BAB 64

176 12 2
                                    


"Assalamu'alaikum..."

Keriuhan tadi bertukar sepi. Semuanya senyap memastikan seruan salam yang kedengaran dari luar.

"Assalamu'alaikum..." ucap suara itu kembali.

Nadien yang duduk terus bangkit. "Cuba tengok siapa tu," arah Saiful. Usai pulang dari hospital. Saiful meminta seluruh keluarga terdekat Qasih, agar menetap buat sementara waktu dirumahnya dulu sehingga keadaan Qisah kembali pulih.

Bibik tergesa-gesa mahu melihat siapa gerangan yang bertandang di waktu menjelang maghrib begini. "Takpa, bik. Biar saya saja yang pergi tengok," kata Nadien. Kaki terus melangkah menuju pintu utama. Setelah pintu dibuka alangkah terkejutnya dia menangkap kelibat Datin Fatimah. "Awak buat apa datang rumah saya?" tanya Nadien sarkastik, namun belum sempat pertanyaan itu berjawab. Tangannya terus menolak kembali tombol pintu, mujur Datin Fatimah pantas menahan.

"Tunggu dulu. Saya datang nak minta maaf. Tolong bagi saya peluang bercakap... tolonglah..." rayu Datin Fatimah. Sekuat tenaga dia menahan pintu itu dari tertutup. "Maaf awak dah tak guna sekarang. Pergi awak dari rumah saya!" amuk Nadien.

"Tolonglah Nadien. Saya betul-betul menyesal atas kesalahan saya. Saya salah, saya berdosa. Saya datang sini ikhlas, saya betul-betul nak minta maaf."

"Oh. Jadi betullah kan. Awak memang ada buat salah besar dengan anak saya, awak apakan anak saya ha!" Berdentum suaranya mengundang seluruh orang didalam rumah ke pintu utama. "Pergi dari sini sekarang. Pergi!"

"Nadien! Apa ni? Tak bolehkah cakap baik-baik. Takkan semua masalah awak nak selesaikan dengan emosi?" Saiful bersuara. Ditarik lengan Nadien ke sisinya. "Ada apa datin?" Giliran Saiful bercakap dengan Datin Fatimah.

"Tolong maafkan saya. Saya datang tak ada niat lain. Saya betul-betul nak minta maaf. Sebab sikap saya, anak saya, suami saya dah tinggalkan saya. Saya dah takda sesiapa sekarang. Diorang takkan maafkan saya kalau Puan Nadien dan Encik Saiful tak maafkan saya." Nadien berdecit dengan bengisnya. Langsung tiada rasa empati terhadap besannya itu.

"Awak minta maaf sebab anak dan suami awak? Bukan sebab awak menyesal atas perbuatan awak dengan anak saya! Macam tu ke awak sebut ikhlas?" tempelak Nadien. Dato Sri Luxiana, Syahira dan Nirmala. Hanya mampu terkebil-kebil menonton adegan tersebut.

"Nadien, sudah!"
"Apa! Kenapa abang asyik nak halang saya. Dari dulu sampai sekarang, abang selalu tak berkenan dengan cara saya tapi saya ni lah yang banyak berkorban untuk Qasih abang tahu tak?" berang Nadien. Nirmala serta merta tertunduk mendengar kenyataan itu. Malu.

"Salahkah saya sebagai ibu, marah dengan orang yang dah sakitkan anak saya, salahkah? Saya dah cukup bersikap wajar dah bang. Sikit pun saya tak naik tangan dengan perempuan ni tapi kenapa abang selalu anggap saya ni keterlaluan?" sambung Nadien, meluahkan isi hati yang pedih. Saiful terdiam. Ada kala sifat tenangnya yang terlalu berlebihan, sehingga tidak mengerti perasaan isterinya yang sudah lama menanggung beban sendiri.

"Saya tanya datin sekarang. Kalau bukan sebab Aiden dan suami awak tinggalkan awak. Awak terfikirkah datang nak minta maaf? Menyesal pun sama sekali tidak, kan? Masa Aiden setuju ceraikan Qasih. Awak dekat mana? Awak sokong seratus peratus rumah tangga diorang berpisah kan? Hey. Saya ni bukan tak boleh bezakan mana satu ikhlas mana satu bukan."

"Ya... saya mengaku. Saya mengaku salah saya. Memang patut pun semua orang marah dan bencikan saya tapi saya tetap nak minta maaf. Saya betul-betul menyesal, saya betul-betul minta maaf. Tolonglah... maafkan saya..." rayu Datin Fatimah lagi. Masih tidak berputus asa.

"Baliklah. Qasih sakit, disebabkan awak keadaan anak saya bertambah parah. Maaf dah tak ada gunanya lagi dah. Jadi sekarang saya minta, awak balik. Balik..." pinta Nadien. Perlahan tapi menekan.

ANTA PERMANAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt