🌼Bab 24

1.8K 131 8
                                    

Stop pretending it doesn't hurt. Sometimes it's better to release the pain to feel better.


🐣🐤🐥

Airil Adryan mencapai sudu lalu diletakkan di dalam mangkuk berisi laksa. Wajahnya sedikit hairan apabila melihat isi didalamnya.

"Kenapa kuah..."

"Panjang ceritanya. Nak cerita sampai esok pun takkan habis." celah Haziq Raiyyan yang baru sahaja mengambil tempat untuk duduk. Dia sudah agak pasti lelaki merangkap pensyarah kakaknya akan bertanya fasal kuah yang tidak letak daun kesum atau bunga kantan.

"Cerita je lah."

"Kedai tutup nak pergi pekan jauh."

"Tak tanam daun kesum?" soal Airil Adryan dia mulai menyuap laksa ke dalam mulut. Boleh tahan rasanya walaupun tidak ada daun kesum atau bunga kantan didalam kuah.

"Dipijak oleh dek babi. Haih. Bukan setakat daun kesum, daun kari daun kunyit habis dipijaknya!" Tiba-tiba sahaja Puan Hawa muncul dengan suara tidak puas hati.

Kelihatan Puan Hawa mengambil tempat untuk duduk.

"Tak apa mak cik, ni pun dah okey... Sedap pula tu!" ujar Airil Adryan dengan ikhlas. Kuah laksa tanpa daun kesum dan bunga kantan itu membuat dia cukup berselera untuk makan lagi.

"Kamu nak jaga hati mak cik. Tak apalah..."

Airil Adryan menggeleng perlahan sebelum bersuara. "betul mak cik... Tak ada daun kesum dengan bunga kantan memang sedap. Kalau boleh, nak masak kuah laksa tak letak daun kesum dan bunga kantan pun tak apa."

Puan Hawa tergelak kecil. Bersungguh-sungguh pemuda  itu mempertahankan pendapatnya.

"Mak cik saja nak usik kamu. Makan kenyang-kenyang. Kalau hujan ni tak berhenti, kamu tidur lah sini ya?"

"Tak boleh!"

Hazwini muncul dengan selamba berkata.

"Ada ibu cakap dengan kamu ke, kakak?"

"Memang lah tak ada. Tapi Airil tak boleh tidur sini dia kena balik aaa..." ayatnya terhenti. Tidak tahu hendak menyambung katanya.

"Saya kena balik KL abang saya dah tunggu." pantas Airil Adryan menjawab. Sebenarnya bukan Aqil Aryan menunggunya pun. Walaupun kembarnya menelefon sewaktu di RnR kembarnya menyuruh dia balik ke Kuala Lumpur esok kerana Aqil Aryan masih lagi di Australia untuk menjemput kedua-dua orang tuannya.

"Abang kau tu kembar kau eh?"

"Kakak, kamu biar betul cakap macam tu dengan Airil? Dia pensyarah kamu... Mana hormat kamu?"

Hazwini terkedu. Hilang tumpuannya terhadap makanan.

"Tak apa mak cik, luar kampus. Saya tak kisah." Sekali lagi Airil Adryan tolong menjawab soalan yang sepatutnya dijawab oleh Hazwini.

"Yalah, luar kampus... Tapi kenapa kau dan aku? Macam dah tak wujud saya dan awak." bebel Puan Hawa.

Hazwini mencebik. Siapa yang mula dulu kau dan aku? Ha, mamat tu lah!

Bagaimana reaksi ibunya jika tahu lelaki dihadapannya ini pernah menuduh dia adalah seorang pencuri?

Okey, tak ada jawapan.

Suasana senyap seketika di meja. Haziq Raiyyan yang dari tadi diam dan hanya leka dengan menikmati suapannya.

"Ibu..." panggil Hazwini dengan lembut.

"Panggil Airil dengan kata ganti nama yang elok sikit. Sedarlah, dia tu bagi kamu ilmu. Mana hormat kamu sebagai pelajar?"

Hazwini mencebik bibir. Matanya mencerlung tajam ke arah Airil Adryan yang dalam diam cuba menyembunyikan senyuman jahat itu. Sihir apa agaknya lelaki itu gunakan sampai ibunya bukan main menyukai lelaki itu?

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now