BAB 61

156 16 3
                                    


Jika hendak diikutkan, tubuh masih lemah sebenarnya tapi bila terlalu lama terbaring di dalam bilik, rasanya diri bukannya sembuh malah bertambah sakit.

Udara segar dihirup perlahan. Tenang. Sejak dah jadi isteri orang, lama dia tak hirup udara segar dari halaman rumah ibu ayahnya ini. Tidak semena-mena otaknya teralih memikirkan Aiden. Berapa hari ni telefonnya dipegang oleh Nadien. Jadi dia tak pasti ada atau tidak suaminya itu menghubungi. Dah balik ke belum dari Beijing, dia pun tak tahu. Bila dia tanya ibunya, Nadien jawab.

"Aiden takda call."

Hampa mendengarkan itu namun entah mengapa kata hatinya mengatakan sebaliknya tapi untuk menuduh ibunya berbohong. Tidak mungkin.

Dari belakang. Nadien memerhati tingkah laku Qasih yang sedang bersiar-siar dihalaman rumah. Lega sikit dapat memantau anak sendiri depan mata. Takdalah dia asyik berfikir bukan-bukan. Sambil berjalan ada sepucuk sampul surat bersaiz A4 dalam pelukan. Apapun reaksi Qasih, dia perlu bersedia.

"Qasih Ruziana..." Lembut dan beralun panggilan itu. Qasih berpaling. Teringat dulu semasa masih berkhidmat dekat pejabat. Setiap kali nama penuhnya disebut, sudah pasti ada hal penting berbangkit.

"Ya?" sahutnya dengan senyuman. Nadien mendekat dan dia juga menghampiri. Sampailah mereka berdua duduk dibangku yang tersedia dihalaman itu.

"Bawa apa tu, ibu?" tanya Qasih. Awal-awal lagi dia dapat menangkap sampul surat berwarna coklat ditangan Nadien.

"Oh. Hahaha... ni mesti nenda kan?" tekanya.

"Nenda?"

"Haah. Salahke? Bukan dari De Lux?" Dugaannya meleset. Qasih angkat kening tanda tanya.

"Bukan, sayang... ni..." teragak-agak Nadien berterus terang. Berat hati mahu menyatakan hal yang sebenar. Melihat wajah sugul Qasih yang tidak tahu apa-apa itu sangat mengharukan.

"Ermm... ibu. Boleh tak Qasih nak fon Qasih? Qasih nak call Aiden. Lama tak bercakap dengan abang. Mana fon Qasih?" tanya Qasih sambil membuka tangannya. Tidak penting untuk dia mengambil tahu perihal sampul itu.

"Erm... jap. Ibu ada nak cakap sebenarnya ni tapi sebelum tu... ibu nak Qasih bersedia." Qasih angkat kening. "Apa dia?" tanyanya.

"Qasih tahukan, Qasih ada ibu, ada ayah? Sekarang ni Qasih dah ada mak, Syahira. Kitorang semua sayangkan Qasih. Dan ibu... selalu ada untuk Qasih selamanya... remember that, sayang?" ucap Nadien penuh hati-hati.

"Ya, Qasih tahu. Qasih pun sayangkan semuanya," balas Qasih dengan senyuman nipis.

"Lepas ni... biarpun Qasih dah tak bersama Aiden. You still have us in youre side." Qasih bungkam. Mata ibunya dipandang sepet. Maksudnya apa?

"Hah?" Satu patah perkataan terbit dibibir. Seakan hati mulai meneka sesuatu yang menakutkan.

Sampul surat berpindah tangan. Qasih menyambutnya dengan perasaan resah gelisah yang semakin bercambah setelah isi sampul tersebut ditarik keluar sedikit demi sedikit.

"Terima kasih, Aiden. Sebab faham keadaan Qasih," ucap Nadien sambil menyambut huluran kertas dari tangan Aiden.

Semenjak dari saat itu tiada lagi senyuman dari bibir Aiden yang terukir untuk dirinya sebagai ibu mertua. Hanya wajah suram yang terbit dari hati yang lara tika ini.

"Ibu akan jaga Qasih dengan sebaiknya. Apapun ibu tetap berterima kasih dengan Aiden sepanjang perkahwinan ini... Aiden dah beri kebahagiaan untuk Qasih yang tak pernah dia nikmati selama hidupnya."

Nadien terus menatap walau tatapannya tidak berbalas. Aiden lebih menumpukan pandangan ke arah kenderaan yang lalu-lalang di atas jalanraya. Jujur jika ditanya tentang hati. Redha jauh sekali.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now