BAM 70

90 9 0
                                    

Pukul 7:50 minit pagi. Keadaan Qasih yang sempat merosot semalam kembali stabil. Aiden terus setia duduk disamping isterinya bersama Nadien.

"Dah pukul berapa ni?" Qasih terjaga dari tidur. Perlahan dia mencabut oksigen dari mulut dan hidung.  "Dah nak masuk pukul lapan pagi sayang," jawab Aiden. Lembut saja suara itu membisik ke telinga isterinya. Qasih mengangguk lemah. "Yang lain mana?" tanya Qasih lagi. Suaranya perlahan namun jelas pada pendengaran.

"Baru je balik. Kitorang semua bermalam dekat sini semalam. Ayah, mak Qasih, Syahira dan Nenda pun ada sekali tau tapi ibu suruh mak dan Syahira balik dulu. Ayah kerja tapi katanya nak balik awal harini," terang Nadien. Qasih mengangguk lemah.

"Qasih rasa macam mana sekarang?" Aiden bersuara. Ubun-ubun isterinya diusap lembut. Dia nampak saja tenang tapi dihati hanya Allah yang tahu. Satu keluarga menjadi saksi betapa dia takut bukan kepalang semalam, saat keadaan kesihatan Qasih tiba-tiba merosot.

"Semua tolong tunggu diluar. Kami perlu buat pemeriksaan segera." Serentak semua ahli keluarga bergegas menapak ke luar dari wad Qasih. Bunyi mesin ventilator yang semakin rancak menambahkan lagi rasa risau didada.

"Ya Allah... ya Allah selamatkan anak aku ya Allah. Selamatkan Qasih..." doa Nadien tiada putus selama dalam penantian.

Apatahlagi Aiden, tidak tentu hala berjalan mundar-mandir. Zikir, istighfar, selawat dan doa tidak putus dipanjatkan. Matanya bergenang hanya menunggu menumpahkan air sahaja lagi. Segala karenah ahli keluarga yang lain tidak lagi dihiraukan. Dalam hati, masing-masing sibuk meminta-minta hajat yang sama pada pemilik nyawa.

Aiden rapuh, masa terus berlalu dikala para doktor dan jururawat keluar masuk wad tanpa menyampaikan khabar berita. Bila ditanya, "Maaf, kami masih menjalankan rawatan. Mohon doa semua." hanya itu saja yang menyapa telinga. Gundah gulana semakin bercambah.

Pantas Aiden melangkah meninggalkan yang lain dalam penantian. Dia pula bergegas mencari solusi dengan menghadap Tuhan. Surau dituju. Dalam langkahnya menapak ke ruang tempat ambil air wudhu' tidak semena-mena pesan isterinya berapa hari yang lalu terimbas diingatan.

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

"Kan... so its okay to not be okay abang. Allah bagi peluang untuk kita sabar. Kalau takda ujian macam mana nak rasa nikmat sabar? Betul tak?"

Airmatanya tumpah jua. Dalam rembesan air wudhu' yang membasahi wajah, dia berusaha menahan tangis. Disetiap denyutan nadi itu, terus diselangi dengan doa kepada Maha Pencipta

"Abang..." seru Qasih. Serta-merta mematikan lamunan Aiden pada kejadian tadi malam. "Kenapa?" soal Qasih. Didalam samar-samar pandangan, dia menangkap binar mata suaminya. "Ya, abang okay." Aiden mengukir senyum palsu. Senyum penutup kesedihan, senyum menutup kerisauan.

Nadien termenung. Kering sudah airmatanya tumpah semalaman. Dengan apa jua ketentuan, dia redha tapi entah kenapa dia masih belum bersedia untuk redhanya itu dibuktikan.

***

Usai solat fardhu zohor berjemaah. Qasih kelihatan lebih cergas. Dia mula menunjukkan reaksi positif apabila dia sudah dapat menggerakkan tubuh untuk duduk. Tanpa oksigen pun kelihatan dia dapat bernafas dengan baik.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now