BAM 27

290 27 2
                                    

"Saya... Tak gila."
Qasih bersuara datar. Dia merapatkan wajah ke dada bidang Aiden. Mahu melepaskan kesedihan.

Aiden mengelak. Tubuh Qasih dijarakkan, sedar dengan batas yang sepatutnya dijaga.

"Encik. Saya rasa isteri encik tu dah kena rasuk agaknya. Tengoklah tu. Pucat, mata merah, badan pun menggeletar. Encik menjauh kenapa? Cubalah tahan dia. Pelukkah apa. Alaa...hai. Kena pula dalam kedai kami. Susahlah macam ini. Tak nak try panggil ustaz ke?"

Salah seorang staff di kedai itu menerbitkan rasa bimbang. Mahunya hantu yang merasuk tu agresif jenisnya. Tak ke habis buku-buku dalam kedai ni dicarik-carik. Rela lagi jikalau mereka yang menjadi mangsa baham. Kalau barang-barang jualan kedai. Sadisnya kena potong gaji. Hantu apalah yang tersesat masuk dalam mall waktu-waktu cerah macam ini.

"Dia bukan isteri saya."
Aiden membetulkan salah faham.

"Tak kisahlah isteri ke, awek ke. Encik tak payahlah berdiri jauh. Ke encik takut? Aduhai. Masalah betullah."
Seorang Staff disitu bersuara lagi. Gabra pula berdepan dengan situasi begini. Dengan Qasih yang tidak berhenti menangis berpeluk lutut. Aiden pula hanya berdiri tanpa berusaha meredakan keadaan. Seram sejuk saja rasanya.

"Dia bukan kena rasuk. Awak semua jangan salah faham. Dia cuma sakit," bidas Aiden. Dia sendiri tidak pasti dengan kenyataan yang dibuat.

"Tadi saya dah hubungi keluarga dia. Saya minta tolong beri masa sikit, sekejap lagi kami akan keluar," rayu Aiden lagi.

"Apa susahnya. Bawa je dia keluar dari sini," kata seorang lagi staff disitu.

"Boleh. Tapi kalau dia buat apa-apa diluar kawalan. Saya tak bertanggungjawab."
Pekerja-pekerja dikedai buku itu terdiam. Tidak mahu mengambil sebarang risiko. Mereka akhirnya akur dengan permintaan Aiden.

"Aiden..." seru Qasih lembut.

Aiden duduk mendekati Qasih. Wajah Qasih diamati. Mungkin sudah kembali sedar.
Qasih cuba menggenggam tangan Aiden. Namun pantas Aiden menepis lembut.

"Kenapa dengan awak ni, Qasih? Saya kenal awak. Saya tahu kalau awak sedar, awak tak akan berani nak sentuh saya."
Lembut suara itu membisik ketelinga Qasih.

Qasih tertunduk. Menangis semahu-mahunya. Malu mendengar kata-kata Aiden. Dia berada dalam separuh sedar ketika ini. Separuh dirinya mendorong dia untuk kuat, dan separuh lagi mendesak dia bertindak diluar kawalan. Dia tertekan. Apa yang dia mampu, bertahan dan terus bertahan.

"Saya nak Ibu saya..." luah Qasih.

"Sekejap lagi Ibu awak sampai. Awak sabar ye..." pujuk Aiden lembut. Dia tidak tahu hendak bagaimana. Dia sendiri buntu memikirkan keadaan Qasih ketika ini.

"Saya rasa kawan awak ni ada trauma, kalau bukan histeria macam yang staff kami cakap. Macam adik ipar saya, trauma selepas kematian suaminya. Lebih kurang macam inilah keadaan dia."

Manager disitu menyuarakan pandangan. Terpulang sama ada Aiden mahu mengambil pusing atau tidak.

"Kawan awak sakit apa?" soal Manager itu lagi.

"Saya tak pasti," jawab Aiden.

Qasih mengalami kesukaran bernafas. Pandangannya berpinar-pinar. Otaknya seakan dicubit kuat. Dia hilang keseimbangan sebelum tubuhnya rebah ke lantai.

"Qasih... " laung Aiden.

***

"Qasih sakit apa sebenarnya?"
Suara Aiden memecahkan kesunyian diruang menunggu hospital.
Wajah sayu Nadien dipandang mahukan jawapan.

Nadien hanya diam. Tidak tahu hendak mula darimana. Perkara inilah yang paling Qasih takutkan. Takut jika terbongkar. Jadi Nadien tidak sampai hati mahu menceritakan keadaan Qasih kepada Aiden, tanpa keizinan dari tuan empunya kisah.

"Dari dulu saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Qasih. Saya rasa tertanya-tanya, kenapa Qasih tak boleh bebas macam orang lain. Dia kenapa sebenarnya?" soal Aiden lagi. Mendorong Nadien untuk berterus terang.

"Kamu lupakan sajalah apa yang dah jadi," pinta Nadien. Keliru jawapan apa yang sepatutnya diberikan.

"Aunt, tolonglah terus terang dengan saya. Saya ikhlas dengan Qasih. Saya tak kisah walah apapun keadaan dia. Saya janji saya akan terima," tutur Aiden setulusnya. Ada makna tersirat disebalik bait-bait ayat yang tersusun itu.

"Qasih tak akan benarkan orang lain tahu, bagi dia hal ni hanya akan mengaibkan dia sekaligus buat orang mengkeji keadaannya. Biarlah ini kekal sebagai rahsia."
Lembut Nadien berbudi bahasa. Aiden yang duduk dikerusi hadapan, tidak dipandang.

"Aunt rasa ini rahsia lagike? Saya dah tahu semuanya. Saya nampak dan saya dengar. Cuma nama penyakitnya saja yang saya tak tahu. Yang lain semua dah jelas depan mata saya. Aunt rasa ini masih rahsia?"
Aiden seakan mendesak.

"Kenapa kamu beriya sangat nak tahu?" tanya Nadien serius.

"Sebab Qasih penting bagi saya. Aunt, jujur saya sayangkan anak Aunt. Aunt nampakkan usaha saya selama ni, semata-mata untuk dekat dengan anak Aunt? Saya tak buat semua tu kalau Qasih tu tak penting bagi saya," luah Aiden.

Nadien terkedu mendengar pengakuan Aiden. Dia akui betapa Aiden sudah banyak menyusahkan diri demi anaknya. Dia nampak kesungguhan Aiden dalam meraih restunya. Dia sedar semua tu.

"Qasih menghidap trauma. Post Traumatic Stress Disorder. Dia menghidap penyakit tu akibat kejadian buruk yang pernah dia lalui di masa lalu. Keadaannya bertambah teruk semasa dia menginjak usia 18 tahun."
Nadien mula terbuka hati untuk bercerita.

"Mentalnya semakin terganggu. Sampailah akhirnya Qasih ditahan di rumah sakit jiwa. Dan dia di sahkan menghidap sakit mental. Lebih senang orang panggil, gila."

Satu persatu kebenaran dirungkai.

"Sakit mental?"
Aiden bernada terkejut.

"Ya... Tapi Aunt tak sampai hati. Sebagai seorang ibu, Aunt tak sanggup melihat anak Aunt disamakan dengan orang pesakit jiwa. Aunt buat keputusan untuk merawat dia dirumah. Hampir setiap hari, Aunt keluar masuk hospital berurusan . Nak bawa Qasih keluar dari Tanjung Rambutan."

"Aunt lantik Doktor Umi Amirah. Keluarga Aunt juga, sebagai doktor psikologi pribadi yang merawat Qasih. Segala pelajaran Qasih yang tertangguh, dilanjutkan dirumah. Macam-macamlah alternatif Aunt cari demi kesembuhan Qasih."

Jelas Nadien panjang lebar. Terpulang kepada Aiden mahu memilih pergi, atau terus setia.
Aiden kelu. Terkesan dengan penceritaan yang didengar. Perempuan yang pada pada pandangan mata kasar terlihat kental dan kuat, rupanya menanggung seribu satu kisah duka.

"Qasih trauma sebab apa?" soal Aiden lagi.

"Panjang ceritanya."
Nadien menarik nafas panjang.

"It's okay. Kalau Aunt sudi bercerita, saya sanggup dengar," tutur lelaki itu penuh harapan.

-----

To be continued.

Harap bersabar...

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now