Bab 40🤍

1.4K 96 71
                                    

"Ada apa Dr. Airil panggil saya masuk pejabat ni?" Soal Hazwini dengan kasar. Kedua-dua tangannya memeluk tubuh. Anak matanya merenung tajam ke arah iris biru Airil Adryan. Dia ingatkan lelaki itu sudah tidak ada di kawasan dewan kuliah, rupanya menyorok di sebalik pintu dewan kuliah! Memang hancur harapan nak lari daripada lelaki itu.

"Saya nak kahwin dengan awak, sweetheart."

Hazwini terbungkam selepas mendengar bait bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Jelas. Masalahnya banyak kali lelaki itu pernah bercakap tentang hal itu. Sebaliknya, hanya gurauan semata-mata. Kali ni memang dia tidak akan percaya dengan kata-kata lelaki itu lagi.

"Dr demam ke? Atau nak saya teman Dr pergi hospital untuk check otak Dr kut kut la saraf otak terbelit sampai Dr buang tebiat tiba tiba ajak saya kahwin ni?" Ujar Hazwini selamba. Pelukkan pada dirinya dieratkkan lagi apabila suhu di bilik ini makin sejuk.

" I'm serious Hazwini Raihana."

Hazwini mencebik. Sakit hati pula tengok wajah lelaki di hadapannya. Serius campur selamba semacam.

"Mana lah tahu... Dr nak ajak buat prank extreme macam haritu. Kali ni guna trick kahwin segera. Ceh, macam mi segera pula."

"Saya serius ni. Ada juga manusia depan saya ni kena cium free."

Erkk!

"Ok, ok! Tapikan... kenapa Dr tiba ajak saya kahwin? Saya kan student lagi. Masak pun malas... huhu." Hazwini masih lagi main-main dalam bicaranya. Saat itu, dalam kepalanya lelaki itu ingin membuat lawak padanya.

"I dont care. I just want marry you, sweetheart" Serius muka dan suara Airil Adryan bila menutur ayatnya.

"Kalau saya tak nak?"

"Saya terpaksa guna cara kasar. Saya akan bawa awak ke Thailand untuk nikah."

"What? Eh, tak nak lah Thailand... Kalau Jepun ke? Korea ke? Baru best.."

"So, awak kena kahwin dengan saya. Full stop. Segala bantahan selepas kahwin."

"Fikir ni drama melayu ke? Main kahwin paksa- paksa pulak... Daripada Dr ajak saya kahwin.. Baik Dr ajak katak betina kahwin dengan Dr. Mana lah tau sumpahan puteri katak dah boleh bertukar perempuan cantik.."

Bam!

Airil menghentak meja kerjanya. Membuat bahu Hazwini terangkat. Dah kenapa pula ni...

"Okey.. Abaikan ajakan saya tu. Saya gurau je." Nafas keluhan dihela Airil Adryan setelah dia bersuara. Satu trick untuk membuat gadis itu berhenti dari merapu.

Membulat mata Hazwini. Ngek punya orang! Dah dua kali dia kata bergurau.

"Dr kata gurau? Ya Allah!!"

"Padanlah dekat muka awak siapa suruh percaya?"

Hazwini mengetap giginya. Tanda geram. Dipandang wajah lelaki itu dengan perasaan sakit hati yang membuak-buak. Ikutkan hatinya nak aje dia teranjang sampai Bangladesh. Apakah daya...

"Dr... Kita dah jauh dari perkara yang sebenar ni. Saya ni lapar. Lepas tu, dalam pukul dua setengah petang nanti saya ada kelas. Okey.. Dr nak apa panggil saya sebenar ni? Saya tidur dalam kelas? Honestly, saya memang tidur dalam kelas Dr tadi," Kata Hazwini. Memang dalam setiap katanya penuh dengan serius.

"Saya tahu awak tidur dalam kelas saya. Sebab itu lah saya panggil awak datang sini.."

"Saya tak kesah Dr nak denda saya ke.. Nak tolak markah assignment saya ke."

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now