🌼Bab 10

1.9K 120 12
                                    

"So, saya harap awak semua faham apa yang saya ajar hari ni about network in progress computer. That's all for today and thank you give a attention."

Semua pelajar di dalam dewan ini hanya mengangguk.

Hazwini hanya diam membisu sahaja. Wajahnya yang putih kemerahan itu kelihatan pucat sekali. Pagi tadi sebelum dia dan sahabatnya datang ke dewan ini teruk dia dileter. Dia di desak oleh sahabatnya pergi ke klinik. Tetapi perangai keras kepalanya menghalang dia pergi ke klinik.

Semasa pembelajarannya tadi, Hazwini tidak memberi langsung perhatian. Sekejap dia mengurut kepalanya sendiri sekejap pula dia memanggung kepalanya. Sakit dikepalanya makin menjadi-jadi.

Liana disebelahnya memandangnya dengan wajah penuh kesian. Nak tolong urut kepala tangan ada dua je. Satu nak menulis, satu lagi nak pegang buku rujukan. Haih... kalau ada sepuluh tangan sekalipun dah lama dia tolong urut kepala sahabatnya. Jika dibuat, terkantoi sudah dengan Dr. Airil. Jangan dibuat main woi! Mata Dr. Airil tu dua kali lebih ganda macam burung helang. Dia punya renungan tu dah rupa pisau parang nak sembelih daging lembu je!

Kemudian ketawa halus Liana kendegaran. Entah apa yang lawak tak tahu lah. Hazwini yang dari tadi memangku kepala di atas lengannya turut mengalih pengerakan seraya memandang hairan ke arah Liana.

"Mengumpat aku ke apa ni?" Tanya Hazwini hairan. Terangkat kening kanannya seketika.

"Haah!" balas Liana selamba.

"Kurang asam jawa punya orang tua!"

Lantas dia menampar bahu Liana dengan kuat sekali.

"Aduhhh!!" Liana terjerit kuat sambil mengusap bahunya yang tadi dipukul oleh Hazwini. Hazwini hanya tertawa perlahan sahaja. Tidak mampu dia hendak tertawa seperti biasa kerana dia masih lagi dalam kesakitan.

"What's so much fun? There is something that can sharing with me? Hazwini Rahaina? Liana Imanina?" Nah, empat tanda soal dia bagi.

Mereka berdua serentak memandang antara satu sama lain. Pelajar-pelajar yang lain hanya memandang sinis sahaja. Rasanya tidak terlalu kuat dia gelak tadi. Macam mana mamat tu perasan pula? Habislah!

Habis lah kau Wini! Rungutnya perlahan.

Kemudian dia memejam matanya untuk menghilangkan rasa pening yang mencengkam kepala. Pandangannya mulai kabur dan akhirnya menjadi gelap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PERLAHAN-LAHAN Hazwini membuka matanya. Kesakitan yang dia alaminya makin berkurangan. Dia merenung ke arah siling berwarna putih itu dengan jiwa yang kosong. Seperti tidak apa-apa yang berlaku pada dirinya. Hakikatnya dia tahu apa yang terjadi pada dirinya.

Tengok syiling, dah agak itu Pusat Sejahtera USM. Hshshs. Memang lah dah tahu masuk beberapa kali dia pernah kesini.

Lamunannya pecah apabila pintu dikuak dari luar. Spontan dia memejam matanya kembali.

"Dia tak sedar lagi ke?"

"Eh, kau ni.... Yaya! Mata dia still pejam lagi kan? Mestilah dia tak sedarlah lagi. Apalah kau ni!!"

Aleya hanya mencebik bibirnya bila disindir halus oleh Adriana. Eleh,tanya je.

"Dah-dah, tak payah nak gaduh. Sekarang ni kita kena doakan Wini cepat sedar. You know, dah 21 jam dia tak sedarkan diri...." Fify meleraikan pergaduhan tersebut.

"Uhuk, uhuk!" tanpa sebarang minuman, tiba-tiba Hazwini tersedak. Terkejut dia apabila mendengar penyataan Fify itu. 21 jam?

"Wini!" separa menjerit Aisyatul, Adriana, Aleya dan Fify menjerit namanya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now