BAB 55

169 12 6
                                    


Usai melaksanakan solat fardhu maghrib berjemaah, Aiden mengajak Qasih untuk turun menjamu makan malam. "Jom, turun makan." Tangan Qasih dipimpin. Qasih tidak bergerak.

"Jomlah..." ajaknya lagi namun Qasih masih berdiri statik.

"Saya tak lapar. Awak jerlah pergi makan... Erm, maaf. Abang jerlah pergi makan." Setelah pelbagai rintangan yang dilalui dalam tempoh beberapa hari, Qasih dilanda trauma untuk berhadapan dengan Datin Fatimah.

"Kenapa ni?" Ditarik isterinya untuk sama-sama duduk disisi katil. "Abang tahu Qasih takut, tapi abangkan ada?" pujuk Aiden. Disentuh lembut dagu isterinya lalu didongakkan sedikit.

"Abang janji abang takkan tinggalkan Qasih lagi." Ketika janji termeterai, dia tidak mungkin melanggarnya. Itulah Aiden.

"Tapi... Qasih tak lapar. Abang makanlah dulu. Nanti Qasih lapar, Qasih makan. Ya?" Dia tetap bekeras. Setiap kali tiba waktu makan malam. Semua ahli keluarga yang berada dirumah akan makan bersama. Jadi situasi itulah yang sungguh Qasih elakkan. Dimana waktu itu Datin Fatimah wajib ada.

"Hm... Kalau macam tu... Abang tunggu Qasih jerlah," kata Aiden. Qasih tergamam. Kalau tunggu dia, memang sampai esoklah dia tak keluar dari bilik.

"Qasih tak berani..."
"Kan abang cakap, abang ada? Qasih tak percayakan abangke?" pintas Aiden.

"Qasih takut... dengan momy..." luah Qasih. Bergetar bibirnya mengucapkan kalimat 'momy'.

"Kenapa cakap macam ni? Walaupun momy sekarang dah lain. Tapi momy takkan sanggup apa-apakan Qasih. Lebih-lebih lagi ada cucu dia yang tak lama lagi lahir." Sambil Aiden mengusap perut isterinya. Dia masih belum tahu hakikat sebenarnya. Pasti tidak terjangkau diakalnya akan apa yang sudah dilakukan Datin Fatimah kepada Qasih.

"Abang boleh tak jangan paksa Qasih? Abang tak tahu perasaan Qasih macam mana, abang boleh cakap je. Pergilah..." tempelak Qasih. Berang dengan sikap Aiden yang seolah tidak peduli dengan perasaannya. Walhal Aiden sendiri tidak tahu apa yang sudah berlaku.

"Qasih minta maaf sebab tinggikan suara..." Rasa bersalah setelah sedar akan keterlaluannya melontarkan kata-kata.

"Abang yang sepatutnya minta maaf, sebab tak faham situasi Qasih. Takpalah, daripada kita bertengkar... Abang tunggu je Qasih dekat sini. Abang tak selera kalau Qasihpun tak lapar. Titik." Aiden bingkas angkat punggung. Dia keluar ke balkoni bilik. Tak makan nasi, makan anginpun jadilah.

***

Bunyi ketukan pintu menyapa pendengaran.

"Masuk," arahnya. Pintu pun dikuak dari luar. Terjenguk figura wanita sambil memeluk fail-fail.

"Puan... orang tu tetap juga nak jumpa," beritahu setiusaha Nadien. Nadien angkat kening. Tangannya yang terselit pen menarik kaca matanya agar turun sedikit. "Huh, siapa mereka tu?" tanya Nadien.

"Tak tahu, puan. Saya dah tanya nama balik-balik pun diorang tak nak cakap. Saya dah kata tak boleh tapi diorang berdegil juga nak jumpa."

Nadien menyandarkan belakang dikerusi roda pejabatnya. Kaca mata rabun dekat dilepaskan lalu diletak diatas meja. Tadi setiusahanya sudah memberitahu melalui interkom bahawa ada dua orang wanita tidak dikenali ingin berjumpa, tapi Nadien menolak dengan alasan, dua orang itu datang tanpa temu janji lagi pula dia kebetulan sedang sibuk.

"Nanti saya keluar," ringkas Nadien. Pintu sudah kembali tertutup.

Nadien bangkit. Bajunya yang sedikit kusut, dikemaskan. Begitu juga dengan tudungnya. Walaupun dia sudah termasuk dalam golongan warga emas tapi rupa dan gayanya tetap kelihatan awet muda. Dia dan Qasih pun kalau berjalan seiringan dah macam adik beradik.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now