🌼Bab 14

2K 114 13
                                    


Pejam celik, pejam celik dah tiga hari dua malam Hazwini berada di hospital Pulau Pinang.

"Hahaha...let me go... let me go... huhu.. can't hold it back anymore... let me go... let me go.. turn away and slam the door.. hah, pi tutup pintu dulu.." Hazwini menyanyi dengan senang hati. Sambil itu tangannya cekap menyusun baju-baju miliknya ke dalam bag.

"Let it go lah, bangang!" Celah Adriana yang elok bersantai di sofa.

"Oh.. ye eh? Sorry-sorry salah lirik,"

"Ah, jangan nyanyi lagi dah! Nanti siling door ni boleh pecah! Huish, so dangerous!" Tanpa salam Liana turut menyampuk.

"Dangerous kepala kotak kau! Dari kau sibuk hal aku, baik kau tolong aku susun baju ni..."

"Hahahahahaha.. kepala kotak?" Serentak itu Fify, Aisyatul, Aleya dan Adriana melepaskan ketawa.

Liana mencebik geram. Tahu lah dia masih layan cerita Boboiboy. Sampai sekarang dia mengikuti perjalanan cerita itu. Boboiboy versi remaja pun dia layan. Boboiboy Galaxy!! Haha tibe!😌

"TAPOPS mengembara satu galaxy..." tiba-tiba Fify menyanyi.

"Mencari power sphera untuk dilindungi!"diikuti oleh Adriana.

"Power sphera tidak boleh di salah guna," kemudian Aisyatul menyambung lirik.

"Oleh si Alien," Aleya yang senyap tiba-tiba mengikuti menyanyi.

"Si... Ali...,"

"More and more! Geuleoni han beon deo!" Laju Hazwini memintas Liana yang baru menyambung nyanyian daripada Aleya. Dan dia menyanyi sebahagian ikonik lagu TWICE more and more sebagai pemusnah lagu TAPOPS mengembara itu.

"Woi, itu dah lagu lain tu! Potong stim lah kau ni, Wini..." Liana membebel. Hilang hasratnya ingin menyambung lagu kegemarannya itu.

Hazwini tersengih kecil.

"Assalamualaikum..."

kedengaran suara garau dikenali oleh mereka berenam memberi salam

Kelihatan Airil Adryan dan Affan Daniyal memasuki bilik ini.

Dengan penuh gaya Affan Daniyal menuju ke arah Hazwini yang masih menyusun bajunya di atas katil. Tidak sedar dirinya diperhati secara diam. Dia tahu siapa. Nak kutip hutang lah tu!

"How are you feeling? Better ?"Soal Dr. Affan dengan gaya profesionalnya.

"Boleh lah.." acuh tak acuh Hazwini menjawab. Tangannya laju mengemas barangnya.

"Tā hen mang ma... rúguô tā yītīan dū zhăo bú dáo zuîba, búshī ma??"

Mereka semua beralih ke arah Aisyatul.

Tidak lama selepas itu, Aisyatul menekup mulutnya. Tersedar akan keterlanjurannya. Sebenarnya, Aisyatul mempunyai kelebihan berbicara bahasa Mandarin. Sungguh fasih. Kerana mummynya seorang cina mualaf. Sebab itu lah matanya sepet dan kulit putih melepak kerana mengikut genetik mummynya berbanding dengan daddynya melayu tulen.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now