BAB 47

311 20 7
                                    

"Tahniah kepada De'lux Corporation atas kejayaan melancarkan bag tangan De'lux Luciara Diamond."

Semua tetamu majlis yang hadir, serentak memberi temukan gemuruh usai ucapan dari duta jenama tersebut berakhir.

"Alhamdulillah semuanya dah semakin baik, ini semua tak berlaku tanpa usaha gigih daripada Puan Qasih selama ini,"
ujar ketua pegawai kewangan De'lux Corporation kepada Dato' Sri Luxiana.

Nadien mengukir senyuman simpul. Momynya dipandang dengan pandangan tersirat.

"Congratulation for our company. I'm so appriacite for what you're kreatif derector do for De'lux. Thank you so much..."
Ucapan penghargaan diterima dari CEO Luciara Diamond sendiri.

Tidak habis disitu. Satu-persatu orang kenamaan maju memberi ucapan tahniah.

"Tahniah dato' sri, puan. Tahniah untuk semua kakitangan De'lux. Saya percaya lepas ni, jualan bagi produk De'lux dan Luciara Diamond akan melonjak naik sebab rekaan dia yang sangat ekslusif. Ditambah pulak dengan perincian diamond daripada Luciara. I am sure hundred percent, orang orang kenamaan pasti tak akan lepaskan peluang mendapatkan produk you."
Lagi pujian diterima dari orang yang berbeza.

"Thank you soo much," balas Dato' Sri Luxiana. Datin-datin yang ada disitu disalam kemudian mereka berlaga pipi penuh mesra.

"Hy dato' sri."
Tiba-tiba datang satu suara menyapa dari belakang. Nadien dan Dato' Sri Luxiana sama-sama berpaling.

"Hy. Sorry, who are you?"
Dato' Sri Luxiana berkerut kening.

"Wait. Awak ni, cicit kepada mendiang Luciara kan? Awak yang bertanggungjawab mengurus syarikat Luciara Diamond di Malaysia?"
teka Nadien. Takut kalau kalau tersilap agak.

"Yes i am. Morgan."

"Morgan? Really? Saya tak pernah tahu Luciara ada keturunan orang Malaysia."
Dato' Sri Luxiana tersenyum teruja.

"Yaa... Memang jarang orang tahu. But i have something to ask actually," kata Morgan teragak agak.

"Sure... What is that?" soal Dato' Sri Luxiana.

"Since awal tadi. Saya langsung tak nampak kelibat Qasih, i mean pengarah kreatif in this company. Padahal nama dia dari tadi di julang-julang dalam ucapan majlis. May i know where is she?"

***

Lukisan abstrak di dinding galeri dipandang dalam.

"Qasih... Majlis dah selesai."

Suara Aiden tidak mengganggu konsentrasi Qasih daripada mendalami jiwa lukisannya.
Hari ini, hari dimana sepatutnya dia buat pertama kalinya hadir di majlis pelancaran produk baharu De'lux. Akan tetapi di saat-saat akhir mereka merubah destinasi.

Tiga jam yang lepas...

"Awak saya nak pergi galeri,"
kata Qasih di dalam kereta.

"Tapi kita nak pergi majlis pelancaran kan. Lepas majlis nanti eh?" jawab Aiden.

"Saya tak nak... Saya tak akan hadir dalam majlis tu. Awak... Awak tahu kan, saya tak boleh dengan keadaaan macam tu. Lagipun nenda tak akan suka kalau saya ada. Dia takut jadi apa-apa yang akan merosakkan majlis."

Aiden melepaskan keluhan kecil.

"Iya tapi itu sebelum ni. Masa nenda tak yakin dengan awak. Sekarang nenda sendiri yang nak awak melancarkan produk tu pada hari ini," ucap Aiden bernada pujukan.

"Saya tak pernah pandang De'lux sebagai sebuah Syarikat. De'lux bagi saya adalah, perjuangan untuk lawan kelemahan saya dan meraih hati nenda. Akhirnya saya dapat juga apa yang saya impikan. Jadi lepas ni, saya tak akan terlibat lagi dengan De'lux."

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now