BAM 34

285 24 0
                                    

Wad yang menempatkan Qasih Ruziana kini dipenuhi ramai orang yang terdiri dari ibu ayah dari kedua mempelai. Nenda Luxiana, Ainul, jurugambar yang diupah untuk mengambil gambar secara langsung dan tidak langsung ,dan tidak ketinggalan Doktor Umi Amirah.

Mereka yang hadir semuanya kelihatan segak, manakala perempuan tampil menawan. Dengan lelakinya yang berbaju melayu dipadakan dengan samping. Perempuan pula berbaju kurung moden dihiasi dengan perincian manik-manik dan sulaman, ditambah lagi shawl yang terletak kemas dikepala. Kecuali Qasih, lesu sahaja raut wajahnya. Mungkin kesan daripada suntikan dab ubat-ubatan yang diterima.

"Wah... Cantik-cantik dan segak semuanya."

Qasih menguntum senyuman, menyambut semua tetamu yang datang. Terharu melihat pengorbanan orang-orang yang dia kasihi. Selepas saja akad nikah selesai, mereka semua bergegas berangkat menuju ke hospital. Momy Aiden kata nak ambik gambar. Dia pun ikutkan sajalah walau hakikatnya dia kurang rela.

"Firs time tau momy tengok muka menantu momy ni depan-depan. Sebelum ni tengok dekat gambar je."

Kucupan lembut dari Datin Fatimah, singgah didahi Qasih Ruziana. Sukar mahu dijelaskan betapa bahagia hatinya bila dapat menantu yang merupakan pewaris legasi De'Lux Corporation. Ini kerana dia adalah salah seorang peminat tegar produk keluaran syarikat itu.

"Qasih pun sama. Terima kasih sebab terima Qasih," tutur Qasih.

"Eh mestilah. Pandai Aiden pilih isteri. "

Datin Fatimah menghadiahkan kenyitan mata kepada Aiden. Petanda apalah agaknya itu.

Setiap detik-detik indah yang berlaku. Dirakamkan oleh jurugambar profesional. Dari saat dua keluarga itu berjalan memasuki wad, sehinggalah saat ini. Semuanya tersimpan rapi dalam memory card camera jurugambar tersebut.

"Eh. Marilah. Aide sini, ni apaaa.. Nak buat acara batal wudhuk.'

Qasih terkial-kial. Acara batal wudhuk? Batal macam mana? Yang salam-salam, cium dahi tu ke? Ya Allah tolong... Dia belum bersedia. Tubuhnya sekarang ni pun sudah cukup lemah, kang terpengsan pula bila terpaksa salam Aiden. Bukan tak mahu, tapi nanti dulu.

"Errr momy... Kitorang buat solat sunat dulu. Lagi afdal kan?" ujar Aiden. Seolah-olah mempunyai kuasa telepati. Dia tahu debaran yang dirasakan Qasih ketika ini. Dia pun sama jugak.

"Owh hehehe... Okay boleh. "

Yang lain cuba buat-buat ketawa. Sentap agaknya. Datin Fatimah berundur. Dia dan lain-lain menempatkan diri diatas sofa yang tersedia dalam setiap wad kelas pertama.

"Saya whuduk balik," kata Aiden ringkas. Dia belum batal sebenarnya, tapi jalan jauh kan tadi. Takut-takutlah ada melekat kotoran ke apa.

Usai menamatkan solat. Mereka hanya berbalas pandangan tanpa bersalaman. Haih canggung sungguh.

"Haaa... Sini-sini. "
Jurugambar tadi diarahkan oleh Datin Fatimah untuk mengambil posisi didepan pengantin baru.

Seram sejuk dirasakan Qasih. Tangannya mengusap-usap satu sama lain. Sumpah dia tak boleh. Bunyi macam klise tapi inilah kenyataan. Ya Allah, takkan batal wudhuknya kalau bukan tersentuh kulit si sang suami. Darahnya naik bergelojak hebat. Nafas yang dipaksa tenang, mula buat perangai.

"Haa... Qasih. Cium tangan Aiden, macam ni."

Datin Fatimah menunjukkan contoh . Tangan Dato' Mukhriz dicapainya secara paksa lalu dicium. Pecah tawa semua melihat gelagat Datin Fatimah yang sangat humble.

"Ar macam tu. Cepatlah. Cium lama sikit, photographer nak ambik gambar tu."

Suasana meriah dipenuhi gelak tawa ini langsung tidak meresap dijiwa Qasih. Tidak habis-habis telan air liur. Sekarang ni nak buat macam mana, nak mengadu dekat Aiden? Aiden pun dah merah pipi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now