🤍 PROLOG I

393 10 2
                                    

15 Oktober 2013

Beg galas yang disandang pada kedua-dua bahunya selamba dilepaskan lalu dilempar di depan pintu rumah yang sememangnya sudah dibuka. Senyumannya sempat diukir dibibir apabila matanya dari tadi tidak lekang memandang dua helaian kertas pada tangannya.

"Ibu!" Hanna melaung memanggil ibunya. Matanya meliar mencari figura tubuh ibunya sambil membuka kasut sekolah untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah, kakak! Tak payah lah kamu nak menjerit bagai. Tengok beg tu, jangan campak merata-rata. Baik kamu ambil sebelum ibu bakar beg kamu, nak?" muncul Puan Hawani bersama leterannya melihat tingkah laku anak perempuannya yang tidak semenggah itu. Padahal umur sudah 15 tahun tapi perangai... Macam budak tadika. Budak tadika pun tak macam ni punya perangai!

"Maaf ibu..." balas Hanna sambil tersengih. Kepalanya berlapik tudung pengawas sekolah berwarna biru digarunya dengan rasa tidak gatal. Beg yang dilempar di depan pintu rumah tadi diambil lalu menyandang sebelah pada bahunya.

Puan Hawani hanya menggeleng kecil sebelum bersuara. "Kenapa kakak bising-bising panggil ibu tadi?"

"Kakak nak cakap sesuatu ni... tapi ayah ada ke? Sebab kakak tengok kereta ayah ada kat luar," jawab Hanna dengan nada lembut. Dua helaian kertas di dalam pegangannya dieratkan lagi. Perasaan takut mula menyelubungi perasaannya. Dia takut, andai kata ayah dan ibunya tidak bersetuju dengan bakal apa yang akan dia katakan nanti.

Belum sempat Puan Hawani untuk membalas pertanyaan Hanna, satu suara terlebih dahulu menyampuk bicaranya. "Kenapa kakak? Cakap je... Ayah dengar."

Faizuddin melangkah bersama tuala ditangan untuk mengeringkan rambut lalu melabuhkan punggung untuk duduk di sofa. Keberangkalian sudah selesai membersihkan diri kerana sudah siap berpakaian.

Hanna hanya tersenyum kecil. Kemudian dirinya pergi ke arah sofa untuk duduk bertentang arah dengan ayahnya. Ini pertama kali selepas dia pulang kesekolah melihat ayahnya ada di rumah. Selama ini ayahnya, jarang ada dirumah kerana sibuk dengan tugasnya. Kadang-kadang sampai tidak pulang ke rumah. Kerja sebagai pengawai polis sememangnya tidak boleh dinafikan kesibukan serta tanggungjawab yang digalas.

"Ibu pun duduklah. Kakak ada benda nak cakap ni," ujar Hanna apabila melihat ibunya masih tegak berdiri yang tidak jauh dari sofa.
Puan Hawani mengambil tempat disebelah suaminya sambil menantikan anak perempuannya untuk berkata sesuatu.

Tanpa membuang waktu, Hanna menarik nafasnya dalam dan segala ayat yang di susun di dalam kepala sudah diaturnya dengan teliti. Tinggal mahu bersuara sahaja. Dalam hatinya tidak putus untuk berdoa agar ayah dan ibunya akan memberi keizinan kepadanya. Nampak macam pelik caranya hendak memberitahu, tapi hakikatnya benar. Hatinya kini sedang dilanda perasaan resah dan gelisah. Lagi-lagi memandang wajah ayahnya yang garang itu.

"Ayah, ibu... Boleh tak kakak nak pergi lawatan sekolah ke Port Dickson? Ayah bacalah surat kebenaran lawatan ni dulu." Hanna menghulur dua helaian kertas bertaip surat dan borang kebenaran program lawatan sekolah kepada ayahnya.

Fuh! Hanna menghela nafas panjangnya. Betapa lama dia menahan nafasnya semata-mata mahu menghabiskan cepat bicaranya. Tambahan dengan perasaan takut bersama dirinya juga.
Tetapi tidak lama wajah Puan Hawani berubah riak sebaik mendengar perkataan 'lawatan sekolah' itu. Namun bagi Faizuddin masih lagi dengan riaknya tadi.

Faizuddin atau lebih dikenali DSP Faizuddin, wajahnya mula serius dan matanya teliti membaca bait-bait ayat di dalam kertas itu. DSP bermaksud Deputi Superintenden Polis adalah pangkat pengawai kanan kesembilan daripada sebelas didalam unit Polis Diraja Malaysia. Dia sudah memangku pangkat itu selama empat tahun sejak ditukarkan untuk berkhidmat di daerah Ipoh. Sebelum itu dia bertugas di daerah Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Superintenden Polis (ASP).

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now