BAM 6

478 36 1
                                    


"Batalkan semuanya!" tengking Puan Nadien ditujukan buat anaknya. Lidah Qasih sudah kaku. Terkejut dengan tindakan ibunya yang tiba-tiba marah tanpa sebab. Batalkan? Batalkan apa?

"Bag tangan yang kita akan lancarkan minggu depan ,ibu nak Qasih cancel majlis pelancaran tu."
Qasih terdiam. Memang sah, Nadien marahkan dia sebab merahsiakan masalah syarikat ini daripada pengetahuan Nadien. Tapi kejap. Siapa pula yang pandai-pandai menyampai ni. Kat office tu siapa lagi yang bekerja sebagai wartawan tak berbayar selain Azam. Azam yee... Tunggu kau Azam.

"Qasih, dengar tak ibu cakap apa ni?" soal Nadien . Pelik dia melihat Qasih yang diam tidak berkutik.

"Tapi ibu , majlis tu kena teruskan jugak tak kisah apa yang akan jadi sekalipun. Kita tak boleh sesuka hati cancel memandangkan benda ni melibatkan syarikat luar negara yang dah bekerjasama dengan syarikat kita. Luciara Diamonds, syarikat yang dah jadi penaja khas berlian buat bag tangan kita, ibu dah lupa ke perjanjian yang kita dah buat dengan syarikat tu dan syarikat-syarikat yang lain? "
Qasih diam sejenak. Memberi ruang buat Nadien berfikir.

Setelah beberapa saat berlalu, Nadien masih diam memikirkan ada betulnya jugak apa yang dikatakan Qasih. Mereka tak boleh batalkan semuanya sesuka hati, sebab bukan syarikat dorang sahaja yang terlibat ada banyak lagi syarikat lain yang turut memberi sponser. Kalau ikutkan hatinya sorang, ianya hanya akan mendatangkan kerugian dan musibah besar kepada De'lux.

"Ibu, bukan Qasih sengaja nak sorokkan benda ni dari ibu. Qasih tahu ibu sebagai naib pengerusi syarikat wajib tahu. Cuma, Qasih taknak buat ibu serabut. Lagipun Qasih tahu lagi macam mana nak settle benda ni. Ibu jangan risau k," pujuk Qasih, Dia tidak mahu ibunya bersikap terburu-buru.

Memanglah segala-gala yang mereka rancang dah hampir musnah, tapi belum sepenuhnya. Kalau tiba-tiba saja majlis pelancaran produk terbaru mereka yang dijadual akan diadakan minggu depan tiba-tiba dibatalkan. Tak ke lagi naya, dahlah tajaan yang diterima dari Luciara Diamonds tu bukan seratus ke dua ratus ribu. Mencecah jutaan tau.

Syarikat Luciara Diamonds sudah sangat terkenal di seluruh dunia sebagai pengeluar berlian berkualiti dan termasuk dalam senarai berlian termahal dunia . Bukan De'lux tak mampu berdiri dengan sendiri, tapi dengan adanya bantuan dari Luciara berkemungkinan besar akan memajukan dan membuahkan keuntungan yang berkali ganda lebih besar kepada syarikat mereka.

"No. Tetap batalkan."
Setelah berfikir masak-masak. Nadien tetap dengan pendiriannya. Itu mebuatkan Qasih tersentak.

"No. Kena teruskan. Ibu, De'lux akan dilanda masalah sekali lagi kalau penaja semuanya tarik diri , diorang takkan percaya dengan kemampuan kita mengelola syarikat dengan baik. Diorang akan putus asa dengan kita , dan kita akan kekurangan support dari syarikat terkemuka di dunia," jelas Qasih. Apa yang sudah merasuk ibunya sehingga boleh mengeluarkan kenyataan sedemikan.
Membuat keputusan yang sama sekali tidak memberi impak positif pada syarikat.

"Batalkan. Ibu lebih tahu dari kamu. Ibu dah kendalikan De'lux sejak kamu kecik lagi. Ibu dah berdepan berbagai masalah lebih dari apa yang kamu pernah hadapi. Ibu tetap dengan keputusan ibu dan ibu nak Qasih dengar dan turutkan kata-kata ibu."
Qasih sudah terkedu. Diam seribu bahasa.

Dia mengetap bibir, dadanya berombak kencang. Dia hanya mendengar keputusan itu keluar dari mulut ibunya, tetapi perasaan takut yang dia rasakan ketika ini seolah-olah dapat membayangkan masa-masa kejatuhan syarikat De'lux.

"Ibu. Ibu tak fikir ke..."
Belum sempat Qasih menghabiskan ayatnya, Nadien terlebih dulu memotong.

"Ibu dah fikir masak-masak. Kalau susah sangat untuk kamu . Takpe, kamu just cancel je pelancaran tu. Selebihnya ibu yang akan uruskan. Ingat Qasih , jangan cuba-cuba melawan cakap ibu."
Habislah. Qasih sudah hilang akal. Ibunya sudah memberi kata putus. Sekarang tidak boleh tidak. Dia mesti akur .

"Baiklah," jawab Qasih ringkas.
Nadien mengangguk, kemudian mengangkat kaki keluar dari bilik pejabat Qasih.

"Ya Allah. Sekarang ni macam mana."
Qasih bermonolog sendiri. Dia meraup muka kasar.

Apa reaksi syarikat penaja nanti bila berita ni sampai ke pengetahuan mereka.
Dia menghempas belakangnya di tempat menyandar bangku pejabat .

Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Argh, hidup sebagai seorang Qasih memang banyak pantang larangnya. Tak boleh stress, tak boleh marah, tak boleh terkejut . Tak boleh itu ini. Terus akan mendatangkan kesan kepada kesihatannya.
Pin tudung dibawah dagu dibuka. Minyak angin di dalam bag tangan dicapai kemudian disapukan di atas dahi.

***

"Awak ke Azam?"
Berderau darah Azam mendengar pertanyaan Qasih. Lembut tapi mempunyai maksud mendalam.

"Se, ss, saya terpaksa. Sebab sebelum saya bagitahu, puan Nadien memang dah tahu. Bukan saya je, yang lain pun terlibat sama. Cik Qasih tahukan perangai puan Nadien tu, kalau kami diam tak pasal-pasal kami kena buang kerja. Lagipun...."
Panjang lebar penjelasan yang diberikan Azam buat Qasih muak.

"Dah, dah dah. Saya cuma tanya je, awak ke?
Tak payah detail sangat. Okay, sila beri perhatian!!"
Qasih bersuara lantang. Semua kakitangan disitu serta merta berdiri memberi tumpuan.

"Tidak ada sebarang produk yang akan kita lancarkan dalam bulan ni. Semuanya dibatalkan. Dan saya taknak ada yang mempersoalkan keputusan ni. Apa yang saya nak. Kamu fokus dengan kerja kamu seperti biasa. Faham?"
Kenyataan Qasih mengejutkan semua kakitangan disitu. Habis tu, macam mana dengan persiapan yang diorang dah buat?
Kaisara membuka mulut mewakili rakan-rakan lain.

"Macam mana dengan persiapan yang kami dah buat . Tempahan katering dan lain-lain? Semuanya dah tak boleh tarik balik."
Qasih angguk.

"Apa sahaja tempahan yang dibuat batalkan. Selesaikan pembayaran seperti biasa, kamu faham maksud saya?"
Sejujurnya Qasih pun berada di pihak mereka. Resah dan gelisah yang orang bawahannya rasa sama dengan apa yang dia rasa ketika ini. Cuma, keputusan ibunya sudah tidak boleh diubah lagi.

"Baik. Kami faham."

---------------------

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now