Bab 52🤍

1.8K 98 141
                                    

Dari tadi dirinya hanya termenung. Rasa berdosa dan bersalah pada sang isteri menyelubungi hatinya. Kalaulah dia tidak ego, pasti isterinya selamat di samping sisinya. Walhal sengaja dia tidak berbuka puasa dengan Hazwini kerana merajuknya masih belum hilang. Hanya kerana itu Hazwini telah terlantar dalam ICU. Beberapa saat kemudian, Airil Adryan meraup wajahnya dengan hati yang berdebar-debar menanti keputusan perkembangan isterinya dari doktor. Semoga baik-baik sahaja.

"Siapa suami Puan Hazwini Raihana?" Mendengar itu, terus Airil Adryan bangun dari bangku ruang tunggu bersebelahan bilik unit rawatan rapi.

"Ye saya. How about my wife doc? Okey ke?"

"She's fine... But... Aduh, okey macam ni. Encik bertenang dulu..."

"Macam mana saya saya nak bertenang selagi doktor tak cakap tentang isteri saya!" Tengkingnya. Automatik bibirnya beristighfar panjang. Kerana sifat terburu-burunya terpaksa doktor wanita itu menerima tengkingannya

Doktor yang ber name tag Haliza terdiam. Yalah, suami mana tak marah kalau isteri sampai masuk ICU kan?

"Puan Hazwini okey dan sudah stabil daripada melepasi tahap kritikal... Apa yang ingin saya maklumkan, dia punya tulang belakang bengkak teruk. Boleh saya tahu dia ada jatuh terlentang? Atau dia dihentak oleh sesuatu objek?" Terang Doktor Haliza dengan tenang. Gaya profesionnya masih kelihatan walaupun kecut perutnya tatkala memandang wajah kacak yang mempamerkan riak gerun. Seram!

Airil Adryan menarik nafas lega sebelum dia menjawab pertanyaan doktor Haliza. "Isteri saya hampir kena culik....." ayat mati dek satu suara wanita menyampuk.

"Suami saya yang menyelamatkan isteri dia ni."

Airil Adryan menoleh ke belakangkannya. Terkejut bila melihat seorang perempuan baya-baya isterinya dan....

"Adam Ukasyah?" Soal Airil Adryan. Bagi memastikan matanya tidak menipu melihat wajah yang dia amat kenali itu.

"Yeah, it's me Adam Ukasyah your old friend while we were studying at Oxford University."

"Eh badak! Huwaa, lepas kita habis PhD kita lost contact! Kau apa cerita sekarang?"

"Mika. Kut ya pun selesaikan lah dengan doktor tu dulu." Balas Adam. Pelik juga dengan kawannya. Sejak bila jadi gedik pun tak tahu lah. Kalau zaman belajar dahulu Airil Adryan Mikael bukan macam ni perangainya. Seorang yang serius setiap masa. Ceh.

"Allah! Sorry-sorry! "

"Tak apa. Jadi boleh saya tahu serba sedikit tentang kes isterinya kena hampir culik?" Tanya doktor Haliza kepada Airil Adryan. Kedua dua tangannya memeluk tubuh. Gaya profesion.

"Badak. Kau ceritalah macam mana kau boleh selamatkan isteri aku?"

"Sayang... Awak cerita lah." Kini Adam beralih kepada isterinya, Irish Arissya.

"Hurm.... Masa suami saya sergah untuk lepaskan err, nama siapa eh perempuan comel tu?"

"Hazwini." Sahut Airil Adryan. Tidak sabar dia ingin tahu hal seterusnya. Sebenarnya dia tahu si pelaku itu. Selama bertahun-tahun hilang semenjak kes culik Hazwini dengan kes kemalangan Encik Zamarul dengan Hazriq Raikkal pelaku itu sudah melarikan diri. Dan hari ini.... Kamal muncul dalam senyap. Sekali lagi Hazwini terpaksa menerima kejadian yang sama. Sudah pasti isterinya itu mengalami trauma yang teruk.

Aku akan cari kau, Kamal... Sampai lubang kubur pun aku akan cari! By hook, by crook! Desis Airil Adryan dalam hati.

"Masa tu penculik dia dukung Hazwini. Nasib baik kami berada di situ. Kalau tak... Memang dah kena bawa Hazwini dengan penculik jahanam tu. Masa suami saya nak bagi debik, penculik yang dukung Hazwini tu terus campak Hazwini ke lantai. Lepas penculik tu kena tumbuk dengan suami saya... Dia pun lari. Huhu. Saya tak pandai bercerita lah! Hehe. Harap faham." Ujar Irish dengan panjang lebarnya. Nampak sangat kebudakan dia bercerita.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now