BAM 37

288 24 9
                                    


"Come sayang. Haa, mulai hari ni. Rumah ni macam rumah Qasih juga. Okay? Buat macam rumah sendiri. "

Bahagia Qasih mendengar kata-kata yang diluahkan oleh ibu mertuanya itu. Dia seakan tak percaya, berkahwin dengan cara tergesa-gesa. Bukannya diremehkan ibu mertua, malah dia dilayan bak permaisuri.

"Terima kasih momy. Sebab layan Qasih baik sangat."

"Kenapa cakap macam itu. Off courselah momy layan Qasih baik. Qasih menantu momy. Menantu pertama dan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga ni."

Aiden disitu hanya tersenyum memandang tingkah laku isteri dan ibunya. Layaknya ibu dan anak. Mesra sungguh.

"Erm... Aiden, bawalah Qasih ke atas. Qasih pergi rehat dulu," arah Datin Fatimah.

Aiden patuh. Dipimpin tangan isterinya melewati setiap anak tangga menuju ke ruang bilik tidur. Qasih terpegun melihat setiap inci rumah agam itu. Luas, mewah, kemas dan sangat sempurna susun aturnya. Dekorasi rumahnya pun tidak secantik ini.

"Pandang apa tu? Marilah masuk."
Aiden perasan mata Qasih tidak berhenti melilau.

"Owh... Okay. Bilik siapa ni?"
Sejurus Qasih menapakkan kaki ke dalam bilik. Dia terpaku seketika.

"Bilik saya. Jangan awak cari bilik awak kat mana sudah."
Faham sangat Aiden. Qasih mesti kurang selesa bila terbayangkan yang dia dan Qasih akan tidur sebilik malam ini. Bukan malam ini sahaja. Tetapi setiap malam.

"Er... Takdelah. Kita kan suami isteri. Takkan kena tidur asing. Saya tanya je..."
Nada Qasih dileretkan sedikit. Perasan perubahan riak diwajah Aiden. Qasih akui dia tidak biasa. Tapi nak buat macam mana, dah kahwin, kenalah biasakan.

"Baguslah kalau macam tu. Awak rehatlah dulu. Apa-apa awak nak, awak bagitahu je saya," kata Aiden sebelum bertindak mahu keluar dari bilik. Pantas Qasih menarik lengan suaminya.

"Kejap. Er..."
Pautan dilengan Qasih leraikan. Alahai, kekok ke ngenggok ni.

"Kenapa?"

"Esok... Esok kalau boleh saya nak masuk office. Dah banyak kerja saya terbengkalai. Kes yang haritu lagi belum selesai," kata Qasih. Bunyinya lebih kepada memberitahu bukan untuk meminta restu. Sebab kalau tak direstu pun dia tetap berkehendak dan mendesak.

"Pasal tu. Rehat untuk sehari je tak boleh ke?"
Aiden bernada tegas. Tahu dia masalah yang melanda De'Lux Corporation. Tapi dia juga tak mahu memandang enteng terhadap kesihatan isterinya.

"Saya dah cukup rehat dah. Lagipun kalau awak suruh saya cuti bukannya saya dapat tenangkan fikiran. Hati saya ni lebih bertambah runsing memikirkan hal company dan nenda dekat office tu mesti tak sabar-sabar tunggu saya masuk. Awak tahukan?"

Qasih memancing dengan suara lembut. Tidak. Ini bukan masanya untuk Aiden bertegas atau mahu membantah permintaannya. Sebolehnya dia tak mahu jadi isteri yang tidak patuh. Tapi bukan dimulai hari ini. Nanti saja selepas kes syarikatnya sudah selesai.

Aiden membisu. Dia bukan fikirkan soal jangkitan kuman yang pernah dihadapi Qasih, kerana itu sudah pulih sepenuhnya. Yang dia bimbangkan keadaan mental Qasih yang kata doktor masih dalam keadaan tidak stabil dan kena sentiasa dipantau rapi. Aiden mengeluh.

"Pleasee... Awak fikir apa tuh?" leret suara Qasih.

Qasih tersenyum pahit. Dikejarnya anak mata Aiden yang menghala entah kemana. Dasyat betul. Sekelip mata sahaja, seorang lelaki yang dia anggap sahabat berubah status menjadi suaminya yang sah. Sekarang mereka dalam babak pujuk memujuk pulak. Revolusi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now