BAB 67

214 17 6
                                    

Setelah beberapa hari berlalu dan dia masih dengan keadaan yang sama, tempat dan rasa yang sama. Kelihatan figura Doktor Edrisya dan Doktor Umi, menghampiri. Qasih dengan pandangan lemah seolah dapat merasakan ada sesuatu yang kurang baik ingin disampaikan.

"Macam mana keadaan Puan Qasih hari ni?" tanya Doktor Edrisya sambil mencatat sesuatu diatas kertas.

"Alhamdulillah doktor. Masih macam semalam," kata Qasih. Matanya terus tertumpu memandang Doktor Umi yang berdiri disebelah Doktor Edrisya. Raut wajah itu seakan menyembunyikan sesuatu.

"Alhamdulillah, saya periksa kejap ya?" Doktor Edrisya meminta izin dahulu sebelum memulakan beberapa pemeriksaan ke atas Qasih. Qasih hanya mengangguk.

Selang beberapa minit kemudian. Pemeriksaan selesai dijalankan lalu Doktor Edrisya pun meminta diri untuk keluar. Tinggallah Qasih dan Doktor Umi, berdua disitu. Dibangku yang terletak disebelah katil, Doktor Umi melabuhkan punggungnya disitu. Manakala mata Qasih tidak lari dari terus membuntuti gerak-geri doktor pribadi kesayangannya. Dia tahu benar, wajah itu menanggung kegusaran.

"Doktor, okay?" Qasih bersuara.

"Ya, i'm okay." Senyum Doktor Umi menyahut pertanyaan. Sudah pasti dia lebih okay jika hendak dibandingkan dengan Qasih.

"Tapi muka tu menunjukkan sebaliknya. Doktor ada nak sampaikan sesuatukah dengan saya? Cakaplah..." pinta Qasih. Daripada dia dibiarkan terus tertanya-tanya, lebih baik jujur.

"Semua orang mana?" tanya Qasih lagi. Pelik. Tak pernah semua orang serentak meninggalkan dia sendirian.

"Ada. Dekat luar," jawab Doktor Umi. Semakin bertambah keresahan Qasih dibuatnya. Ada, dekat luar? Tapi kenapa tak masuk?

"Ada apa ni doktor?" desaknya.

Berapa jam yang lalu. Semua keluarga terdekat dipanggil datang ke pejabat Doktor Edrisya. Perkara yang tidak diharapkan berulang lagi. Semuanya mengambil tempat duduk masing-masing.

Doktor Umi Amirah pula, setia menemani Nadien disisi. Dia tidak pernah berhenti terlibat dalam usaha penyembuhan Qasih, jadi sudah pastilah dia perlu ada sentiasa. Bukan sahaja sebagai doktor tapi juga sebagai seorang kakak yang telah menganggap Qasih seperti adik sendiri.

"Ada sesuatu yang saya nak bagitahu pasal pemeriksaan buah pinggang Encik Aiden yang sudah pun dibuat," ungkap Doktor Edrisya. Berhati-hati intonasinya melontarkan kata-kata.

"Macam mana doktor?" Nadien pantas mencelah.

"Keputusannya tetap sama. Buah pinggang Encik Aiden tak serasi untuk Puan Qasih." Sejujurnya Doktor Edrisya sendiri agak kecewa dengan keputusan yang keluar tapi apakan daya, kemampuannya terbatas. Semua akhirnya kembali dengan ketentuan yang Maha Esa. Baru kali ini dia mengendalikan kes pesakit buah pinggang yang mana, ramai ahli keluarga pesakit tersebut menawarkan diri untuk menjadi penderma tapi satu pun tiada yang sesuai.

Semua yang ada disitu berduka cita. Berkongsi perasaan hampa. Terutamanya Aiden, tertunduk meraup wajahnya terus menerus.

"Doktor?" Tangan Doktor Umi disentuh setelah melihat Doktor Umi mengelamun jauh.

"Doktor, it's okay. Cakap je, InShaAllah saya terima dengan lapang dada." Seperti tahu dengan apa yang ingin disampaikan. Qasih sudah redha dengan semuanya dari awal.

"Awak memang seorang wanita yang kuat kan? Saya rasa, saya pun tak mampu kalau saya di tempat awak," luah Doktor Umi. Dia selalu terkagum dengan sikap Qasih yang selalu positif menghadapi apa jua ujian yang dilalui.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now