BAM 36

323 24 8
                                    


Kerusi roda disorong Aiden perlahan melewati laluan pejalan kaki yang tersedia di taman sekitar hospital. Qasih terpukau melihat keindahan panorama yang terbentang di depan matanya kini. Rindu melihat dunia luar.

"Bila lah saya dapat keluar hospital..." kata Qasih ditujukan buat diri sendiri.

"Bila awak dah betul-betul sembuh," jawab Aiden.

"Saya peliklah. Saya ni sikit je sakit. Takde kena mengena pun dengan kaki. Tapi kenapa saya kena keluar pakai kerusi roda?"

Qasih sejujurnya hairan melihat cara dia dilayan, macam orang sakit serius sungguh. Padahal dia hanya terkena jangkitan sedikit, itupun dah semakin membaik.

"Dah awak beriya sangat nak keluar ambik angin. Kenalah naik kerusi roda ni. Tak kisahlah awak sakit apa. Asal namanya sakit, tetap sakit. Dahlah jangan soal macam-macam."

"Yerlaah... Saya ikut je. Asalkan dapat hirup udara segar ni."
Qasih mengalah. Malas mahu membantah.

"Awak, tunggu sini kejap tau. Saya nak ke toilet sekejap."

Qasih mengangguk, kemudian dengan pantasnya Aiden menghilangkan diri.

Tangan Qasih mula memain peranan memutar roda kerusi. Dihampiri satu pokok bunga yang entah apa namanya.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang memakai topeng separuh muka ala-ala topeng Encik Mimpi.
Encik Mimpike?

Tanpa dijangka. Lelaki bertopeng itu selamba sahaja memulakan aksi silap mata betul-betul didepan mata Qasih Ruziana. Lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan dari kocek seluar. Kemudian sapu tangan tersebut dikibas-kibas dengan laju lalu bertukar menjadi kertas-kertas kecil berterbangan.

Qasih ternganga seketika. Teruja dengan persembahan tidak rasmi yang berlangsung dihadapannya kini. Dia memandang sekeliling. Renggang. Orang ramai, cuma mereka jauh dari kawasan dia berada. Aiden pula belum sampai. Nampaknya hanya dia yang bertuah dapat tengok aksi silap mata secara langsung yang baru pertama kali berlaku dalam hidupnya.

Sekali lagi lelaki bertopeng itu memasukkan tangan ke dalam kocek seluar sebelah kiri. Alangkah terkejutnya Qasih bila mendapati sapu tangan yang tadinya sudah berubah menjadi salji kertas kini kembali berada ditangan pemuda tersebut.

Sapu tangan dilipat rapat. Kemudian digenggam erat dalam kedua tangan sehingga tidak kelihatan. Perlahan-lahan tangan kiri mengelus tangan kanan yang masih bergenggam sehingga kebawah.

Sekali lagi Qasih melopong. Ada tangkai berwarna hijau muncul disebalik elusan tangan kiri lelaki itu. Lelaki bertopeng itu mengarahkan Qasih untuk memegang tangkai hijau tersebut, sementara puncak tangkai itu masih berselindung disebalik cengkaman kuat tangan kanan lelaki tadi.

Qasih teragak-agak mahu menyentuh. setelah menerima arahan kali kedua, dia akhirnya menurut. Selepas saja tangkai tersebut selamat dalam genggaman Qasih. Lelaki itu melepaskan genggaman tangan kanannya.

Bunga mawar muncul disebalik genggaman. Setangkai bunga mawar putih. Ya. Ini yang sedang dipegangnya sekarang.

Serius. Dia sangat-sangat terpukau. Orang ramai yang beriadah disekitar taman itu mula mengerumuni ahli silap mata tersebut. Tertarik dengan persembahan yang sempat mereka perhatikan dari jauh. Suara orang ramai mula kedengaran.

Buat lagi...

Again...

Lagi, lagi...

Sekali lagi ahli silap mata itu membuat pertunjukkan. Kali ini, dia minta Qasih mengembalikan bunga mawar putih itu kepadanya. Qasih menurut.
Sejujurnya dia agak pelik juga. Apasal dari tadi lelaki itu jadikan dia tumpuan utama, dan Aiden pula kemana tak muncul-muncul?

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now