BAM 49

329 19 5
                                    


"Awak nak siap-siap ni, nak pergi mana?" soal Aiden, sebaik keluar dari kamar mandi. Hairan dia melihat isterinya sedang membelek-belek tubuh dihadapan cermin.

Aiden meniliti pakaian Qasih dari bawah ke atas. Baju kurung songket bercorak bunga tabur berwarna coklat muda, disuai padankan dengan shawl menutup dada, berwarna kelabu. Ditambah lagi dengan wajah Qasih yang semula jadi manisnya. Memukau mata sesiapa sahaja yang memandang.

"Nak pergi mana?" soal Aiden lagi. Nampaknya Qasih terlalu leka berhias sampai Aiden kena ulang soalan sebanyak dua kali.

"Hmm? Owh, saya nak pergi office." Qasih menyambut wajah serius suaminya dengan senyuman manis. Tersangat manis.

Aiden menapak menghampiri Qasih. Dia merebahkan punggung diatas katil menghadap isterinya yang masih berdiri di depan cermin meja solek. Matanya tidak lari dari memerhati tingkah Qasih. Langsung tidak ada secalit senyuman terukir dibibirnya walaupun melihat isterinya itu cantik bagaikan pengantin baru hari ini.

Qasih yang perasan perubahan mood suaminya. Cuba melarikan tumpuannya dari cermin. Wajah suami perlahan-lahan ditoleh. Tepat mata itu menatapnya. Telan air liur Qasih dibuatnya. Aku ada buat salahke?

Kini Qasih pula melihat keadaan suaminya dari atas ke bawah. Dengan seluar jean, t shirt putih. Dengan rambut lagi masih basah. Ada kain tuala yang menyangkut dileher Aiden. Ops. Dia tak perasan sejak bila suaminya itu sudah mengenakan pakaian. Bila Aiden selesai mandi pun dia tidak perasan. Tapi takkanlah, takkan Aiden marah pasal tu kot.

"Dah siap?" Tiba-tiba suara Aiden menyergah, menghentikan lamunannya. Qasih terkejut sedikit. Amboi. Marah sungguh.

"Erm... Dah," jawab Qasih sepatah.

Aiden mendengus geram. Giliran dia menggunakan cermin. Rambut yang basah dikacau kasar menggunakan tangan sehingga airnya terpecik mengena Qasih yang berada disisinya. Padan muka. Khusyuk sangat berlawa, sampai lupa suami. Marahlah tu kena tempias air.

Qasih melopong. Apa kes suaminya ini isytihar perang awal-awal pagi.

"Dahlah, mari sini."

Pantas Qasih menarik kain tuala yang melilit dileher Aiden. Tangan suaminya diraih, lalu dia mengarahkan agar Aiden duduk diatas bangku meja solek. Rambut suaminya yang basah, digosok lembut menggunakan tuala. Aiden hanya terpaku melihat kelakuan isterinya.

"Awak betul ke nak pergi office?" tanya Aiden. Dia membiarkan Qasih mengambil tugas mengeringkan rambutnya.

"Haah. Bolehke? Saya minta maaf sebab tak minta izin awak awal-awal. Tapi kalau awak tak kasi, tak apa. Saya tak pergi," kata Qasih.

"Saya tak halang pun. Cuma awak kan pernah janji dengan saya..." Ayat Aiden terpotong disitu. Harap isterinya dapat memahami sendiri maksud yang hendak disampaikan.

"Sebab itulah saya nak pergi pejabat. Saya nak tunaikan janji saya. Saya dah fikir masak-masak, dah tiba masanua untuk saya berhenti kerja tapi saya kenalah bagitahu nenda dulu. Cakap dengan dia elok-elok."
Aiden mengangguk tanda faham. Dua tangan isterinya diraih. Dia mengalihkan posisi, menghadap Qasih.

"Tapi, kena ke pakai baju cantik-cantik macam ini? Sebelum ni tak pernah pun saya nampak awak pakai macam ni kalau nak pergi kerja. Hari ini awak tahu tak? Awak siap bukan main lama..." Qasih mengangkat kening. Lah. Pasal baju rupanya.

"Lah... Saya pernah je pakai baju kurung pergi pejabat. Tapi jarang je, mungkin awak tak perasan kot. Lagipun kan ni ibarat last day untuk saya... Tetiber macam nak berbaju kurung. Kenapa, salahke?"

"Salahlah. Dah macam nak pergi bernikah dah saya tengok awak. Perfume tu berapa kilo awak tuang?" usik Aiden. Harini isterinya memang gojes habis. Sebelum ni isterinya itu cantik saja kelihatan berpakaian simple. Bayangkan berapa kali ganda lagi cantiknya bila mengenakan baju kurung songket yang bukan biasa-biasa coraknya. Terserlah keayuan wanita melayunya.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now