BAM 11

372 30 0
                                    

Detik-detik indah yang diluangkan bersama Qasih menerjah ruang fikiran Aiden.
Menjadi sahabat buat gadis bernama Qasih Ruziana ibarat satu penghargaan khusus buatnya apabila mendapat tahu Qasih tidak pernah mempunyai sahabat akrab selain daripadanya.

Belakang tubuh dihempas ke kerusi roda pejabat. Jari-jemarinya ralit menaip sesuatu di skrin telefon.

Aiden:
Jom keluar makan tengahari.

Tidak sampai berapa minit mesej whatsapp itu dibalas.

Qasih:
Cannot. Ibu tak izin. Sorry,

Aiden menghela nafas lembut. Apasal susah sangat ibu Qasih nak kasi dia keluar jalan. Qasih bukannya budak lagi nak kena kurung 24 jam. Budak pun perlu keluar apa. Rungut Aiden dalam hati. Mesej di balas ringkas.

Aiden:
Ibu awak memang camtu eh?

Dip! Bunyi nyaring telefon menandakan ada pesanan masuk.

Qasih:
Dia sayang saya lebih,

Tercuit hati Aiden membaca jawapan daripada Qasih. Ayat yang sama dia dengar semalam.
Otaknya ligat memikirkan sesuatu, bagaimana cara supaya dia boleh bebaskan si sang burung yang terkurung dalam sangkar.

Senyum dibibir terukir penuh makna. Nak tak nak, kena cuba juga. Bahaya atau tak belakang cerita. Ni je caranya untuk dia dapatkan kunci sangkar tersebut. Kalau tak, selama-lamanya lah si Qasih tu terkurung sepi.
Pesanan whatsapp Qasih dibalas dengan pertanyaan .

Aiden:
Nak tanya ni, ibu awak kat mana sekarang?

Qasih:
For what?

Aiden:
Saje. Manalah tahu dia tengah rantai kaki awak supaya awak tak boleh lari. Sayang lebihlah katakan.. Hehe, gurau.

Perli Aiden dari jauh.
Darah Qasih mula menyelinap naik hingga ke jantung. Membaca dua patah perkataan yang di terima melalui whatsapp seakan memutar mindanya ke masa silam, 'rantai kaki'. Kenapa mesti ayat itu. Cepat-cepat bibir Qasih mengucap istighfar tanpa henti. Meredakan denyutan nadi daripada terus berdenyut laju. Perlahan jari menaip sesuatu, lalu pesanan ringkas di hantar.

Qasih:
Ibu dekat office. She is naib president De'lux. Busy woman.

***

Satu jasad bernyawa, dengan dibekali perasaan penuh yakin sedang mengatur langkahnya menuju ke kaunter pertanyaan.
Terpampang besar nama syarikat yang tertulis 'De'lux Corporation' di dinding belakang dan hadapan meja kaunter pertanyaan tersebut.

"Selamat pagi encik. Selamat datang ke De'lux corporation . Ada apa-apa boleh saya bantu?"
Mesra petugas kaunter pertanyaan itu menyambut ketibaan Aiden.

"Boleh saya jumpa dengan naib presiden De'lux?"
Petugas tersebut tersenyum lalu menyoal kembali.

"Encik ada buat temu janji?"
Lantas Aiden menggeleng.

"Tak ada. Boleh awak tolong bagitahu dia. Muhammad Aiden, ketua pegawai kewangan dari Ammara Holdings nak jumpa."
Tanpa segan silu ayat itu di lontarkan.

"Sebaiknya encik buat temu janji dulu sebelum nak berjumpa dengan Puan Nadien. Puan Nadien selalu sibuk jadi minta maaf kami tak boleh...."
Belum sempat petugas tersebut menghabiskan kata-kata, laju Aiden memotong.

"Awak bagitahu dia juga. Saya datang sebab anak dia."

Petugas kaunter pertanyaan tadi mengeluh ringan. Zaman sekarang ni. Ada pangkat sikit, dah meninggi diri. Apa susah, buat sajalah temu janji.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now