Bab 32🤍

1.5K 89 6
                                    

"Wini, kau nak pergi mana?"

Langkah Hazwini terhenti tatkala dia mendengar satu suara yang amat dia kenali. Pantas dia menoleh ke arah suara itu.

"Liana! Haish, aku ingat siapalah tadi," leter Hazwini sambil mengusap dada yang berlapikkan tudung pengawas sekolah berwarna merun.

Liana hanya menggaru kepalanya tidak gatal itu. Takkan tegur pun boleh terkejut? Seketika, dia memadang Hazwini dengan riak perasaan risau.

"Kau okey tak Wini? Eh mana kau punya spek?" Tegur Liana setelah perasan Hazwini tidak memakai cermin mata yang selalu menghiasi wajah itu.

"Hmm, tu lah. Hilang... Rasanya tercicir dekat dalam bas kut..! Yang kau ni pahal tiba-tiba dengan ada kat sini? Kau pergilah berkumpul sana. Aku nak pergi masuk dalam bas sekejap cari spek aku.."

Liana menggeleng. "Aku tak nak. Weii, aku rasa tak payah lah ambil spek kau tu. Tak apa, aku kan ada... Aku tolong kau bila kau tak nampak perkataan. Sekarang ni kita berkumpul. Nanti risau cikgu nanti," kata Liana. Dalam hatinya kuat mengatakan ada sesuatu benda tidak baik akan berlaku. Tergerak hatinya mengikuti langkah Hazwini tadi.

"No, no, no! Sekarang kau pergi berkumpul kat sana. Alahh, sekejap je. Lagipun dalam bas tu ada drebar lah! Dah... pergi sana!"

Hazwini terus menolak tubuh Liana dengan perlahan. Terdorong tubuh Liana kebelakang. "Kau ni Wini! Haishh, kalau nak cari spek kau juga.. Bagi aku teman kau. Boleh?"

"Tak payah lah...!" Ujar Hazwini yang masih dengan keras kepalanya.

Liana mengeluh perlahan. Dia kalah hendak memujuk sahabatnya yang kepalanya keras macam cengkerang labi-labi. Kalau hempuk dekat dinding belum tentu pecah.

"Cepat sikit tau! Kau bawa telefon kan? Apa-apa call aku," sambung Liana lagi. Walaupun hatinya berat melepaskan Hazwini pergi berseorang-orangan. Sudahlah bas rombongan diparkir jauh dari Muzium Tentera Darat ini.

Hazwini pantas mengangguk kepalanya. "Kalau cikgu tanya mana aku, kau kata aku pergi masuk dalam bas jap. Ambil barang.."

"Okey... cepat sikit!" Usai bicara Liana, teragak-agak kakinya beredar dari situ.

Pemergian Liana, dipandang dengan anak mata sahaja. Kakinya terus mengorak langkah menuju ke bas yang terletak elok parkir di tempat kenderaan khas.

"Assalamualaikum..." sayup-sayup Hazwini memberi salam. Pintu utama bas rombongan sekolah itu memang sudah terbuka luas. Kakinya berhati-berhati memijak satu persatu anak tangga bas agar tidak jatuh.

Kruh....kruh... kruh..

Berkerut dahi Hazwini mendengar bunyi itu. Matanya tertancap seorang pemandu bas yang tampak lena sambil mulutnya ternganga luas dengan air liur menitik keluar dari tepi bibir. Eeeee😂 Sudah lah dengan berdengkur sekali.

"Hehehe...." tergelak kecilnya melihat keadaan itu. Telapak tangan kanannya elok menutup mulutnya dari menggelakkan bunyi ketawa yang kuat. Pendek kata, gelak sopan.

Dia menapak perlahan ke arah pemandu bas itu yang berada di tempat duduk pemandu. Perlahan-lahan dia mengangkat telapak tangan kanan ke atas muka pemandu bas itu. Digoyang-goyang memastikan orang itu betul-betul tidak terjaga dari tidur.

"Hah, bagus tengah tidur.... Tidur lah Pak cik, tidur lah... Saya tahu Pak cik penat memandu.. Huhu. Bye-bye saya nak cari spek saya dulu," sempat lagi Hazwini berkata. Walhal dia tahu pemandu bas itu tidak langsung terjaga dengan bicara perlahannya.
Sengaja dia membuat lawak pada pagi yang cerah ini.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now