BAB 37🤍

1.5K 86 16
                                    

HAPPY 10 K VIEWS AND 1K VOTE! Teruskan vote ye..

Fatini yang sejak tadi menjadi penonton setia pada drama tidak berbayar di hadapan pintu terus meluru ke arah Hazwini. Namun, nasibnya sungguh malang pada saat itu.

Gedebukkk! Seperti nangka busuk jatuh ke atas tanah. Begitulah keadaan Fatini yang dihadapinya sekarang. Dia terjatuh tersungkur di atas karpet lembut ruang tamu ini. Sungguh dia malu. Tetapi dia tahu siapa punya angkara...

"Woiii. Aku tahulah kaki kau tu panjang. Jagalah elok-elok kaki kau tu! " Marah Fatini kepada Haziq Raiyyan. Dia hanya buat tak tahu dan masih menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Kak Wini, tengok adik akak yang sorang ni, "adu Fatini kepada Hazwini. Haziq buat tak dengar. Kek dimulut dikunyah senang.

"Adik, janganlah buat dia macam tu. Tetamu tu, "nasihat Hazwini dengan lembut. Ikutkan hatinya nak sahaja dia memiat telinga adiknya itu. Biar putus!

"Bukan salah adik pun kak. Dia yang tak jalan betul-betul, dasar pendek! "

"Bukan salah kau? Kau ni jenis yang memang tak nak mengaku salah eh? Semua benda kau buat betul je memanjang."

"Yang korang berdua nak gaduh kat sini ni dah kenapa? Aku kahwinkan jugak nanti, "sela Aqil Aryan selamba bin badak. Kemudian dia bangun dari duduknya lalu pergi ke meja makan dan duduk disebelah Airil Adryan.

"Sabar jelah Fatini. Lelaki memang begitu, " Aisyatul yang tadi sibuk menjamu masakan Pn. Hawa turut mencelah.

"Men are not the same."
Aisyatul menjulingkan matanya. Ingatkan balik Korea janji tak nak gaduh-gaduh. Tapi siapa yang mula dulu?

"Yes, "Aisyatul menjawab seraya merenung tajam ke arah Affan.

"No."

"Yes."

"Korang berdua nanti yang aku kahwinkan. Gaduh je kerja. Tadi pun gaduh, sekarang pun nak gaduh, " bebel Aleya yang jarang-jarang bersuara. Sakit telinganya mendengar perbalahan mereka berdua.

"Mwol goreulji molla junbihaebwasseo!" Satu ayat dalam korus lagu yes or yes dari girl group Korea Selatan iaitu TWICE dinyanyi oleh Adriana.

Pantas juga Hazwini menyambungnya. "Dul junge hanaman golla YES or YES?"

"Ne maeumeul molla junbihaebwasseo."

"Hanaman seontaekhae eoseo YES or YES?"

"Yahhh, kahwinkan Affan dan Aisya! Huhuhu..." ujar Liana dengan kuat. Semerta-merta nyanyian Adriana dan Hazwini terberhenti.

Puk! Satu tamparan kuat mengena bahu Liana.
Liana tersengih kambing apabila melihat wajah Aisyatul yang berwarna kemerah-merahan itu.

"Ceh. Aku tak nak lah kahwin dengan dia ni. Kalau kau sangat ambil lah. Takpun..." ayat Aisyatul termati disitu apabila Affan menyampuk.

"Aku lagi lah tak nak. Hah, kalau pergi campak ini perempuan ni kat lautan pasifik belum tentu kehidupan sana nak terima dia. Huh!"

"Eh, eh! Melebih dah kau ni... Nak makan penumbuk aku ke?"

Automatik Hazwini menepuk dahi bila pergaduhan ini semakin rancak. Nampak gayanya dah mula perang dunia ketiga ni..

"Cukup. Jangan nak bergaduh depan rezeki, "kali ini Pn. Hawa mencelah serius semenjak dia hanya memerhati teruna dan dara ini bertekak.

"Betul cakap ibu. Hurm, aku dari tadi perhati. Orang tua dulu-dulu cakap kalau selalu gaduh, nanti kahwin." Tutur Hazwini. Kemudian dia menyambung kembali suapan yang tergendala.

My Adore, Dr. Annoying Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora