🌼Bab 20

1.9K 113 5
                                    

"BYE..!!!"

Hazwini melambai tangan ke arah Adriana, Aleya dan Fify.

"Papa aku dah sampai. Insya Allah kita jumpa lagi...." kata Aisyatul setelah tidak nampak bayangan Adriana, Aleya dan Fify.

Memang betul tekaan Aisyatul. Kelihatan kereta Vellfire milik Dato' Zarimi sudah berhenti di hadapan blok asrama ini.

"Ya... bye, take care Sya! Pergi Korea jangan lupa beli souvenir kat aku! Kalau tak beli memang aku belasah kau nanti!" Ugut Hazwini.

"Hahahaha....Aku bukan takat bawa balik souvenir je... Aku bawa balik sekali kau punya lovely idol kau tu. Han Jisung!" Sahut Aisystul lalu menarik bagasinya ke bot kereta. "Kau orang berdua take care sikit time cuti ni. Especially, Wini. Balik kampung mandi sungai. Dah lah mandi ajak aku pun!" Sambungnya lagi.

"Membebel pula nenek ni..." cebik Hazwini. Macam mana dia tau aku mandi sungai? Huh pasang spy ke apa nenek ni? Ghisau, ghisau.

"Hisyhh, yalah! Byeeee... Assalamuaikum!"

"Waalaikumusalam... byeee...!" Hazwini dan Liana melambai tangan ke pada Aisyatul sebelum kereta mewah itu bergerak pergi.

Seketika Hazwini nemandang kereta BMW milik Aisyatul. Kenapa dia tak balik dengan kereta dia?

Haishhh Wini... takkan kau lupa kut? Aisyatul kan memang tiap-tiap cuti sem Papa dia ambil! Bebel Hazwini pada diri sendiri.

"Kau nak balik esok?" Kata Liana

"Yalah, takkan nak balik malam ni juga? Penat aku book ticket bas tau, " balas Hazwini.

"Aku bukan apa Wini.... Kan selama ni kita tidur berteman, tapi aku risau malam ni kau tidur sorang-sorang tanpa aku. Haih... along aku pun satu hal! Macam tak ada hari lain nak ambil aku!"

"Alah.. tak apa aku dah biasa tidur sorang lah."

Pin! Pin!

Mereka berdua menoleh ke arah bunyi itu.
"Abang aku dah sampai.... Berat hati aku nak tinggalkan kau."

" Aku dah besar lah! Dah, dah pergi cepat, along kau dah tunggu lama tu... Bye jumpa lagi assalamualaikum take care!" Balas Hazwini selamba menolak tubuh Liana ke arah kereta Persona berwarna coklat itu.

"Kalau tertinggal bas, bawa je kereta kau tu.." sempat lagi Liana berkata sebelum membawa tubuhnya memasuki perut kereta.

"Ah, takda pasal aku nak bawa kereta dari Penang ke Teluk Intan..! Dua jam kut! Karang aku pengsan siapa lah nak angkat aku?"

"Okey-okey! Aku gurau je lah.. bye, aku nak gerak ni. Assalamualaikum!"

"Dah sampai nanti jangan lupa call! Waalaikumussalam," jerit Hazwini.

Liana hanya mengangguk sahaja.
Akhirnya kereta Persona itu hilang dari pandangan mata Hazwini.

Tidur awal. Bangun awal. Gerak awal.
Dalam hati Hazwini mengulangi ayat itu. Bagaikan mentera. Sungguh dia insaf kerana ketika cuti semester yang lalu pernah dia tertinggal bas.
Terpaksalah dia menunggu hari keesokan harinya untuk pulang.

Kakinya laju menuju ke arah lif. Butang lif lalu terus menekan butang nombor 12. Nombor itu mewakili tingkat yang didiaminya.

Yeayyy..! Cepat lah hari esok! Aku tak sabar nak balik ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Detap. Detap.

Hazwini menoleh ke arah bunyi itu. Tiada sesiapa yang mengekorinya. Jantungnya mula berdebar laju bila mendengar derepan bunyi tapak kasut itu semakin kuat kedengaran. Tetapi bila dia menoleh sekali lagi, tiada sebarang figura yang kelihatan. Langkahnya dipercepatkan.

Sampai sahaja di lif dia menekan butang lif dengan pantas. Dia mula merasakan orang yang mengekorinya tadi ada dibelakangnya.

Ah, cepat lah lif woi! Monolognya dalam hati dengan keadaan resah dan gelisah. Waktu begini pula lah lif tak nak buka pintu.

Yang dirisaukannya itu kalau orang yang mengekorinya seekor hantu bagaimana? Kalau seorang manusia jahat boleh tahan lagi. Sebab boleh je bagi sekali debik. Kalau benda tu, rasanya nak baca ayat kursi pun lintang pukang. Takut punya pasal.

Haih, bawa bertenang, Hazwini. Selawat banyak-banyak.
Fikir positif, fikir positif!

Matanya memandang ke arah nombor lif itu. Masih lagi bergerak. Tanda ada orang yang mahu turun ke lantai bawah ini.

Sisi mata kananya sudah melihat ada satu tangan mahu memegang bahu kanannya. Tak dijangkanya dia...

"Arghhh!" Kedengaran suara garau menjerit kesakitan.

Lesingan tangannya yang kuat dan mantap 90 darjah telah diberikannya. Namun apabila melihat gerangan tersebut, terus terkaku dibuatnya.

"Kau apahal? Sakit tahu tak. Kau nak bagi aku mati awal ke? Ha bagus lah kalau aku mati. Kau kan benci sangat dengan aku."

"We... wei! Aku minta maaf duh." pantas Hazwini bersuara. Dia pun tidak sangka orang dibelakangnya itu sebenarnya seorang manusia.

Manusia?

Haih, siapalah lagi kalau bukan mamat kutip hutang tu.

"No, sorry! Dah cepat. Kau pergi naik bilik kau dan kemas baju kau sekarang! Aku tunggu kat sini."

"Hah?!" soal Hazwini dengan blur. Tetapi matanya tidak lekang melihat nombor lif itu masih bergerak. Ya Allah berapa orang manusia lah dalam lif ni sampai lambat nak buka pintu?

"Kemas baju kau sekarang!" Suara Airil Adryan naik satu oktaf. Matanya menjeling tepat ke arah mata gadis itu.

Hazwini terpempan dengan jerkahan itu. "Nak pergi mana?"

Tiba-tiba terasa lengannya ditarik lembut oleh Airil Adryan sehingga tubuh tersandar di dinding sebelah butang lif. Bukannya lagi ditengah-tengah pintu lif masuk.

Dia terkejut serta matanya meluas. Lagi bertambah luas matanya, apabila sekumpulan pelajar perempuan yang didalam lif itu sudah keluar. Lelaki di hadapannya ini sudah berpaling wajah ke arah lain. Mungkin takut terkantoi dengan pelajar-pelajar yang mengenalinya.

"Kahwin lari." Gegendang telinganya menangkap suara Airil Adryan yang membisik ditepi telinganya dengan perlahan.

"Apa?"

"Kalau dah pekak tu... buat cara orang pekak! Ikut je lah apa orang cakap."

Hazwini mengeluh kasar. Pekak dia kata kat aku? Eeeeeiiiii, Ya Allah tingkatkan lah kesabaran aku! Nak aje aku lesing dia lagi sekali. Kali ni lesing bagi dia pengsan terus.

"Aku tak nak ikut kau! Tata!" Dengan kuat Hazwini menolak tubuh lampai Airil Adryan. Dia berlari pantas ke arah tangga. Nak tekan lif memang dah tak sempat. Yang pastinya dirinya terpaksa mengeluarkan tenaga penuh untuk marathon tangga dan terus menuju masuk ke bilik penginapannya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now