🌼Bab 16

1.8K 114 4
                                    

Tinggal seminggu lagi bermula lah cuti semester pertama bagi pelajar tahun semester empat. Hal ini membuatkan Hazwini semangat menyiapkan tugasan-tugasan yang terbengkalai sebelum balik ke kampung halaman.

"Wini, tolong aku check ralat ni jap!" Aisyatul menghulurkan macbook pro kepada Hazwini yang ralit menghadap laptopnya.

"RM 200.00,"jawab Hazwini selamba.

Membulat mata Aisyatul. Tak jadi dia hendak menjerit kerana dia berada di dalam perpustakaan USM ini. Liana dan Adriana hanya menahan gelak sahaja.

"Amboi! Minta tolong sikit je! Dah tak payah lah.. tak jadi aku nak minta tolong," kata Aisyatul mendatar.

"Pulok... aku gurau je la. Meh, aku nak tengok mana yang ada ralat tu."

Terus mata Hazwini mengesan ralat tersebut. Beberapa saat kemudian, bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Jari kau besar sangat eh?"

"Hah?!" Tercengang seketika Aisyatul dengan pertanyaan Hazwini itu.

"Tengok ni...." Jari telunjuknya menunjuk beberapa patah perkataan yang salah di eja di screen macbok pro milik Aisyatul.

Aisyatul hanya tersengih sambil menggaru kepalanya tidak gatal. "Haishh, patut lah ada ralat.." bebelnya perlahan.

Hazwini cuma menggeleng perlahan sahaja. Kemudian dia kembali menyambung kerjanya.

"Weii, Lia! Masa aku tak datang hari tu, Dr. Airil masuk kelas tak?" Tanya Hazwini kepada Liana. Tetapi matanya masih lagi tertumpu menghadap laptop.

"Masuk. Tapi kita orang tak belajar pun,"

"Eh, ya ke?" Soal Hazwini ragu campur tak percaya.

"Betul, tak percaya tanya Yana." Balas Liana. Bahu Adriana menjadi mangsa tamparan padu Liana.

"Hah?! Apa? Apa?" Terpinga-pinga Adriana seketika.

Liana menepuk dahinya sebelum menyambung kata-kata. "Wini tak percaya time dia demam tu Dr. Airil tak mengajar pun..."

"Ohh, cakap la...! Memang betul pun Dr. Airil tak ajar apa-apa. Lagipun dalam kelas tu, kau sorang je tak datang.. Maybe dia nak tunggu kau datang, baru nak ajar bab baru." Terang Adriana dengan panjang lebarnya.

"Habis tu kau orang buat apa je?" Tanya Hazwini lagi. Iyalah, sepanjang dia bergelar mahasiswi ni tak pernah sekali pun dia ponteng. Walaupun demam sekalipun dia tetap gagahkan dirinya hadir ke kuliah.

"Sambung baiki ralat. Dalam kelas , seorang pun tak ada yang betul. Kalau kau ada mesti kau orang pertama yang betul semua. Kau kan hebat dalam coding semua ni.. Aku dah nampak kau ni ada kebolehan menggodam," sela Aleya yang entah datang dari mana.

Hazwini tertawa kecil dengan bicara Aleya itu. Menggodam? Ehem ehem!

"Yaya kau dah dapat cari tak buku rujukan yang aku suruh cari tu?" Cepat-cepat Hazwini mengubah topik. Kang terkantoi,menangis tak berlirik jawabnya..

"Dekat Fify."

"Oh, okey!"sahut Hazwini perlahan. Selepas itu dia mengambil pen di dalam bekas pensilnya lalu mencoretkan sesuatu di sticky note.

-buku rujukan✔
-nota progress system network✔
-binding assignment Prof. Khalid

Semerta-merta tangan Hazwini berhenti menjalankan tugasnya. Pen yang dipegang turut terlepas dari gengamannya.

"Ya Allah! Aku lupa lah!" Terjerit kecil Hazwini bila teringat perkara yang belum di selesaikan lagi.

"Kau dah kenapa?"

"Kau dah siap tak binding tugasan Prof. Khalid tu?" Pertanyaan Liana dibalas dengan soalan.

"Dah, kenapa? Kan tugasan tu dari minggu lepas lagi... tapi esok memang kena hantar."

"Aku.. tak.. ah! Tak pe la. Ni aku nak pergi kedai photostat jap. Kau orang nak kirim apa-apa tak?"

Mereka yang lain hanya menggeleng sahaja. Tanda membalas pertanyaan Hazwini.

"Aku pergi dulu! Hah, Yaya! Buku rujukan tu suruh Fify pegang dulu tau! Okey, tata guys! Assalamualaikum!" Usai melihat Aleya mengangguk terus sahaja kakinya mengayun keluar dari perpustakaan ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ASSALAM, Wini. Hari ni class Dr. Fida cancel tau. Balik asrama terus! -Liana

Bibirnya mengukir senyuman gembira. Alhamdulillah.. boleh la petang ni dia berehat sahaja di asrama. Telefon pintar berjenama Samsung A10 di simpan kembali ke dalam beg sandangnya. Seketika Tablet berjenama Samsung dikeluarkan.

Ada sesuatu yang perlu di selesaikan. Pendrive 16gb yang berada di dalam poketnya dikeluar lalu di cucuk kan di tempat khas untuk USB.

Apabila dia hendak membuka fail di dalam pendrive itu, secara tiba-tiba tabletnya terlepas dari tangannya lalu melayang jatuh ke bumi. Begitu juga dengan dirinya, turut jatuh menyembah bumi.

"Adoi!" Hazwini mengaduh kesakitan. Terasa bahagian lututnya amat sakit sekali. Huih, macam mana aku boleh jatuh kat atas jalan tar ni?

Tablet? Matanya terus tertumpu ke arah tabletnya yang sudah menjadi arwah. Pecah. Hancur. Berderai.

"Inalillahh..." sedih sekali Hazwini melihat tablet kesayangannya. Isinya terkeluar. Manakala skrinnya turut pecah berderai. Sudah la tablet itu pemberian dari arwah ayahnya. Sempena dia mendapat 8A dalam Pt3. Ya Allah.... Ayah, maafkan kakak. Tablet itu sudah lama dia menjaganya.

"Oi, mata kau letak kat mana hah??!!!" Tengking satu suara. Lantas Hazwini melihat gerangan yang dilanggarnya atau terlanggarnya.

"Mi.. Mia... Eh?" tergagap Hazwini. Alamak! Dia sudah terlanggar Minah panas kat kampus ni lah! A.k.a musuh tradisi Aisyatul! Hshs habis lah kau.

Eh, tapi aku peduli apa?

Hazwini cuba untuk bangun. Entah kenapa rasa berat kakinya itu.

"Kau ni, nak kata rabun dah pakai cermin mata dah! Takkan dah pakai cermin mata still tak nampak lagi?! Kau ni memang nak kena!" Amuk Mia Qistina.

Hazwini seperti perasan sesuatu dengan bicara gadis itu. Dia memandang sekeliling kawasan sekitarnya. Manakala Mia Qistina sudah berasap mukanya bila amukkannya tidak diambil endah oleh Hazwini.

"KAU ke COW?" Soal Hazwini sendiri sambil memegang dagu. Seperti berfikir.

"COW? Apa kau merepek ni?" Mia Qistina sudah semakin pelik dengan Hazwini. Nak sakitkan hati dia, tapi aku pula yang sakit Hati! Telahnya dalam hati.

"Masya-Allah..... Ibu ayah aku bagi nama sedap dekat aku tapi kau panggil aku lembu? Elok sikit... aku manusia bukannya haiwan!" Sambung Hazwini lagi. Sengaja ingin bagi Mia Qistina bengang dengannya.

Dengan penuh perasaan bengang tahap singa nak beranak 20 ekor, Mia Qistina memijak kuat dan berkali-kali tablet Hazwini yang senemangnya sudah hancur.

"Hisyhh, malas aku nak layan kau! Aku cakap K.A.U bukan C.O.W lah bodoh!"

Usai menutur kata-kata, Mia Qistina dengan berlagak meninggalkan Hazwini yang masih terpinga-pinga dan masih juga jatuh terduduk di situ.

"Hah, bagus pun dah blah! Kalau hidup tu sehari tak sakitkan hati orang memang tak boleh ke?" Sempat lagi Hazwini menyumpah-nyumpah Mia Qistina. Agaknya dah sebaldi kut sumpah seranah dari Hazwini.

Sekali lagi matanya merenung sedih ke tabletnya yang sudah menjadi arwah.

"Kejap lagi aku mandi dan kapan kau ya? Nanti aku ajak sekali Liana kebumikan kau.."
Macam orang mati akal Hazwini bercakap seorang diri.

Selepas itu, Hazwini dengan perlahan-lahan cuba membangunkan dirinya yang masih terduduk di tanah yang dilitupi batu tar. Namun harapannya sia-sia sahaja.

Tiba-tiba kelihatan figura telapak tangan manusia didepan muka Hazwini.

"Telapak tangan anak siapa lah pula ni?"

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now