BAB 59

180 16 2
                                    


Ada benda yang ibu nak cakap dengan Aiden bila Aiden dah balik nanti. Ini pasal Qasih. Tolong, bila Aiden dah balik dari Beijing, sebelum Aide jumpa Qasih. Jumpa ibu dulu. Ada perkara yang perlu kita selesaikan.

Pesanan ringkas dari aplikasi Whatsapp pagi tadi mengganggu tumpuannya seharian bekerja. Dia sempat menghubungi terus ibu mertuanya itu namun jawaban Nadien tidak jauh bezanya.

"Ibu nak Aiden selesaikan kerja dulu. Tak sesuai benda ni dibincangkan dalam telefon."

Semakin bertambah gusar dia dibuatnya. Apa yang dia jangkakan, mungkin Qasih mengadu tentangnya kepada Nadien. Tapi dia kenal isterinya macam mana. Bukan jenis yang suka mengadu masalah rumah tangga kepada orang tua. Hatinya kuat mengatakan, ada perkara lain yang cuba disampaikan.

***

"Qasih..." seru Nadien. Melihat sekujur tubuh anaknya terbaring lesu. Mengundang dukacitanya.

"Nak apa-apakah? Ibu belikan."

Qasih hanya menggeleng. Bercakap pun dia tidak lagi bermaya. "Jomlah sayang... kita pergi hospital. Ibu tak sanggup tengok Qasih macam ni. Jomlah sayang..." pujuk Nadien sekali lagi dibalas gelengan.

"Okay kalau macam tu. Ibu nak tanya Qasih. Qasih jawab ibu jujur. Jangan ada rahsia apa-apa antara kita."

Disambut pandangan ibunya. "Ibu... nak tanya apa?" soalnya.

"Salah satu punca Qasih jadi macam ni. Sebab Datin Fatimah ke? Jawab ibu kalau dia ada buat sesuatu yang tak baik dekat Qasih."

Sebaik sahaja nama itu disebut, Qasih lantas menekup telinga. "Please..." ucapnya.

"Ya Allah. Kenapa? Kenapa... huh," keluh Nadien. Kecewa sungguh  melihat reaksi Qasih.

"Ibu mati-mati percaya yang Qasih dah hampir pulih tapi... kenapa dia hancurkan semuanya..." sesalnya dengan airmata.

"Kak, maafkan saya. Tapi jangan bahas dulu pasal ni. Kesian Qasih, ya?" Doktor Umi mencelah. Jika ada sesuatu topik yang sensitif untuk Qasih, maka sebaiknya terus dialihkan. Dampaknya akan membuat mental Qasih terganggu dengan peristiwa buruk yang pernah dialami.

"Ibu..." ucap Qasih samar-samar kedengaran. Perlahan tangannya turun memeluk lutut. Tiba-tiba hati dirundung rasa rindu terhadap seseorang.

"Ya, sayang?"

"Mak, ada... datang lagi tak?" Serentak Nadien dan Doktor Umi berbalas pandang.

"Kenapa? Qasih nak jumpa mak ke?" tanya Nadien. Matanya berkaca mengelus lengan anaknya. Mereka tidak menjangka Qasih membalas soalan itu dengan anggukkan.

"Macam mana kalau Qasih sakit?" tanya Nadien lagi bernada cemas. Ya Allah... dia tak sanggup lagi . Qasih satu-satunya anak yang dia ada. Seandainya boleh dipindahkan semua rasa sakit, biar dia sebagai ibu yang tanggung semuanya. Cukup-cukuplah semua ini.

"InShaAllah, tak... Qasih rasa. Qasih dah boleh jumpa mak, dan Syahira sekarang..." luahnya. Doa yang dipanjatkan Nirmala setiap hari telah terijabah. Dia mulai membuka hati untuk mahu menemui dua insan silam itu.

"Ibu... ibu bukannya tak nak. Cuma Qasih tahukan? Ibu takut, Qasih sakit lagi. Sekarang ni Qasih perlu banyak rehat. Qasih tak boleh tertekan."

"Qasih okay.."

"Assalamu'alaikum..." Tiba-tiba Saiful datang. "Qasih, Qasih are you okay?" Diraih tubuh anaknya lalu didakap erat. "Kita pergi England. Ayah nak Qasih berubat dekat sana, ada doktor pakar yang mampu rawat sakit Qasih. Kita pergi..."  Tangis Qasih pecah dalam pelukan sang ayah. Lelaki yang telah memberi sinar baru dalam kehidupannya suatu ketika dahulu.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now