🌼Bab 5

2.2K 146 13
                                    

Tepat pada pukul 6.00 petang, Hazwini terus menuju ke kafetaria Saujana berdekatan asramanya. Ramai pelajar menikmati minum petang. Ramai lah juga yang asyik memandang Airil Adryan. Biasalah dia kan handsome, hot,bergaya pulak tu! Memang ramailah mata-mata yang memandangnya. Tak malu betul. Tapi pelik, dia yang terlebih bijak ni tak nak pula dipandang.

Tiba-tiba Hazwini teringat kejadian yang berlaku pada 4 jam yang lalu. Tak semena-mena mukanya merah padam. Ikutkan hati nak aje dia menghantuk kepalanya di dinding agar memorinya itu hilang. Cukup setakat bahagian itu je. Memang dia tidak mahu mengingati lagi.

Kejadian itu tidak diceritakan oleh sahabat-sahabatnya. Liana sebilik dengannya hanya tahu tentang Airil Adryan tidak memberinya keluar dari perpustakaan. Hazwini langsung tidak membuka cerita yang mengaibkan itu. Lebih baik, diamkan sahaja.

Hazwini memerhatikan Airil Adryan dari sebalik pokok bunga kertas yang merimbun. Sebenarnya dia malas hendak menghampiri lelaki itu. Takut timbul pelbagai fitnah antara dia dan lelaki itu.

Cuba bayangkan... Hazwini Raihana budak sem 4 ada affair scandal with Dr. Airil Adryan yang mengajar jurusan sains komputer. Hisyhh.. Takkan haru? Silap hari bulan aku kena tendang keluar dari Universiti ni sebab memalukan warga Universiti Sains Malaysia! Ha, lepastu habis aku punya kebijakkan aku! Nauzubillah! Omelnya di dalam hati.

"Asslamualaikum."

Pantas Hazwini menoleh ke arah suara yang memberi salam kepadanya.

"Wa..wa...waalaikumusalam.." tergagap Hazwini menjawab salam. Bau wangian lelaki itu menusuk ke hidungnya.

Aduh, yang kau tergagap ni kenapa?

Sabar... sabar!

Dia menghela nafas panjang.

"Kenapa tak datang je kat kafe? Kau ingat aku ni tunggul ke nak tunggu kau? Lagi satu, ingat kau cantik ke menyorok belakang pokok bunga kertas ni? "Nah! Tiga soal tanda tanya dia bagi. Cakap pula macam gaya machine gun. Berdas-das!

Hazwini berdehem kecil sebelum menjawab

"Ha ha ha... Aku memang cantik. Dan suka hati lah aku nak menyorok kat mana pun! Dan aku saja tak pergi dekat kau, kang tak pasal-pasal..."

"Tak pasal-pasal apa? Tak pasal-pasal dia orang fikir kau nak dating dengan aku? Am i right?" Pintas Airil Adryan dengan selamba.

Gulp! Hazwini dapat merasakan jantungnya berhenti menjalankan tugasnya. Ah, gila! parah dah ni. Kuaja.

Wo, woo! Kau tak boleh kalah!

"Ek? Dari aku dating dengan kau, baik aku dating dengan poko..."

"Jomlah! Naik kereta aku cepat. Nanti ada orang nampak kau dan aku berdua bermadu asmara kat sini pula," tanpa rasa bersalah, lantas lengan Hazwini di tariknya hingga ke dalam perut kereta Audi R8 berwarna hitam miliknya.

Hazwini hanya terkedu perlakuan lelaki itu.

Dia ni! Saja nak bagi aku naik angin! Suka hati pulak nak pegang-pegang orang? Ingat aku ni tiang lampu rumah dia ke? Bebel Hazwini dalam hati. Mulutnya dicebik. Boleh rosak dia punya kebijakkan yang Allah bagi kat dia. Haih

Senyap sepi sahaja mereka berdua ketika ini. Hanya celoteh dari radio sahaja yang bergema di dalam kereta.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HOTEL? Hotel Park Royal! Hotel lima bintang yang terletak di Bandar George Town yang serba mewah! Haihh... Dia ni dah melampau....

Mamat ni kang.... Ada juga orang tepi aku ni tidur dalam liang lahad nanti! Eii!

Huwargh, aku mana ada duit nak belanja kau la... Dalam MayBank aku ada beberapa ratus je.. Manalah aku nak cari mesin ATM ni? Dalam dompet aku ada seratus ringgit je. Kalau setakat restoran kelas bawahan aku tak kisah, ni hotel kut! Agaknya bil makanan sama macam bil bayar cukai kereta. Alahai.. Bala nak mai dah.. Bebel Hazwini dalam hati. Matanya masih melekap di signboard nama hotel itu. Airil Adryan dan Hazwini masih lagi berada di dalam kereta.

Dalam diam Airil masih merenung tingkah Hazwini yang asyik memandang bagunan hotel itu. Riaknya sangat jelas terkejut. Jujurnya dia rasa puas kenakan gadis itu.

Selamba dia mendekat dirinya kepada Hazwini. Niatnya ingin membuka tali pinggang gadis itu. Namun demikian, dia mendapat penangan penumbuk. Nasib baik bukan di muka, cuma di dada bidangnya sahaja.

"Ouch!" Dia mengaduh kesakitan. Tangannya laju mengusap dadanya yang terasa sengal itu.

Padan muka kau! Gatal sangat kan? Cemuh Hazwini dalam hati. Matanya tajam memanah mata lelaki itu.

AirilAdryan kembali keadaan seperti asal. Dia menjauhi dari gadis itu. Tangan kanan memegang setereng kereta, manakala kanan kirinya masih lagi mengusap dadanya. Gaya macam kena heart attack! Minah ni, tak padan dengan kecik! Kuat jugak dia tumbuk! Telahnya.

Hazwini tersenyum jahat. Begitu jahat

"Cane? Sedap? Nak lagi ke? Ah, aku boleh je bagi lagi..."

"Orang perempuan memang macam ni ke? Asal lelaki datang dekat, tuduh lelaki buat niat jahat. Habis tu kalau perempuan tu menggedik, menggatal dengan lelaki boleh tak tuduh mencabul?" sinis sahaja Airil Adryan melontar kata-katanya.

Ingin sahaja Hazwini mengetuk kepala lelaki ini menggunakan sling bagnya.

Kau dengan mamat ni, memang kena bantak bersabar. Jadi, sabar.

Fuh...

Hazwini menghela nafas kasar. Lalu dia betsuara

" Tak semua perempuan jenis gedik ataupun gatal. Itu dia orang punya hal lah! Sebab lumrah dia orang pantang nampak lelaki handsome, hot dan kaya. Then, tak salah juga kalau kita berjaga-jaga. Manalah nak tahu kalau orang tu berniat jahat terhadap kita boleh lah kasi warning kat dia. Macam kau buat kat aku tadi tu, cuma tindakan refleks je... Sebab aku tak tahu apa kau nak buat kat aku... Bagi aku itu cuma langkah berjaga-jaga. Kalau kau bagitahu awal-awal, dah lama aku tak bagi penumbuk bongsu aku tu.. Itulah belajar tinggi-tinggi, tapi otak kat mulut! Tahu nak membebel aje... Tak membebel nak cari pasal je."

Airil Adryan terdiam. Dalam diam, dia setuju dengan hujah Hazwini. Tetapi ayat terakhir dari kata-kata Hazwini membuat dia ingin menyekeh kepala gadis itu.

"Sedap hati aje kau mengutuk aku eh? Aku membebel pun, ada sebabnya.."

"Aku tak menguntuk kau pun! Dah terang-benderang aku cakap depan kau kut. Lain lah kalau aku kutuk kat belakang kau. Itu barulah mengutuk! Sekarang baik kita keluar.. Nanti tak sempat aku nak buka puasa.."

Sekali lagi Hazwini memandang bangunan hotel itu. Apalah nasib aku dapat pensyarah suka membebel, kejam macam firaun, mulut macam tak ada insurans.. Haihh... Nasib kau lah Wini..

Boleh jadi sewel kau!








My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now