Bab 36🤍

1.4K 100 14
                                    

"Long time no see, tesoro?" (Sweetheart?)

Hazwini terkaku. Pegangan dia dengan Fatini jatuh semerta-merta. Dia bukan sahaja terkejut dengan gerangan itu...

"Hmphhhh... hmphh.. hmph...!" Pn. Hawa meronta-ronta. Mulutnya diikat sehelai kain. Manakala tangan dan kaki diikat. Haziq Raiyyan sudah..

Mati?

Tidak mungkin.

Tetapi baju adiknya sudah berlumuran darah. Ia tampak seperti  ditembak. Ada kesan tembakan di belakang Haziq. Ngeri apabila melihat keadaan seperti itu. Adiknya itu tertirap lemah di depan Pn. Hawa yang diikat bersebelahan lelaki itu.

Fatini menekup mulutnya. Takut, sedih, seram semua bercampur baur apabila melihat keadaan itu. Kalau benar Haziq Raiyyan sudah kembali ke rahmatullah... inalillahiwanirojiunn.. 

"Kk..kenapa.. Awak.. bb..buat macam ni...?"tergagap Hazwini menyoal kepada Airil Adryan yang kelihatan selamba. Di tangan kanan lelaki itu terdapat sepucuk pistol.

"Saya buat apa? Eh mana ada buat apa. Saja nak main-main. Bosan.." jawab lelaki itu sambil memusing-musingkan pistol di tangan. Kelakuan lelaki itu tampak tenang. Macam sudah biasa melakukannya.

"Tapi kenapa awak ikat ibu saya dan bunuh adik saya?Kenapa Airil Adryan? Apa salah saya kat awak sampai awak buat saya macam ni.."

Airil Adryan terdiam. Tak lama kemudian dia tersengih sinis. Dia membiarkan Hazwini jatuh melutut lemah di depan pintu. Air mata yang ditahan-tahan oleh gadis itu sudah mengalir.

"Tak sangka selama ni awak buat baik-baik dengan saya dan keluarga saya! Rupanya ni tujuan awak. Ahh tak guna...!"

Tanpa di duga, Hazwini terus bangun dari melutut. Pantas dia meluru ke arah lelaki itu lalu melayang sepakan. Seperti dijangka lelaki itu juga mengelak pantas dari serangan.

Hazwini yang bertindak agresif itu terus Airil Adryan memeluk tubuh kecil itu. Kelihatan gadis itu meronta-ronta kuat supaya dilepaskan.

"Kak Wini!!!" Jerit Fatini. Dia cuba untuk menolong Hazwini. Tidak berjaya, apabila lelaki itu menghalakan sepucuk pistol betul-betul ke arahnya. Langkahnya mati.

"Stay away! Kalau kau nak tengok dia mati, cuba datang kesini. Kau dengan dia ni aku akan tembak nanti. Hahahaha.."

Hazwini terkedu seketika. Pergerakan dia di dalam pelukan lelaki itu semerta-merta berhenti. Dia masih lagi tidak percaya lelaki itu berkelakuan seperti ini.

"Why sweetheart? Meronta lagi..."

Panggg!

Satu tamparan melekat pada pipi kanan Airil Adryan.

"Fikir kau peluk aku, tangan aku masih tak boleh berguna lagi ke?" Terus berubah panggilan Hazwini daripada saya-awak kepada aku-kau.

"Kau nak aku tembak kau ke? Berani kau tampar muka aku!" Lantang Airil Adryan berkata. Pistol yang masih di tangan di acu ke arah dahi gadis itu.

Hazwini tersengih sinis. Uhuhu... lawaknya dia nak main tembak-tembak.

Bukk! Apa yang dirancang dalam benak Hazwini menjadi. Tubuh sasa itu terdorong ke belakang. Tidak sia-sia dia siku perut lelaki itu sehingga senak.

Kelihatan Airil Adryan mengusap perutnya. Sepatutnya dia perlu pegang kedua-dua lengan gadis itu tadi. Akhirnya pegangan pistol di tangannya jatuh ke lantai kayu rumah ini.

Tanpa melengah masa, Hazwini terus mengambil peluang untuk merampas pistol tersebut. Airil Adryan yang masih dalam kesakitan tahu akan Hazwini mahu mengambil pistol itu terus bangun lalu menerpa gadis itu sehingga...

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now