Bab 35🤍

1.4K 104 13
                                    

Keesokan pagi, setelah sarapan pagi Hazwini melangkah keluar dari rumah dengan senang hati. Kunci kereta milik ibunya dilambung sesuka hatinya.

"Balik cepat tau.." laung Pn. Hawa dalam rumah.

"Ok ibu...! Sebelum  pukul sebelas pagi kakak akan balik. Bye!" Ujar Hazwini sebelum dia menyarung selipar getah berwarna biru.

"Eh, mana lagi sebelah selipar aku  ni?"  tanya Hazwini pada diri sendiri setelah sedar sebelah seliparnya tidak kelihatan.

Matanya laju mencari. Tetapi tidak ada. Kunci kereta milik ibu digenggam kuat. Geram.
Toyol mana pula  curi selipar aku ni?  Kalau aku  jumpa orang tu memang aku ikat kat pokok kelapa! Haishh leter Hazwini dalam hati. Anak matanya meliar  mencari  selipar itu.

"Kokokokokkkk!"

Membulat  besar mata Hazwini.

"Hoii, tak guna punya binatang! Mari  sini kau.. Suka hati keturunan kau je  nak rembat selipar aku? Apa yang seronok curi selipar aku beli dekat pasar malam tu?! Ahhh tak guna! Aku sumpah kau jadi telur ayam baru hang tau!" Jerit Hazwini lalu dengan lintang pukang dia mengejar seekor ayam jantan yang sedap memakai selipar di kaki.

"Kokokokokkk!" Ayam itu masih lagi laju berlari dari dikejar Hazwini.

Dengan perasaan penuh sakit hati dan dendam, Hazwini membongkokkan  sikit tubuhnya lalu mengambil beberapa biji batu sebesar pemadam.

"Hiyahhhh...!" Semua batu di dalam tangan Hazwini dibaling sekaligus  ke arah ayam tu.

Tidak mengena.

"Kokokokokk!" Pekik ayam itu.  Kali ni siap goyang bontot lagi. Hohoho...! Ni tak lawak...

"Eiiiii.... mula pada saat ni aku takkan makan langsung keturunan kau, ayam! Aku benci kau ayam! Pasal kau lambat aku nak pergi pekan." Marah Hazwini pada ayam yang sudah berdosa kerana mencuri seliparnya. Dia tekad dia tidak akan lagi memakan jenis masakan yang ada ayam.

"Haziq, akak pinjam selipar kau tau! Kalau kau nak keluar pakai selipar ibu,"

"Haaaa.. jaga elok selipar adik tu. Kalau putus, ganti baru," laung Haziq dalam rumah.

"Kokokokokkk!"

"Eh, kau diam lah ayam! Aku tak cakap dengan kau kan? Sembelih karang baru tau.." kata Hazwini dengan geram. Renungan tajam ayam itu Hazwini tidak dihiraukan

Beberapa saat kemudian, kedengaran ayam itu lagi berkokok kuat. Ceh.. tak puas hati lah tu.

Malas Hazwini mahu melayan. Sudahnya, dia memasuki dalam  kereta. Dia menghidupkan enjin kereta ibunya. Kuat! Sehingga ayam yang cari pasalnya sudah  jauh pergi meninggalkan halaman rumahnya.

"Hohohoho!" Hazwini gelak jahat. Cermin tingkap diturun sebelum kepalanya dikeluarkan sikit.

"Bye-bye ayam! Ada masa kita cari gaduh lagi ya?"

"Kokokokkk!" Ayam tu memberi balasan. Mungkin tanda setuju? Kepalanya di luar tingkap kereta dimasukkan kedalam. Penat pula melayan seekor ayam yang degil.

Pedal minyak ditekan. Akhirnya kereta proton saga flix berwarna hitam membelah jalan raya.

SELESAI kereta dikunci, Hazwini mengatur melangkah malas untuk masuk kedalam rumah. Wajahnya saat ini kelihatan muram.

"Kak, tiket bas dari sini ke Penang ada lagi tak?" Tanya Hazwini kepada penjual tiket wanita. Tangan kanannya sudah siap sedia membuka beg silang mengeluar duit dari dompet.

"Maaf ya dik. Tiket nak kesana dah habis jual. Kalau adik nak dari awal sepatutnya adik boleh je tempah dalam online,"

Hancur, musnah, berkecai, bersepai dan... lagi-lagi?

Serentak itu Hazwini mengukir senyuman nipis. Habis,aku nak balik naik apa? Unta? Kuda? Tolong senaraikan. Hmph!

"Ehem, tak apa lah tak ada rezeki saya lah kut... Sebenarnya saya memang selalu tempah dalam online. Tapi dalam online pun sudah habis. Hmm terima kasih," usai bicaranya dia terus melangkah keluar dari stesen bas Teluk Intan ini.

"Tiket bas habis... So?" Cakap Hazwini pada dirinya. Ketika itu di sudah berada didalam kereta. Tinggal hanya menghidupkan enjin kereta sahaja.

"So..... Yeayyyyyy, tak payah balik kampus! Yuhuuu! Hohoho! Hahahah...!" Jerit Hazwini gembira. Siap terlompat-lompat atas kusyen kereta. Jika lihat dari luar pasti melihat kereta ini sudah terencat teruk.

"Kak Wini!"

Terus hilang lamunan Hazwini. Lantas dia menoleh ke arah suara itu.

"Eh, Fatini? Ya Allah dah lama tak jumpa.." mereka berdua saling berpelukan. Fatini seorang jiran sebelah merangkap adik kesayangan. Mana tak jadi adik sebab gadis itu suka datang berkunjung ke rumahnya apabila dia balik cuti semester. Dia juga sama umur dengan Haziq Raiyyan dan juga satu sama sekolah. Haaa jangan fikir mereka ni ada hubungan 'kekasih cerah'. Mereka ni pantang bila bertemu memang bergaduh. Haziq Raiyyan dalam rumah sahaja perangai dia macam syaitannirojim tetapi dekat sekolah mahupun depan gadis itu memang dingin. Frozen. Sombong.

Hahaha, tak percaya? Tapi ianya benar. Itulah yang dicerita oleh Fatini tingkah laku adiknya disekolah. Mereka berdua ni bukan sahaja satu sekolah, tetapi satu kelas satu jawatan  pengawas. Walaupun mereka tidak akrab tetapi mereka berdua TERPAKSA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB sebagai Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak, Teluk Intan. Hah! Ambil habuan!😂

"Kak Wini? Hisyhh akak ni sempat lagi termenung depan rumah sendiri?"

"Haaa?" Tanya Hazwini antara tak sedar. Apa punya teruk punya termenung fikir pasal mereka berdua ni.

"Abaikan. Fatini nak lepak rumah akak boleh?"

"Boleh, boleh! Sampai Zuhur nak?"

Pantas Fatini mengangguk. Dengan manja Hazwini memegang erat tangan kanan Fatini lalu masuk kedalam rumah. Yang peliknya pintu rumah ini sudah terbuka luas.

"Assalamualaikum... Kakak dah balik!" Laung Hazwini sebelum matanya ternampak...

"Long time no see, tesoro? (Sweetheart?)"

Sungguh dia terkaku melihat gerangan itu.


Haaa siapa mahkluk tu eh? Nak tahu? Eh tak payah lah. Ehehe gurau ii😂 tunggu next chapter apo yang jadi.

Vote and comment. Tak mo tekan? No update. *muka serius ni.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now