Bab 64🤍

844 69 108
                                    

Figura seorang wanita tua yang jauh dari pandangannya, dia menatap penuh kesayuaan. Bersama hoodie yang menutupi kepalanya dia memerhati susuk tubuh wanita itu. Kelihatan wanita itu sedang memarahi seorang remaja lelaki. Bersungguh-sungguh remaja lelaki itu memohon maaf.

Dia tersenyum. Pada masa yang sama dia menahan tangis.

'Maafkan abang, ibu...' telahnya dalam hati.

Kemudian dia mengorak langkah jauh dan meninggalkan kawasan rumah itu. Semoga kelibatnya tidak dinampak oleh sesiapa.

Sekarang ini, misi utamanya adalah menjejak seorang lelaki tua yang menyebabkan insan tersayangnya mati.

Semuanya berpunca dari lelaki tua yang kejam itu!

Dia tersenyum sinis. Dia akan membalas dendam secara baik. Dia tidak akan membunuh seperti mana lelaki tua itu melakukan.

Tekadnya.

"Kau okey?"

Dia terkejut tatkala bahunya ditepuk serta disapa oleh seseorang.

"Aku okey... Dah jom lah blah."Balasnya perlahan.

"Kau bawa bersabar je dulu. Tak lama lagi akan berakhir," kata si lelaki itu lagi.

Dia hanya mengangguk perlahan. Tubuhnya dibawa masuk dalam perut kereta. Untuk kali terakhir dia memandang lagi wanita tua itu. Air mata lelakinya mula menitis dipipi lalu di seka dengan kasar. Dia perlu menguatkan hatinya supaya lebih banyak bersabar. Semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end...

SETELAH tiga hari menjelajah Venice, Airil Adryan dan Hazwini menyambung percutian mereka di Pisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH tiga hari menjelajah Venice, Airil Adryan dan Hazwini menyambung percutian mereka di Pisa. Sebelum mereka bertolak ke Pisa, mereka sudah menyinggah ke Florence sebelum menaiki kereta api ke kota Pisa. Seharian mereka berdua hanya melawat muzium bersejarah di wilayah Florence. Florence atau Firenza dikenali adalah kerana pusat budaya untuk Itali awal Renaissance seni, melancarkan kerjaya ramai artis terkenal dalam abad ke-15 Itali. Pelbagai banyak koleksi-koleksi seni lukisan yang dipamerkan di dalam muzium.

Hazwini merenung panjang sambil otaknya merewang mengibau kembali kejadian semalam. Memang seronok. Tidak sangka, tempat-tempat di benua Eropah ini banyak tempat yang menarik untuk di lawati.

"Hoi!"

Spontan, Hazwini melatah sehingga terbangun dari pembaringan. Bantal yang dipeluknya sudah tercampak ke lantai hotel ini.

"Oh mak aku handsome!"

Kedengaran suara garau menghamburkan ketawa. Mata Hazwini membulat besar. Siapa lagi, kalau suaminya!

"Dah kenapa terjah orang macam tu?" Kata Hazwini dengan cuba mengawal nada marah serta mengawal wajah merahnya kerana malu. Malu kerana Airil Adryan hanya memakai tuala di paras pinggang. Rambutnya masih lagi basah sehingga sisa-sisa air yang tidak dilap sepenuhnya menitik di badan sasa lelaki itu.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now