Bab 62🤍

1.5K 94 65
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Ahad, 3.00 pm

Seperti mana yang dijanjikan oleh Airil Adryan, dia membawa Hazwini pergi bercuti ke Venice. Selesai urusan imigresen, mereka berdua melangkah menghampiri pesawat Malaysia Airlines iaitu Airbus A380.

Hazwini yang melihat pesawat sebesar itu terus membulat mata. Terkejut. Lagipun dia tidak ada pengalaman menaiki pesawat. Kemungkinan besar, perangai jakunnya akan muncul sebentar lagi.

"Wah, besarnya!"

Kan dah kata.

Jakun.

Airil Adryan hanya menggeleng melihat telah si isteri. Ini belum masuk dalam lagi...

Perlahan-lahan mereka berdua memanjat anak tangga pesawat. Sejurus kaki mereka melangkah masuk kedalam perut pesawat, terngaga mulut Hazwini melihat keadaan itu. Hampir saja passport hendak jatuh dari pegangan.

"Ya Allah Hana... Kalau ya pun terkejut, tak perlulah nak ternganga mulut tu." tegur Airil Adryan secara tak langsung membebel kepada Hazwini. Boarding pass milik dia dan isterinya yang berada di pegangan dilihat. Kemudian iris birunya teliti mencari nombor seat tempat mereka berdua. Hazwini hanya tersengih. Siapa je yang tak terngaga kan? Lagi-lagi pertama kali.

"Jom," pantas Airil Adryan memegang tangan Hazwini lalu menuju ke tempat duduk setelah nombor seat di jumpai.

"Tapikan... Kenapa tempat ni macam lenggang je? Tempat duduk bukan main selesa. Siap ada meja kecil lagi. Masa kita masuk tadi, Hana nampak macam ramai je orang masuk... Tapi..."

"This is first class seat, sweetheart. More comfortable and spacious, isn't?"

Laju Hazwini mengangguk kepalanya. Tak lama selepas itu dia bersuara. "Patutlah macam tak ramai sangat orang... Hurm, lagi berapa jam kita nak sampai kat Venice. Tak sabarlah." soalnya. Backpack yang disandang di belakang badannya di ambil lalu dibawa dalam pelukan.

"Lagi dua puluh jam kut?"

"Eh, lamanya! Mati tak bermakanlah kita dalam ni..."

Airil Adryan tergelak kecil. Selamba tubuh si isteri di peluk erat.

"Eh, eh! Haram... Haram!" kata Hazwini dengan begitu kalut. Tangannya laju menepis tangan sasa suaminya. Boleh pula nak buat sweet dalam kapal terbang ni. Haih, bilalah kapal terbang ni nak gerak? Selagi tak gerak selagi tu lah si bapak harimau miang ni bergedik di sini. Huhuhu.

"Apa yang haram? Dah halalkan?"

"Memanglah... Ini kan tempat awam."

"Yalah, yalah" lalu Airil Adryan melepaskan pelukannya seraya mencebikkan bibir.

Melihat itu, Hazwini malas hendak melayan lalu di bawa wajahnya ke tingkap. Kelihatan ada beberapa buah pesawat yang tersusun berderet di tepi pesawat yang dinaiknya ini. Dia tersenyum nipis. Dia berasa bersyukur kerana dia berpeluang menaiki pesawat. Semalam, semasa dia menelefon ibunya tentang dia dan Airil Adryan ke Venice, suara ibunya kedengaran gembira sekali. Tetapi Haziq Raiyyan yang tidak lepas dari perkembangan isu semasa itu, tiba-tiba meroyan tak tentu pasal. Jenuh dia dan Airil Adryan memujuknya. Dah besarnya panjang pun masih lagi merajuk? Pelik!

"Ladies and gentlemen, welcome onboard Flight Airbus A380 with service from Malaysia to Venice. We are currently third in line for take-off and are expected to be in the air in approximately seven minutes time. We ask that you please fasten your seatbelts at this time and secure all baggage underneath your seat or in the overhead compartments. We also ask that your seats and table trays are in the upright position for take-off. Please turn off all personal electronic devices, including laptops and cell phones. Smoking is prohibited for the duration of the flight. Thank you for choosing Malaysia Airlines. Enjoy your flight." Kedengaran suara co- pilot memberi pengumuman ringkas tentang perkara yang patut dilakukan sebelum pesawat akan berlepas. Antaranya mematikan barangan elektronik serta memakai tali pinggang keselamatan. Kelihatan beberapa penumpang dalam kelas pertama ini sudah mula mengikuti arahan yang di sampaikan tadi.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now