Bab 28🤍

1.5K 100 4
                                    


Iphone 6s nya bergetar panjang menandakan ada panggilan untuk diangkat. Lantas, dia menggesel ikon hijau menjawab panggilan tersebut.

"Jimmy, i have a good news for you!" kata si pemanggil itu dengan nada menjerit keterujaan.

Mendengar suara itu, dia menjauhkan gagang telefon itu jauh dari telinga. Bukan apa, boleh pecah gegedang telinganya bila mendengar suara itu.

"Hoii, salam kau mana?"

"Ehehe.. sorry bro! Aku teruja sangat ni. Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.."

"Waalaikumussalam. Hah apa dia yang buat kau teruja tu? Kau nak sunat ke?" Katanya. Seketika dia tersengih. Apa punya soalanlah!

"Kepala lutut lu lah! Ni kerja kau aku dah settle. Segala info yang kau nak tu semua ada kat aku. Kalau kau nak sekarang aku boleh emel."

"So, mana berita baik tu?"

"Yang aku cakap itulah berita baiknya.."

Dia mendengus geram apabila si pemanggil itu sudah mempermainkanya. Nasib baik dalam talian. Kalau tak... Memang dia bagi penumbuk sebiji dekat pemanggil itu. Siap pakej teranjang sekali dia akan bagi.

"Its not funny, Mark!" Jerkahnya dengan kuat.

"Kau pahal Jimmy? Tiba-tiba nak menjerit bagai. Lek aaa... Dah lama aku tak bergurau dengan kau. Hah, aku nak tanya ni... Bila kau nak balik Venice? Aku tak tahan gila kena membebel dengan Papa dengan Mama kau! Macam pula aku ni anak dia orang... Nasib juga parents kau pergi outstation.!"

Mendengar bicara si pemanggil itu terus dia meletus ketawanya. Sampai bergenang air mata di tubir mata.

"Asal kau gelak? Lawak ke aku cakap ni?!"

"Hahaha lawak gila... Aku kat sini dah tergolek dog dari katil dengar kau merapu."

"Jimmy.. I'm serious." Kedengaran suara pemanggil itu sudah serius.

"Okey.. Apa yang serius? Bila aku nak balik Venice? Nantilah... Bila keadaan sudah terkawal. Sekarang ni aku tengah fokus dengan kerja aku. Sebab itu lah aku suruh kau tolong aku dapatkan info tu." Terangnya dengan panjang lebar. Bukan dia tidak mahu balik ke negara itu. Ada perkara belum diselesainya.

"Jimmy tentang pembunuh tu..."

"Why?"

"You need be careful... He's so professional about this."

"Yes, I know..Thanks a lot Mark!"

"Most welcome"

"Mark, sekarang ni kau kat mana sebenar ni? Kalau kau kat Italy habis lah duit roaming aku melambung..!!!"

"Eh, dasar billionaire kedekut nak mampus! Duit roaming pun kau nak berkira? Sekarang ni aku dekat Malaysia lah! Kau still dekat kampung eh? Jap-jap cun tak awek kampung kat sana?"

"Kau ni.. Awek je kerja kau! Kerja aku bagi tak pernah nak kerjakan. Hm, maknanya.. Kau kat KL lah?"

"Ye lah.. Habistu kat mana lagi? Dalam badan kau ke? Dah-dah byeee, kredit aku nak habis. Soon, ada problem aku call kau. Assalamualaikum cau!" Usai bicara pemanggil itu, terus talian dimatikan. Kemudian iphone 6s nya dicampak di sebelah bantal tidurnya.
Dia merebahkan badannya ke katil. Kedua-dua belah tanganya dilipat elok dibawah kepala sambil memadang kipas siling yang ligat berputar.

Tanpa disedarinya ada seseorang yang mendengar perbualan itu tadi di sebalik pintu bilik yang tertutup rapat.

"ADIK.... oh adik..!" Laung Pn. Hawa di dapur. Tetapi si kena dipanggil itu tidak langsung menyahut.

"Kenapa ibu panggil adik? Dia kat dalam bilik sambung tidur balik.." kata Hazwini yang baru menjejak kaki ke dapur melihat ibunya memegang sudip sambil tangan kiri mencekak pinggang.

"Tidur balik? Nak dekat pukul tujuh dah ni.. Bertuah punya anak! Main lagi game tengah malam buta. Nak jadi burung hantu ke tak tidur malam? Eii karang ada juga aku buang benda tu nanti!" Pn. Hawa sudah mula membebel kepada Haziq Raiyyan.

Hazwini hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nasib pakai tudung. Kalau tak pakai tudung memang gugurlah helaian rambut tak berdosa itu jatuh ke bumi.

"Ibu nak suruh adik buat apa? Tak apa lah meh kakak tolong.."

"Ibu nak suruh adik pergi kedai beli barang. Ni kata kamu nak tolong, pergi kedai beli beli perencah tomyam, susu cair, secukup rasa. Ibu nak masak tom yam makan tengah hari ni. Lepas tu beli ubat gigi dengan syampu."

Terangguk-angguk Hazwini macam burung berlatuk mendengar pesanan ibunya. Kemudian dia mengambil telefon pintarnya di dalam poket seluar tracksuit. Lalu mempuka aplikasi note dan menulis balik pesanan yang disebut oleh ibunya.

"Lagi?" Soal Hazwini sambil melihat balik pesanan ibunya di dalam telefon pintarnya.

"Cukup lah tu. Ambil duit ni. Ada lebih jangan bagi habis pula." Pesan Pn. Hawa lagi. Dia kenal sangat dengan perangai anak daranya. Pantang ada duit lebih sikit beli benda merapu. Contohnya beli keropok twister, gula-gula  getah dan aiskrim satu Malaysia.

Tersengih Hazwini mendengar kata ibunya. Ibu borek anak rintik. Eh ya ka?

"Okey.. kakak tak habiskan duit ibu bagi. Betul ni tak nak pesan apa-apa lagi?"

Pn. Hawa menggeleng. Dia kembali menyambung masak untuk sarapan pagi.

"Ya ke? Okey-okey... Ibu tak nak beli hati kakak?" Sempat lagi Hazwini berseloroh.

"Kamu nak ni tak?" Balas Pn. Hawa sambil menggepal penumbuk lalu menayang ke arah Hazwini.

Berdekah-dekah ketawa Hazwini. Memang dah lama dia tidak menyakat ibunya itu.

"Cantik lah ibu hari ni.." usik Hazwini lagi.

"Ibu memang sentiasa cantik.. Baru tahu ke?"

"Haah baru tahu.. Masyaallah cantiknya janda anak dua ni..Huhu.."

"Kakakkkk!!!!" Jerit Pn. Hawa. Merah mukanya bila mendengar ayat anak daranya itu. Perangai langsung tak ubah macam arwah suaminya. Selalu nak menyakat!

"Yalah-yalah nak pergi kedai lah ni. Wahhh!! Aman gila bila Anjang dah balik KL. Balik sini bukan membantu pun!" Ujar Hazwini dengan lega teramat. Kalau selama ni bapa sedara di rumahnya menang asyik kena usik. Usikkan itu memang membuat dirinya sakit hati. Ada ke suruh aku kahwin dengan mamat annoying tu? Eii memang tak lah aku..

"Ya Allah! Ibu ingat dah pergi kedai dah! Rupanya masih duk termenung lagi..? Airil mana?" Tegur Pn. Hawa melihat anak yang masih termenung.

Hazwini menjongket kedua-dua belah bahu. Tanda tidak tahu.

"Hah! Siapakah gerangan yang menyebut nama beta tadi? Now, I'm here!"

Tanpa diduga....

"Hoi mak hang melambung sampai ke Gunung Jerai!" Tiba-tiba Hazwini melatah kerana terkejut dengan sergahan Airil.

Habis meletus ketawa Pn. Hawa dan Airil Adryan.

"Ibu sebut nama Airil tadi. Airil nak teman anak ibu ke kedai tak? Alang-alang tu boleh jalan-jalan pusing kampung." Cadang Pn. Hawa. Kelihatan Airil Adryan mengangguk laju.

Ibu? Sejak bila ibunya menggelar dirinya ibu kepada orang luar ni? Getus Hazwini dalam hati sambil memandang kedua-kedua wajah itu silih berganti.

"Kakak? Hisyhh kamu ni asyik termenung je ni? Ada masalah ke?" Sekali lagi Hazwini ditegur oleh ibunya.

Pantas Hazwini menggeleng kepalanya perlahan. "Tak ada lah.. Kakak pergi dulu."

"Saya ikut." Langsung Hazwini tidak mendengar kata  Airil Adryan. Ketika itu dia sudah memasang airpod di telinganya. Lagu yang dipasangnya pula amat rancak. Tanpa dia sedar dia tidak perasan Airil Adryan mengikuti langkahnya.

Vote and comments. Sesiapa ingin mengkritik part ni sila komen ye.😂 And sorry lambat update.
💓❤






My Adore, Dr. Annoying Onde histórias criam vida. Descubra agora