BAM 18

342 25 0
                                    


Selesai membuat tempahan. Aiden dan Qasih saling berpandangan, mencari topik sebagai pembuka bicara.
Aiden masih diam. Qasih apalagi, diam seribu bahasalah. Kekok pula dengan situasi sekarang.

Dari kejauhan. Seorang wanita berbadan tinggi lampai berjalan melangkah masuk ke dalam restoran. Tiba-tiba bibir mengukir senyuman. Tak sangka jumpa bos dekat sini, gamaknya. Dia berkira-kira mahu bertegur sapa dengan orang atasannya itu. Laju langkahnya diatur.

"Hai Encik Aiden," sapanya mesra.

"Syahira..."

Aiden mengangkat wajah. Wajah Syahira menjadi tatapannya kini. Tak peliklah jumpa kakitangan pejabat dekat sini. Dah masuk pukul 2 petang, waktu makan tengahari, memang inilah tempat pilihan menjamu selera. Dekat dengan tempat kerjalah katakan.

"Syahira!"
Suara Qasih mengambil alih. Bunyinya macam menjerit bercampur terkejut. Kenalke?

"Awak kenal dia ke?" soal Aiden.

"Err... Tak. Kan awak ada sebut nama tu tadi. Hehehe, by the way, siapa dia?"
Qasih gugup.

Syahira mengetap bibir. Macam mana pula boleh tak perasan Encik Aiden keluar dengan awek dia... Kan dah kacau daun. Aduhai, asallah kau tak peka Syahira, gumam Syahira dalam hati.

"Owh... Ni staff baru saya. Syahira. Syahira ni kawan saya Qa..."

"Ziana. Ziana nama saya."
Laju Qasih memintas ayat Aiden. Dia tidak mahu nama sebenarnya diketahui orang sembarangan, apatah lagi baru dikenali.

"Ooo. Erm. Okaylah, saya minta diri dulu. Maaf mengganggu."

Setelah Syahira lesap di depan mata. Aiden membuka mulut.

"Kenapa Ziana?"

"Saja. Nama Qasih untuk orang tertentu sahaja," bohong Qasih. Aiden mengangguk tanda faham.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" tanya Qasih.

"Pantai."

"Pantai? Ish.. Taknaklah, buat apa ke sana?"
Qasih membantah. Sebenarnya dia bukan apa. Cuma hatinya bimbang.

Bimbang jikalau ada sesuatu yang bakal berlaku, yang mana akan memicu otaknya mengingati kejadian lama. Dia masih belum bersedia rahsia yang selama ini di simpan erat , diketahui oleh Aiden. Bagi Qasih. Lebih selamat berjalan-jalan sendiri daripada didampingi.

"Okay... Erm... Shopping mall nak?"
Cadang Aiden lagi.

"Taknaklah. Tempat lain takda ke?"
Qasih semakin mengelak.

Sungguh bahaya untuk dia menjejaki tempat-tempat seperti itu. Mentalnya yang tidak utuh akan mengundang bahaya kepada fizikalnya dan orang-orang sekeliling.
Sebelum ni kalau nak pergi mana-mana mesti ada Ibu atau pengawal pribadi ataupun Doktor psikoligi pribadi merangkap sahabat Ibunya itu sebagai peneman, pembantu sekaligus pelindung. Sekarang ni cuma ada Aiden. So kena lebih berhati-hati.

"Fine. Kita pergi taman tema nak?"

"No. Janganlah. Kita balik je lah terus."
Perasaan risau semakin bercambah. Tangannya yang terselindung di bawah meja makan, bergenggam erat. Tuhan saja yang tahu betapa risaunya dia sekarang.

"Eh janganlah macam tu. Saya bukannya selalu dapat ajak awak keluar. Kalau macam tu, awak cakap je pergi mana. Saya ikut."
Dia dapat mengagak sesuatu. Pasti ini ada kaitan dengan syarat yang diberi oleh Nadien tadi. Aiden akur.

"Hmm... Pergi... Kita pergi melawat Galeri nak?"
Sesuai sangatlah cadangan Qasih. Qasih pun dah lama tak pergi galeri. Ada beberapa karya hasil tangannya yang menjadi pemeran di dalam geleri.
Bijak Qasih!

ANTA PERMANAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن