Bab 67🤍

839 60 69
                                    

Hampir dua minggu mereka berdua berada di bumi Bel Pease yang bermaksud 'negara yang tercantik' dalam Bahasa Itali. Gelaran yang merujuk bagi Negara Itali kerana kecantikan tempat yang dimiliki di negara tersebut, ramai yang menngelarkan The Gorgeous Place In The World Ever. Entahlah aku pun tak tahu. Gelaran yang panjang tu, si Rosenah yang bagi. Haih. Aku suruh lain, lain dibuatnya. Ha, nasib dia tu kawan aku... Nak tahu siapa Rosenah? Tunggu drama ni habis kejap.

Hazwini menguap panjang susuli tangan kanannya menutup mulut. Semerta-merta juga air matanya spontan mengalir keluar. Dia sendiri pun tidak tahu akan dirinya. Asyik menguap, air mata pun sibuk nak keluar. Yang syaitan tak nak keluar pula.

"Heyyo, mata tidurlah..." perlahan-lahan dia menepuk kedua-kedua matanya agar dapat ditutup sekaligus dapat melenakan dirinya untuk tidur. Berkali-kali baca doa serta beberapa surah pun tidak dapat membuatlan dia tidur. Sudahlah esok pukul 9 pagi dia ada kuliah. Alhamdulillah! Bukan kuliah dengan mahkluk besar disebelahnya ini yang sedang lena di hanyut mainan mimpi.

Kruh... kruh...

Amboi, lenanya tidur sampai berdengkur! Macam mana eh dia boleh tidur? Ke aku sorang je jetlag yang teruk sangat ni?

Desis Hazwini dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Hampir lima minit dia merenung ke arah syiling dengan perasaan kosong, dia mengambil keputusan untuk bangun dari pembaringan. Tak boleh tidur, mari kita kacau Bushi! Muahahaha.

Baru sahaja ingin bangun dari pembaringan dia merasakan satu rangkulan pantas pinggangnya dari belakang. Dan tindakan spontannya...

"Woi, jauh kau sana syaitan nirojim! Jangan berani kau datang dekat dengan aku! Aku tak takut dekat kaulah! Aku ada Allah. Werkk," kata Hazwini dengan kuat sambil menolak 'benda' yang melekap pada keliling pinggangnya. Tetapi tak lama dia terdengar satu suara garau sedang mengerang. Sungguh tidak berani dia hendak menoleh kebelakang.

Mengerang kesakitan?

Bikin merinding, guys!

Kok pelik ya, syaitan bisa mengerang? Lagi-lagi ketika sama manusia? Hmmm. Pening banget.

Ahh bongok! Cakap melayu la dey!

"Syaitan kebenda ni, Hana! Jam dah pukul satu pagi ni. Bawa-bawa lah pergi tidur. Dah la Hana tolak abang kuat. Mujur tak terhantuk kepala abang dekat meja bucu lampu tidur ni."

Mata Hazwini meluas. Segera dia menoleh ke sisi tepinya. Kelihatan Airil Adryan sudah jatuh terlentang di lantai bilik. Alhamdullilah, setakat ini tak patah riuk pun. Kalau tak, jadi janda tak ada anak lah. Eh?

"Aaaa, sorrylah abang. Bukan sengaja pun. Hana ingat abang tidur, sebab tu..."

"Shut up, dah tak payah bising lagi jom kita lepak dekat ISS." Pintas Airil Adryan. Saat itu dia membangunkan dirinya. Kemalangan kecil tadi yang dialami tidaklah sesakit mana pun. Lelaki apa kena tolak dengan perempuan sampai kata sakit? Itu bukannya lelaki tapi pandan! Eh pondan, nyah! So, be gentle.

Hazwini terpinga-pinga. ISS?

"Come here, sweetheart." Suara lembut si suami mengammitnya untuk mengikut si suami yang sudah berada di depan muka pintu bilik tidur.

"Nak pergi mana?"

"Campak Hana kat Pluto."

Dengan laju Hazwini pantas kembali menuju ke katil. "Macam tu tak payahlah ajak Hana! Baik abang campak je batu ke apa ke. Tapi kenapa Hana?!" Marah Hazwini dengan penuh emosi. Macam dah tak ada kerja nak campak orang.

"No reason. Ala, jomlah!"

"Ah, tak ada-tak ada! Hana nak tidur. Bye, Assalamualaikum!"

Airil Adryan menghela nafas pendek. Dia mengorak langkah menuju menghampiri Hazwini yang sudah berbaring di atas katil. Selimut yang menyelimuti seluruh tubuh isterinya di rentap.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now