BAM 7

489 39 4
                                    


Muhammad Aiden telah merancang sesuatu. Dia pasti helahnya akan menjadi hari ini.
Masih lagi di Restoran Al Makmur. Dia berniat mahu berkenalan dengan sosok perempuan yang disyaki menghidap penyakit misteri. Bukan mahu mengkaji penyakitnya tapi mahu mengenali hati budi gadis itu.

Dari dalam kereta dia memasang mata. Perempuan yang dari tadi ditunggu akhirnya memunculkan diri, tepat seperti apa yang dijangka.

Qasih melabuhkan punggungnya di bangku restoran. Tengkuknya diurut sedikit menggunakan tangan kanan. Letih seharian bekerja.
Sedang dia tunduk tiba-tiba seorang lelaki melabuhkan punggung betul-betul berhadapan dengannya. Di meja yang sama. Qasih ternganga buat seketika.

"Rubiah. Awak Rubiah kan?" soal lelaki itu dengan tiba-tiba Qasih masih terkesima. Eh, Rubiah mana pula ni.

"Sorry?" kata Qasih tergagap-gagap.

"Sayalah Aiden. Muhammad Aiden. Kawan awak berchat dekat wechat tu?" tipu Aiden.

Gulp. Qasih menelan liur. LAILAHA ILLALLAH, kawan dekat wechat. Eh dia ingat aku ni dak-dak wechat ke? Facebook pun aku tak main . Instagram aku yang terbelangkai dengan ratusan ribu followers tu pun aku tak hadap. Sekarang ni dia cakap kenal aku dekat wechat. Ini dah menjatuhkan martabat.

"Sorry, saya tak ada akaun wechat dan yang sewaktu dengannya. Encik salah orang."
Ni kes temu janji buta lah ni. Kenal-kenal tak tengok muka then buat temu janji . Lastly salah orang, tersasar ke aku.

"Eh tak mungkin. Tudung, blaus warna krim, seluar warna hitam. Haa, Awaklah."
Sekali lagi Qasih terkedu. Ciri-ciri pakaian yang dikatakan sebiji dengan apa yang dikenakannya ketika ini.

Qasih menilik pakaiannya. Tudung bawal warna krim, blaus warna krim serta seluar hitam. Macam mana boleh sama?

"Encik. Itu bukan saya. Saya tak kenal encik, ni waktu lunch saya. Saya datang untuk makan tengahari bukan untuk berjanji temu dengan siapa-siapa. Kalau betullah saya Rubiah, saya mesti dah cam encik. Tapi saya tak tahu. Bukan saya," jelas Qasih membetulkan salah faham. Hatinya dirundung rasa risau. Lelaki ni tak faham bahasa ke. Dah kata bukan. Bukanlah.

"Jap. Nah tengok ni."
Aiden menghalakan telefon pintarnya kepada Qasih. Perbualan whatsappnya dan Rubiah tah sape tu dibaca Qasih teliti.
Qasih mengerutkan dahi.

"Ye. Saya tahu encik salah faham sebab ciri-ciri yang dia sebut tu sama macam saya. Tapi masalahnya bukan saya. Bukan saya. Tak cukupkah saya dah menafikan untuk buat encik berhenti menganggap saya ni Rubiah. Alaaahai."
Kali ini Aiden pulak mati akal. Kalau Qasih dah menafikan dia tak boleh mendesak. Silap dia lah ni tak buat Plan B.

"Kalau macam tu, boleh saya duduk sini? Yerlah sambil-sambil tunggu Rubiah."
Qasih sudah menyepetkan mata. Nafasnya turun naik. Mamat sewel ni betul-betul menguji kesabarannya.

Panahan mata Qasih tepat menusuk anak mata Aiden, buat jantung Aiden tidak keruan. Jangan-jangan penyakit menjerit dia menyerang lagi tak.

"Duduklah."
Sepatah ayat keluar dari mulut Qasih.
Aiden terpana. Macam tu je? Ingatkan nak halau dia. Tak mencabar langsung perempuan ni.

"Ada banyak lagi tempat yang awak boleh duduk sebenarnya. Tapi takpelah, malas nak bertekak. Sampai je si Rubiah tu, awak angkat kaki," kata Qasih tanpa memandang Aiden.

Kertas-kertas kerja yang dibawa dari pejabat diletakkan di atas meja. Matanya meniliti satu persatu kertas kerja itu. Sesekali tangan yang menggenggam pen menulis sesuatu di atas kertas. Aiden hanya menjadi cctv.

"Order?"
Pelayan tiba mengambil pesanan. Asal service kalini lambat eh. Getus hati Qasih.

"Ermm... Saya...."
Aiden berhenti membuat pesanan. Tidak mahu ketahuan yang dia kuat makan. Menu apa pula yang dia nak pesan.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now