Bab 44🤍

1.4K 91 92
                                    

"Saya..."

"Saya apa?"

Hazwini menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tiba-tiba...

"Arghhhh!!! Dr ada katak kat tepi kasut Dr!!"

"Ha? mana-mana?" Airil Adryan turut terkejut sehingga lolipop di tangannya terlepas tetapi Hazwini dengan cekap menyambutnya. Kemudian terkocoh-kocoh Hazwini berlari sambil berdekah-dekah melepas ketawa. Tapi tak lama apabila dia tersilap langkah lalu jatuh tersungkur di atas pasir pantai.

"Hahahahaha! Buat jahat lagi..." kali ni ketawa Airil Adryan kuat kedengaran. Perlahan-lahan dia menghampiri ke arah Hazwini yang masih tertirap di atas pasir.

"Eh, awak okey tak ni?" Jari telunjuknya perlahan-lahan mencucuk-cucuk bahu gadis itu. Untuk melihat sama ada dia pengsan atau mati.

Tiada sebarang reaksi daripada Hazwini. Dia masih tertirap di atas pasir membuat Airil Adryan di palu kebimbangan.

"Hazwini, awak..."

"Nah, ambil ni!" Segenggam pasir di tangan Hazwini di baling tepat pada muka Airil Adryan yang kacak itu. Beberapa saat kemudian, Hazwini berlari di tepi gigi air sambil melepas tertawa.

"Awak main tipu mana aci!"

"Aci kat Bangladesh lah! Nak lamar anak orang tak romantik langsung." Kata Hazwini selamba. Tidak sedar, orang yang di kutuknya itu sudah berada di belakangnya.

"Do you want to see me more romantically?" Balas Airil Adryan dengan nada romantis. Suara garaunya itu membuat Hazwini menggigil badan.

"Err... Bye nak duduk kat pondok balik. Ha, baik Dr tengok balik gitar tu. Takut hilang nanti."

"Awak ni kan suka lari dari masalah."

Langkah Hazwini mati. Pantas dia menoleh belakang. Dia dapat melihat iris biru itu merenung tajam kepadanya.

"Saya bukan nak lari masalah... Dah jom lah duduk balik."

Sampai sahaja di pondok mereka berdua duduk tadi, Airil Adryan terus mengambil beg gitar itu.

"Sekejap. Saya nak letak balik gitar ni dalam kereta. Jangan lari mana-mana tau," pesan Airil kepada Hazwini yang enak memakan lolipop besar itu.

"Ya..."

Tak beberapa lama minit kemudian Airil Adryan datang kembali. Hazwini masih sama, masih menikmati lolipop itu. Keduduka tidak berubah langsung. Ni kalau orang culik sekalipun, mesti tidak sedar.

"Ehem!" Airil Adryan berdehem seketika. Mahu menyedarkan gadis itu yang dia sudah kembali. Kemudian dia mengambil tempat untuk duduk di bangku bertentangan dengan Hazwini.

"Eh? Cepatnya... Hehe sorry. Sedap sangat lolipop ni. Dr beli kat mana? Kalau boleh beli banyak-banyak untuk saya. Huhuhu," ujar Hazwini tanpa ada perasaan malu. Dia memang suka akan manisan. Masa zaman kanak-kanaknya dulu, giginya pernah rosak akibat terlalu makan gula-gula. Sampai sekarang ni, langsung dia tidak pernah insaf. Agaknya mahu giginya macam Aisyatul yang pakai braces itu, baru nak insaf kut.

"Tak takut dapat diabetes ke nanti?"

"Mati itu anytime."

Airil Adryan hanya terdiam. Ada sahaja jawapan dari gadis itu. Selepas itu, secara senyap-senyap, dia mengambil iphonenya di dalam poket seluar jeannya lalu kamera di buka dan beberapa keping gambar Hazwini yang menarik perhatiannya di tangkap. Comel. Gambaran Hazwini yang enak menikmati lolipop besar di jadikan wallpaper untuk locksreen pada iphonenya.

"Dr, nak...?" Tanya Hazwini apabila lelaki itu ralit dengan menghadap telefonnya itu. Tangannya menghulur lolipop besar itu kepada Airil Adryan.

"I don't like sweets. But, I just like you, sweetheart."

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now