BAB 65

259 23 15
                                    

"Kita buat rawatan dulu ya puan..."
Qasih yang terbaring lemah hanya mengangguk sembari mengukir senyuman. Dia akur sahaja dengan apa-apa rawatan yang diberikan. Awal pagi tadi dia difahamkan, Aiden dan ayahnya mendapat panggilan dari Doktor Edrisyah untuk berbincang mengenai keadaan terkini kesihatannya. Qasih turut tertanya-tanya apa perkembangan terbaharu penyakitnya.

"Baiklah puan. Dah selesai. Saya minta diri dulu ya..." kata jururawat tadi. Qasih tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.

Saat jururawat itu melangkah ke luar pintu, terjengul figura Datin Fatimah dihadapan. "Er... saya nak melawat menantu saya. Qasih dekat sini kan?" tanya Datin Fatimah. Jururawat tersebut menyimpul senyuman. "Ya, silalah. Saya minta diri dulu." Lega setelah dipelawa. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam wad. Walaupun agak berdebar tapi dia berusaha untuk berani berdepan dengan Qasih.

"Buat apa dekat sini?" pantas pertanyaan Qasih terpacul sejurus melihat kelibat Datin Fatimah muncul dihadapan. Keadaannya yang mulai membaik kembali terganggu. Sedaya upaya emosi dikawal. "Qasih..."

"Please... tolong keluar," pinta Qasih menepis ayat ibu mertuanya.

"Qasih, momy nak minta maaf..."

"Not now... please..." Saat tubuh mulai menggigil Qasih pantas memalingkan wajahnya ke arah jendela. Wajah wanita tua itu benar-benar seperti virus pandemik yang merebak cepat merosak fikirannya. Peluh dingin terbentuk, perlahan menitis di segenap wajahnya. Qasih terus berpeluk lutut. Ibu jari digigit-gigit untuk menahan diri. Suara itu muncul lagi.

"Habislah kau Qasih! Habislah kau! Dia datang nak bunuh kau Qasih. Habislah kau!"

"Tolong... pergi..." rayu Qasih. Nada suaranya sudah berubah lebih rendah daripada tadi. Bukannya menuruti permintaan Qasih, Datin Fatimah malah memajukan langkahnya.

"Qasih tolonglah... Qasih saja satu-satunya harapan momy. Kalau Qasih tak maafkan momy. Papa, Aiden, sampai bila-bila pun diorang akan benci momy. Please... Qasih. Please..." rayunya lagi. Datin Fatimah tidak memikirkan perkara lain selain daripada terdesak menagih kemaafan.

Kedengaran begitu jelas saat Qasih menarik nafasnya dalam. "Pergi... tolonglah pergi..." ucap Qasih diiringi deruan nafas.

"Qasih..."

"Aku cakap pergi!" Lantang jeritan Qasih. Matanya tajam mencerlung ke anak mata Datin Fatimah. Dengan nafas turun naik, perlahan kakinya turun dari katil. Jika diikuti keadaan kesihatannya, adalah sangat tidak memungkinkan untuk Qasih boleh berdiri lama apatah lagi bergerak lasak. Namun saat PTSD nya kembali menyerang, emosi terus mengatasi segalanya.

"Momy tahu momy salah. Momy jahat, kejam. Sikap momy sangat keterlaluan. Momy menyesal, momy betul-betul menyesal. Tolonglah maafkan momy... apa lagi yang Qasih nak momy buat supaya Qasih maafkan momy?" Sama sekali dia tidak menyedari menantunya yang sedang diserang gangguan emosi. Sambil menangis, Datin Fatimah terus merayu kemaafan.

"Aku benci kau. Kau tak layak untuk anak aku. Aku tak nak anak aku beristerikan perempuan gila macam kau!"

Suara halusinasi itu lebih kuat mengusai pendengaran Qasih. Semua kata-kata yang dilontarkan Datin Fatimah tadi diputar belit oleh halusinasinya sendiri. Kepalanya laju menggeleng-geleng. Tangannya naik menekup telinga. Dia sangat sakit tika ini. Berhadapan dengan dua penyakit secara serentak, sangat menyiksa mental dan fizikalnya.

"Tak!" jerit Qasih lagi. Akibat sakit yang teramat, airmatanya terus tumpah. "Qasih... Qasih?" Datin Fatimah mula tidak sedap hati. Dia masih belum tahu bahawa dirinya telah menjadi individu utama pemicu PTSD menantunya. Dia sama sekali tidak mengetahui bahawa dia adalah individu yang paling tidak dikehendaki untuk muncul dihadapan Qasih.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now