BAM 25

302 23 0
                                    

Secara tidak sengaja Azam dan Miya terserempak di dalam pantri.
Azam berasa canggung dengan situasi sebegini. Bukan tak pernah berduaan dengan perempuan. Cuma dengan Miya, lain macam saja auranya.

"Hy Azam," sapa Miya, mesra.

"Hai... "
Hanya satu patah perkataan mampu terucap dibibir Azam.

"Tengahari ni, Kaisara ajak kitorang semua lunch sama. Katanya nak celebrate kedatangan saya, plan haritu cancel. Awak ikut sekali ye?" ajak Miya.

Azam terkebil-kebil. Hilang arah dirinya bila berhadapan terus dengan Miya tanpa gangguan sesiapa. Seperti ada sesuatu yang mengunci bibirnya daripada berkata-kata.

"Tapi kalau awak tak sudi takpa. Saya cuma, erm... Saya perasan sejak hari pertama saya masuk kerja. Awak macam mengelak dari bertembung dengan saya. Awak tak suka saya ke?"
Lega Miya dapat berterus terang. Apapun jawapan yang diberikan. Sekurang-kurangnya hatinya berhenti dari tertanya-tanya.

"Suka. Er maksud saya, manada tak suka. Saya memang macam ni. Segan," ujar Azam. Mahu saja dia meninggalkan kawasan pantri. Tapi kedudukan Miya yang menghalang laluan, membuatkan dia terkunci di situ.

"Tapi Zamani cakap. Awak yang paling banyak cakap di antara diorang semua. Katanya awak ni periang dan suka buat lawak. Tapi sejak kehadiran saya, awak berubah. Saya risau kalau kehadiran saya buat awak tak selesa..." kata Miya.

Mak ai... Asal bengap sangat Zamani ni, semuanya pun nak dilaporkan kepada Miya. Siaplah kalau dia jumpa. Ditunjal-tunjalnya kepala lelaki itu.

"Arm... Mestilah, saya join korang lunch nanti. Saya ada kerja nak buat. Boleh awak tepi sikit, saya nak lalu."

"Oh, Ah... S.sorry..."
Miya membuka laluan. Azam berlalu dengan langkah tergesa-gesa.

***

"Dah lama kita tak jumpa," sapa Aiden. Wajah Qasih menyapa pandangan matanya. Sungguh membuat hatinya rasa bahagia.

"Tak lama mana. Saya busy. Ha, awak pun apa kurangnya. Macam mana dengan Zennat Holdings International?"

Aiden dan Qasih berjalan kaki seiringan.

"Masih dalam proses perundingan. By the way. Awak nak ajak saya kemana ni?" tanya Aiden.

"Pergi satu tempat," jawab Qasih.

Aiden bingung. Tadi Qasih menghubunginya untuk mengajaknya makan tengahari. Sekarang dia dibawa ke sesuatu arah yang tak pasti.

"Saya tak pernah tau berjalan kaki sejauh ni. Nak ke mana? Kenapa tak naik kereta je tadi."
Tercungap-cungap Aiden bercakap. Bukaan langkah kaki Qasih yang laju, membuatkan dia terkejar-kejar.

"Saya tak pernah percayakan mana-mana lelaki dalam dunia ni, sejauh saya percayakan awak."
Qasih menghentikan langkahnya. Aiden turut membuat break secara tiba-tiba. Entah apa kes sampai kena kalut begini.

"Me to..." tutur Aiden.

"Saya nak bawa awak jumpa seseorang. Dia penyiasat yang saya upah untuk siasat kes sabotaj dalam syarikat. Kes ni sulit tau, jadi saya minta awak berjanji untuk rahsiakan ni daripada pengetahuan sesiapa."
Langkah kembali diatur.

"Okay... Kenapa tak guna kereta?"
Soalan itu kembali diajukan. Sudah dua kilo meter jarak mereka meninggalkan tempat letak kereta. Bayangkan, betapa letihnya dia saat ini.

"Saya kena minta maaf dengan awak. Atau perlu berterima kasih?"
Kata-kata Qasih semakin menambahkan kekeliruan dibenak Aiden.

"Ermmm... Huh. Sorry, tak faham."
Peluh di dahi setitik demi setitik jatuh membasahi pipi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now