Bab 47🤍

1.6K 115 146
                                    

Pejam celik, pejam celik, sudah tiba hari yang di mana dia akan menjadi...

Hantu?

Oh tidak... Jadi bini orang lah!😒🔪

Menjadi seorang isteri kepada Airil Adryan. Seorang pensyarah yang annoying, mystery, weird, pervert, and...

Selamba.

Tak ada ribut, tak ada tsunami, tak ada gempa bumi, tak ada salji turun kat Malaysia, lelaki itu ajak dia bernikah tanpa sekelumit perasaan cinta baginya. Hazwini Raihana, jiwanya masih belum dapat menerima sepenuhnya pada lelaki itu. Insya Allah, suatu hari nanti Allah akan bukakan hatinya untuk mencintai Airil Adryan dengan setulus hatinya. Cewah! Syahdu pula ayat ni.🙄😏🔪

Seketika Hazwini merenung jari-jemarinya yang berinai cantik di pakaikan oleh Liana dan Adriana malam semalam sebelum dirinya tidur. Yang membuat dia hairan pada dirinya, kenapa dia langsung tidak menangis? Sekurang-kurangnya menahan sebak seperti pengantin-pengantin di luar sana semasa akad nikah berlangsung. Tapi dirinya tidak ada perasaan itu. Cumanya tubuhnya menggigil sedikit kerana terlalu gementar.

Kelima-lima sahabatnya turut hadir memeriahkan majlus ijab dan kabul dalam masjid ini. Adriana, Aisyatul, Fify, Aleya memang terkejut gila sehingga melopong mulut tatkala dapat tahu siapakah gerangan yang akan menhadi suaminya.

"Mama harap Mikael akan jaga Wini dengan baik dan bagi mama yang cucu yang comel" bisik Puan Sri Izna Arlina kepada Hazwini yang tadinya termenung.

Hazwini tersentak. Automatik dia memandang anak mata bakal mak mentuanya yang sebentar lagi akan menjadi mak mertua selamanya.

"Mi...Mikael? Siapa tu?" Tanya Hazwini, berbisik di tepi telinga bakal mak mertua. Sambil itu, dia dapat merasakan belakang badannya diusap lembut Pn. Hawa.

"Kamu tak tahu? Airil Adryan Mikael, itulah nama panjang anak mama."

"Saya..."  bicaranya terus mati apabila suara adik lelakinya memenuhi ruangan masjid ini. Terharu dia apabila Haziq Raiyyan ingin menjadi wali menggantikan arwah ayahnya, En. Zamarul. Apabila fasal ayah menjengah fikiran, jiwanya merundum dalam kesayuan. Sesungguhnya, dia rindu pada ayah dan abangnya yang sudah lama bertahun meninggalkannya. Jika mereka berdua masih lagi hidup, mesti mereka gembira.

"Airil Adryan Mikael bin Arshad Altezza?"

"Ye saya." Sahut Airil Adryan tenang. Walaupun tangan sudah terketar-ketar bila ingin menjabat tangan bakal adik iparnya. Dalam diam, Haziq Raiyyan cuba menyorokkan senyuman nakalnya. Wajah  kacak bakal abang iparnya di pandang tanpa riak.

"Ehem, tok kadi. Sebelum saya nikah kakak saya dengan dia ni, boleh tak saya tanya beberapa soalan kepada si pengantin lelaki ini?" Selamba Haziq Raiyyan bertanya kepada tok kadi yang bersebelahannya menemani untuk prosedur akad nikah.

Kelihatan tok kadi itu mengangguk. Manakala Airil Adryan hanya terdiam.

"Abang Airil. Janji dengan Haziq jaga kakak saya dengan baik dan memimpin dia hingga ke syurga Allah?"

"Insya Allah fillah. Abang janji," jawabnya dengan tenang. Walau dalam hati sudah gelisah semacam.

"Last question. Sayang kakak saya tak?"

"Ya. Abang sayang kakak Haziq macam abang sayang nyawa abang sendiri."

Kedengaran bunyi 'wuuu'  dari Aqil Aryan,  Affan dan Dyaz. Apabila di beri amaran dengan menggunakan isyarat renungan tajam oleh Adam Hariz baru  mereka senyap.

Hazwini bersama wanita-wanita yang lain di belakang mampu terdiam dengan jawapan Airil Adryan.

Haziq Raiyyan mengangguk perlahan. Satu nafas panjang di tarik lalu tangan Airil Adryan di jabat.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now