BAB 62

212 17 8
                                    


Tibalah hari yang tidak dinanti. Kenderaan alphat yang dipandu Saiful, selamat perking diruang yang disediakan khas disitu. Bangunan mahkamah syariah gah terlihat dari cermin kereta.

Sepanjang perjalanan, kepala Qasih tidak lepas dari bersandar di cermin kereta. Ya Allah, semalaman dia tidak boleh tidur memikirkan nasib hari ini. Dia tidak kuat. Sungguh dia masih mencintai Aiden. Cintanya sama sekali tidak berganjak bahkan bercambah hari demi hari buat lelaki itu.

"Kita dah sampai," kata Saiful memecah keheningan.

"Sayang... jom?" Nadien mengusap lembut bahu Qasih, namun Qasih seolah hilang deria sentuh. Dia terus bersandar dicermin kereta. Sedari tadi kain tudungnya sudah lecun dibahasi airmata.

"Qasih kuat ya sayang... ibu ada," ungkap Nadien. Dia faham kondisi anaknya ketika ini namun tidak boleh tidak. Hari ini harus berjalan dengan lancar.

"Ibu ada, sayang... ibu takkan tinggalkan Qasih. Ye?" sambungnya lagi.

"Ayah pun ada untuk anak ayah. Ingat ya, apa seja keputusan Qasih, jangan ragu-ragu untuk bersuara. Ayah sokong anak ayah..." giliran Saiful menguatkan namun bunyinya sedikit berbeza dari Nadien. Saiful seakan mengerti, segala yang dirancang hari ini bukanlah kemahuan Qasih.

"Abang..." desis Nadien. Menjeling ke arah suaminya itu.

"Eh. Itu... Aiden..." beritahu Saiful. Lantas Qasih tersentak dari lamunan, tercari-cari kelibat Aiden yang dimaksudkan ayahnya.

"Aiden..." ucap Qasih.

"Rasanya diorang dah menunggu lama tu. Jomlah, kita turun."

***

Setelah sampai ke destinasi yang ingin dituju. Mereka bergilir keluar turun dari bas pengangkutan awam. Jalan sikit je lagi ke depan. Dah sampai ke mahkamah syariah.

"Ish! Syahira memang tak bolehlah mak. Sanggup Encik Aiden buat akak macam ni? Eeee... geram betullah!" Dengan perasaan marah yang membuak-buak. Syahira dan Nirmala mengatur langkah serentak. Mereka sudah dimaklumkan tentang penceraian yang kan berlaku antara Qasih dan Aiden, hanyasanya tidak dijelaskan akan puncanya.

"Syahira! Dahlah tu, janganlah kita masuk campur. Jomlah balik..." Ditarik lengan anaknya.

"Kenapa pula tak boleh masuk campur? Kita ni dah abaikan akak tu bertahun-tahun, takkanlah sekarang pun kita tak ambik tahu jugak. Dahlah, Syahira tak peduli. Apa jadi, jadilah. Syahira nak cuci telinga Encik Aiden tu bersih-bersih!" geramnya.

"Eloklah. Lepas tu kena buang kerja."

"Ah, dia tak buang pun. Sukarela, Syahira berhenti. Bahar ada, dia boleh bantu Syahira."

"Ya Allah budak ni... ergh!"

***

Cincin pernikahan masih tersarung indah dijemari manisnya. Dengan langkah kaku sambil dipimpin oleh Nadien. Qasih berjalan langkah demi langkah. Sepatah perkataan pun tidak terbit dibibirnya setakat hari ini. Hanya esakkan airmata yang mengisi pagi sampai ke tengahari.

Langkah terhenti setelah figura yang dirindui berada di depan mata tapi kehadirannya masih belum disedari. "Ibu... please bagi Qasih... bercakap dengan Aiden dulu..." ucapnya lemah.

Belum pun sempat Qasih maju, kelibat Syahira terlebih dahulu menyerang suaminya.

"Encik Aiden! Hey! Sampai ya hati Encik Aiden buat akak saya macam ni? Mana bos yang saya kenal. Yang sayang sangat dengan kakak saya dulu? Siap ugut nak berhentikan saya kerja, konon sanggup buat apa saja untuk Kak Qasih tapi sekarang? Huh! Macam ni lah lelaki kan. Bila bosan senang-senang je campakkan perempuan."

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now