Bab 58🤍

1.3K 90 83
                                    

When you make dua, it is a sign that Allah SWT loves you and has intended good for you - Imam Ibn al-Qayyim
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°


Hazwini merenung sayu ke batu nisan yang sudah bertukar warna kekuning-kuningan itu. Lama selepas itu, dia memegang batu nisan itu dengan tangan gementar. Matanya meneliti bait-bait nama yang diukir disitu.

Alangkah indahnya jika yang sedang dia pegang ini bukannya nisan yang kaku, melainkan sekujur tubuh milik ayahnya yang masih bernyawa. Sayang, realitinya yang terbentang dihadapan mata tidak seindah seperti yang ada dalam bayangannya.

"Ayah... Kakak rindu ayah," desisnya dalam hati. Air matanya mula mengalir perlahan seterusnya membasahi pipinya. Mengapa dunia ini terlalu kejam buatnya? Kenapa ayah dan abangnya seharusnya pergi dahulu, tetapi bukannya? Seandainya nyawanya boleh menggantikan nyawa ayah dan abangnya ketika itu... Dia sanggup! Asalkan ayah dan abangnya tidak pergi meninggalkannya bersama ibu dan adik lelakinya.

Tetapi, semuanya pecaturan Allah SWT tentang ajal dan maut. Dia sebagai hamba Allah, sepatutnya reda pemergian kedua-dua insan tersayang itu.

Satu keluhan terluncur dibibirnya. Kemudian matanya beralih ke arah kubur yang tertanamnya arwah abang sulung kesayangannya, Hazriq Raikkal.

Dia rindu. Rindu mendengar suara abangnya mengusik serta memujuknya apabila dia merajuk dengan sahabat-sahabatnya. Rindu mendengar bebelan serta gelak tawa abangnya. Namun, segala sudah berubah. Tiada lagi usikan manja dari sang abang tersayang. Hanya Al-Fatihah yang dapat disedekahkan agar abangnya terhindar dari seksaan kubur. Begitu juga ayahnya. Tempat selalu dia bermanja. Kini hanya tinggal kenangan.

"Riq, aku akan jaga dia. Sebab aku sayangkan dia sepenuh hati aku. Aku bersyukur sangat aku dah jadi suami dia. Kalau kau ada, mesti kau happy kan? Sebab adik perempuan kesayangan dah jadi milik aku... Aku sayang kau Riq. Semoga tenang disana wahai Hazriq Raikkal. You're the best friend i've ever met!" Sayu sahaja kedengaran suara Airil Adryan berbicara.

Hazwini menatap redup ke arah Airil Adryan. Seketika dia mengeluh. Kalaulah dia cakap, yang perkahwinan ini dia setuju disebabkan melatahnya? Agak-agak bagaimana penerimaan lelaki itu? Kecewa atau marah?

"Kakak..."

Terus Hazwini memandang ibunya. "Ya, ibu. Kenapa?"

"Kakak okey tak ni?" soal Pn. Hawa dari tadi hanya melihat anak perempuan diam dan termenung.

"Kakak okeylah ibu." nafinya

"Raya pertama jangan terlalu bersedih, sayang... Yang pergi, semestinya tidak akan kembali. Kita yang hidup seharusnya meneruskan kehidupan sehingga sampai tibanya kita akan pergi menghadap Ilahi." Sampuk Puan Sri Izna Arlina. Tan Sri Arshad Alteeza berada sebelah isteri turut mengangguk kepala, mengeyakan kata-kata si isteri.

Hazwini menyimpulkan senyuman manis. "Terima kasih, mama..."

Puan Sri Izna Arlina senyum lalu tubuh menantunya dipeluk erat.

"Dah pukul sembilan setengah ni. Jom balik? Mama, Ryan laparlah..."

Airil Adryan hanya menggeleng kepalanya. Sabar ajelah dapat kembar begini.

"Yelah... Nanti ada masa kita pergi ke sini lagi... Hawa, boleh ke kita balik?" soal Puan Sri Izna Arlina, bagai meminta izin.

Pn. Hawa tersenyum dan mengangguk kepalanya seraya bangun dari duduk. Tikar mekuang bersaiz kecil yang dibentang di atas tanah digulung. Sebagai lapik untuk mereka duduk tadi.

My Adore, Dr. Annoying On viuen les histories. Descobreix ara