Bab 57🤍

1.3K 83 91
                                    


_________________________________________________

"Love is like the wind. You can't see it, but you can feel it."
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Siapa Mark?" sekali lagi Hazwini menyoal. Tetapi kelihatan Airil Adryan masih lagi diam tidak berkutik.

"Abang?"

Jeda. Masih lagi seperti keadaan sebelumnya.

Berapa banyak rahsia yang disimpan oleh Airil Adryan masih belum diketahuinya lagi?

"Hana jumpa pendrive ni atas meja tv. Ambil lah! Hana mengantuk ni..."Kata Hazwini sambil menahan mata dari tertutup. Mengantuk. Agaknya, dah pukul berapa sekarang ni?

"Oh..." sahut Airil Adryan. Pendrive  yang dihulur oleh si isteri, di ambil pantas lalu diletakkan dalam poket seluar tracksuitnya. Pelik, bagaimana pendrive ini boleh terlepas di meja televisyen? Takkan benda berjalan kut?

Selang berapa saat, dia mendekati Hazwini yang sudah terlena dalam keadaan tengah berdiri. Bibirnya tersungging senyuman lucu apabila melihat isterinya tidur dalam keadaan seperti itu. Tanpa berkata apa-apa,  Airil Adryan terus mendukung Hazwini lalu mengorak langkah kembali ke bilik beradu mereka berdua.

Sampai sahaja di katil,  perlahan-lahan Airil Adryan meletakkan tubuh Hazwini di atas katil. Comforter  ditarik kemudian menyelimuti  hingga ke paras dada si isteri. Satu ciuman dilabuh didahi  Hazwini yang sedang lena dibuai mimpi. Dia tersenyum walaupun hatinya tak menentu fasal tadi. Hampir sahaja rahsianya hendak terbongkar kerana kealpaan dirinya sendiri. Dalam tak sedar, dia sudah berbaring disebelah Hazwini. Dengkuran halus daripada Hazwini jelas kedengaran membuat dia tersenyum nipis.

"One day, you'll know the truth..." Bisiknya perlahan ditepi telinga Hazwini.

Akhirnya dia pun turut terlena.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"DUDUK sana jauh-jauh lah! Heeee, dasar monster hodoh!"

Hazwini menggeleng kepalanya. Mula dah.

"Kakak! Ambil lah anak hang ni! Gelilah tau tak?! Kenapalah bawa balik monster  hodoh dan gemuk ni ke rumah ibu? Huwaaa," rengek Haziq Raiyyan di tengah-tengah ruang tamu. Kelihatan Haziq Raiyyan sedang berusaha untuk menjauhi dirinya dari Bushi. Ya, Bushi pun balik sebab esok nak raya. Yehaa! Tapi tu lah, ada hamba Allah ni takut kucing pula. Haih...

"Tak nak." Jawab Hazwini selamba. Tangannya cekap  mengisi kuih-muih di dalam balang. Dalam diam, dia tersengih jahat. Sekali sekala dia nak mendera otak adik lelakinya itu.

"Huwaaaa ibu! Tengok kakak ni..."

Pn. Hawa yang turut bersama Hazwini mengisi kuih di balang hanya membuat tidak endah sahaja.

"Meow..." dengan lenggang-lenggok, baka kucing british shorthair itu berjalan ke arah meja makan yang tidak jauh dari ruang tamu. Dimana Bushi menggesel-gesel kaki Hazwini  dibawah meja makan, yang leka membuat kerja. Gaya gedik nak minta sesuatu.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now