masa berdua. Sebab kita ni lah, masalah muncul. Jom balik," ujar Saiful. Kecewanya dengan Nadien bukan kepalang. Yang peliknya, dia sendiri tak faham kenapa dia boleh biarkan semuanya jadi tanpa menghalang.

Tiada siapa lagi berani membantah. Satu persatu bergerak mengikuti langkah Saiful. Hanya tinggal Nadien yang sengaja memperlahankan langkah. "I think you're the best mother. Until today. I'm very disappointed with you. You cakap, you buat semua ni untuk kebahagian Qasih. Do you see Qasih happy now?" Sempat Dato Sri Luxiana berdecit sebelum turut melangkah pergi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now