Bab 38🤍

1.5K 93 41
                                    

"Awak tahu kalau awak buat prank macam tu boleh membuatkan jantung saya berhenti berdegup? "

Airil Adryan mengangkat kening kanannya. Matanya hanya fokus dengan pemanduan. Dia sudah agak pasti gadis itu akan membebel padanya.

Suasana di dalam kereta sepi, hanya dendangan lagu dari radio sahaja yang kedengaran.

Hazwini mengetap bibir. Geram. Orang tengah cakap, buat tak tahu pula mamat ni! Beberapa saat kemudian dia mengalih wajahnya ke luar tingkap kereta. Menikmati keindahan sawah padi yang terbentang luas sepanjang jalan. Rasa menyesal menyulubungi dirinya. Sepatutnya dia tidak perlu kata kepada lelaki itu bas untuk pergi ke Penang sudah habis. Sekarang ni? Ha.. Terpaksa kena tumpang balik dengan Airil Adryan. Kena hadap muka annoying dan perangai selamba kerbau dia tu.

Seketika dia mengeluh perlahan. Jari-jemarinya dimain-mainkan di atas peha.

"Tak tahu pulak. Lagipun prank tu bukan idea saya. Saya hanya mengikut arahan," bicara Airil Adryan menyetakkan lamunannya.

"Hurm, yalah tu. Kalau awak tak setuju, diaorang semua takkan nak buat prank macam tu sendirian,"

"Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?"

Hazwini menjuling matanya ke atas. Sakit hati gue dengan dia ni!

"Awak tahu tak yang saya sayang ibu dengan adik saya tu. Awak tak tahu apa yang saya rasa kalau diaorang betul-betul tinggalkan saya. Awak tak tahu. Jadi, tolonglah jangan buat prank mengejut macam ni. Diaorang sahaja lah yang saya ada kat dunia ni selain kawan-kawan saya tu. Kalau diaorang dah tak ada, saya akan ikut jejak diaorang iaitu tinggalkan dunia ni."

"Puas? Dah puas Hazwini Raihana?" Balas Airil Adryan sambil tersenyum sinis.

"Kalau Haziq dengan ibu mati disebabkan awak, saya tak teragak-agak nak buat report polis. Awak layak dihukum atas kesalahan membunuh. Mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan, awak boleh dihukum mati," bebel Hazwini dengan penuh kejiwaan. Mana entah dia taram nombor seksyen tu pun tak tahu lah.

"Awak cakaplah apa yang awak nak, Hazwini. I just wanna say..I love you, sweetheart."

Terasa jantung Hazwini sudah berhenti menjalankan tugasnya. Kata-kata lelaki itu membuat dirinya hendak lompat dari kereta ni.

"Baik awak cakap kat beruk sana tu. Saya sure mesti beruk tu dah fall in love dengan awak... huhu," tutur Hazwini sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Awak dengan merapu, merepek, mereput dan mekerepek tak pernah berpisahkan?"

"Yup. Betul tu. Sebab tu saya suka makan kerepek, boleh merepek sampai hati saya puas! Hahaha."

"Did you finish my assignment?" Soal Airil Adryan serius. Tangannya elok mengawal stereng kereta.

"Mestilah dah. Kenapa?"

Pantas Airil Adryan mengangguk perlahan. "Bagus lah macam tu..."

"Awak, nanti bila dah sampai turunkan saya dekat mana? Kalau boleh janganlah depan blok asrama saya."

"Why?"

"Segan lah saya kalau kawan-kawan satu blok asrama tengok saya dengan awak satu kereta. Sudah lah awak ni pensyarah suam-suam kuku dalam kampus," jawab Hazwini. Kemudian baru dia tersedar dengan cakapan terakhirnya. Spontan dia menampar bibirnya perlahan.

"Pensyarah suam-suam kuku? Can you explain?"
Hazwini menggaru kepalanya tidak gatal seraya tersengih. Alamak... Mati aku macam ni! Mulut pun satu hal. Tak boleh simpan rahsia langsung.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now