Bab 50🤍

1.6K 107 114
                                    

Nado moreuge neoui hoheubeul ttaraga..
Yejeone eopdeon, geureon gamjeong.
Hansunganui chakgagi aniya,
Mwonga hwaksilhage nal kkeureodanggyeo, mageul su eopseo...

Lagu yang berbunyi dari telefon milik Hazwini di meja ruang tamu, di biarkan oleh Hazwini. Sebenarnya itu nada dering penggera jam. Sahaja dia meletakkan lagu Oxygen dari kumpulan TWICE sebagai alarm. Dengan selamba, dia menyambung bait-bait lagu yang sememangnya sudah dihafal.

"Yeah igeon machi Fiction!
Hangsang kkumkkwo watdeon oneul gateun jangmyeon, Feeling na na.
Mallo da hal su eomneun gijeok...
Kkumirado joa nae gibuneun So high..
Singing la la.

Gyesokdoel uriui Highlight... mae sungani nunbusyeo...
Gidaehaesseotdeon sangsang, modu da irwojyeo..
Cheoncheonhi hanassik... neukkyeojineun daero...uri hamkke...!

Gonggiboda neo I really really really really want.
Nal sum swige haejuneun neonikka...
Gyeote isseojwo I really really really really want
Neoman itdamyeon..

Baby baby eonjena idaero
Neoman neoman Only only neo...
Baby baby... Erkkk!"

Ding dong!

Semerta-merta nyanyian dia terhenti dek bunyi loceng kondominium ini. Tuala yang masih berbalut di kepala untuk mengeringkan rambut yang basah, dijadikan selendang. Bagi menutup leher serta auratnya. Dia belum pasti jatina yang masih lagi menekan-nekan butang lonceng.

Penggera jam yang  yang masih lagi berdering lagu Oxygen dari girl group Korea TWICE di dismiss kan sahaja.

Bingkas Hazwini menapak ke pintu utama kondominium. Dengan selafaz bismillah yang meluncur di bibir, dia membuka pintu itu tanpa rasa ragu-ragu.

"Ya, nak cari siapa?"

Membulat mata Hazwini apabila melihat gerangan itu.

"Hazwini?"

"Err... Dr. Sofia!"

Bagai nak terkeluar jantungnya tatkala Dr. Sofia sudah merenung tajam ke arahnya. Semestinya, Dr. Sofia sudah mula mengesyaki sesuatu antara dia dengan Airil Adryan. Yalah, mereka masih belum lagi war-warkan pernikahan mereka. Belum sampai masanya lagi.

"Hazwini, awak buat apa dekat rumah Dr. Airil ni? Jangan cakap awak..." suara Dr. Sofia sudah naik seoktaf. Kelihatan dia sedang menahan amarah.

"Eh, Sofia! Kenapa tak cakap awak datang rumah saya?"

Hazwini mejuling matanya ke atas. Datang dah...

"Airil.. Awak ada apa hubungan dengan Hazwini?" Soal Dr. Sofia, ragu-ragu. Langsung dia tidak menjawab pertanyaan Airil Adryan. Dia masih tidak faham kenapa pelajar yang dia kenali di kampus serumah dengan cinta hatinya? Tidak mungkinlah lelaki itu berkahwin dengan pelajar. Pelajar satu Universitu pula tu!

Airil Adryan terdiam. Begitu juga dengan Hazwini.

"Erm, kita masuk dalam dulu." Pelawa Airil Adryan. Kemudian Dr. Sofia melangkah masuk ke dalam kondominium ini lalu gaya ala ala model termuka antarabangsa menuju ke ruang tamu serba mewah.

"Sweetheart... Pergi buat air. Abang nak explain dekat dia tentang kita," bisik Airil Adryan lembut kepada Hazwini. Mereka berdua masih lagi berada di depan pintu.

Tanpa reaksi, Hazwini menonong sahaja mengorak ke langkah dapur. Nak kata marah tak juga. Nak kata... cemburu pun. Hurm rasa tak kut.

Dalam tak sedar Hazwini tersenyum jahat. Dia  mula membuat tugasannya....

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now