Bab 56🤍

1.8K 84 129
                                    

Part ni saya unpub sebab ada masalah sikit bahagian plot. Huhu. Almaklumlah, saya ni tua. Asyik lupa je. Takapa korang baca je. Ade yg part tk berubah dan ada part yang berubah. Sorry....

Pandangannya dilempar ke arah luar balkoni. Beberapa saat kemudian dia mendongak memandang bintang yang berkerlipan di langit malam. Biarpun di bawah balkoni bising dengan bunyi kenderaan lalu lalang di atas jalan raya, dia tetap merasa tenang.

"Adryan Mikael, its me. But my full name is Airil Adryan Mikael. Lelaki yang mempunyai kawan bernama Hazriq Raikkal. Lelaki yang dulu pernah bersembang dengan seorang budak perempuan, Hana. Lelaki yang menggelarkan dirinya Mika. Yeah, it's me. I'm truly sorry sweetheart because hiding it. Maafkan abang, Hana. Ada sebab kenapa abang tak terus terang selepas kita nikah... eh?"

Suara Airil Adryan yang berbicara kepadanya terngiang-ngiang ditelinga. Ya, semalam dia hanya berpura-pura tidur. Ikutkan hati memang dia ingin marah kepada suaminya itu kerana merahsiakan perkara yang baginya amat besar. Tetapi dia tidak mahu keadaan menjadi keruh, dia sengaja pura-pura tidur.

Seketika Hazwini mengeluh.

Kenapalah pada awal dia tidak syak bahawa lelaki itu Abang Mika? Sepatutnya pentujuk utama untuk mengenal pasti Abang Mika itu adalah iris birunya!

Abang Mika yang dahulu... Seorang yang friendly, peramah, baik dan kelakar orangnya. Tak silap dirinya, Abang Mika ketika itu berusia lapan belas tahun. Memang betul-betul rapat dengan arwah abangnya, Hazriq. Sehingga dirinya dulu pernah menuduh mereka berdua itu mempunyai hubungan songsang. Setelah dijelas oleh abangnya, dia mendapat malu yang besar. Yalah, perempuan sama perempuan kalau rapat tak adalah pelik sangat. Kalau lelaki sama lelaki?

Memang betul-betul pelik! Kalau orang lain jadinya sepertinya akan buat perkara yang sama juga.

Airil Adryan yang dia kenal sekarang ini... Amat pelik. Bukan pelik sahaja, bahkan annoying, serius memanjang, kejam, mereng, sewel dan...

Misteri. Yang annoying tu semasa mereka berdua bertengkar di bilik lelaki itu. Kes bagi salah nombor. Huh! Tapi sekarang sifat annoyingnya masih juga ada lagi.

Tanpa sedar, Hazwini tersenyum. Kalau masa boleh diundur, dia ingin merasa kejadian itu kembali. Lawak!

Apa yang membuat lelaki itu berubah sehingga menjadi sifat seperti itu? Mana sifatnya yang friendly itu?

Tiada jawapan.

Okey, Hazwini Raihana! Malam ni kau kena buat suami kau berterus terang dengan kau.

Bingkas Hazwini bangun dari bangku yang terdapat di balkoni lalu dia mengorak langkah untuk masuk kedalam.

"You're gonna say more more more more more and more! Meomchuji mothae,
More more more and more...
Geureoni han beon deo.
I wanna have
More more more more more and more.
Meomchugi shireo
More more more and more
Geureoni han beon deo!"

Hazwini tergamam. Semerta-merta langkahnya mati. Membulat matanya melihat Airil Adryan menari sambil menyanyi lagu more and more dari girlgroup kpop...

TWICE!

Heh! Dia memang nak kenalah... Tak padan dengan jantan! Eeee.

"Abang!" Jerit Hazwini kuat. Dia tahu jeritannya itu dapat memenuhi ruang tamu sahaja. Insya Allah, takkan dengar punya jiran sebelah.

"Hana! Aduh, kenapalah jerit-jerit? Abang ingat Hana kena histeria tadi. Adeh."

Hazwini ketap bibir seraya mencekak pinggang. Sakit hati pula dirinya melihat suaminya selamba memegang telefon pintarnya itu. Waktu ini lagu more and more masih lagi terpasang dari telefon pintar miliknya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now