Bab 59🤍

1.4K 106 139
                                    

Pandangannya terhadap komputer ribanya tak menentu.  Sekejap-kejap matanya beralih ke arah pintu masuk dewan kuliah sehingga dirinya gelisah dan tak senang duduk.

Mana Liana?

Suara Airil Adryan yang kuat bergema di hadapan langsung  tidak dipedulikan. Hatinya risau mengapa Liana tidak hadir. Tidak mungkinlah dia lupa hari ini ada kuliah? Kemudian Hazwini memandang wajah-wajah sahabatnya yang fokus mendengar apa yang dikatakan oleh Airil Adryan.

Dia mengeluh lemah. Komputer riba dihadapannya ditutup. Lantaklah, antara 200 pelajar di dewan ini dia seorang sahaja yang mematikan komputer. Beberapa saat matanya khusyuk merenung wajah Airil Adryan yang berkarisma dan serius ketika mengajar. Serius tak nampak handsome pun! Felix Stray Kids lagi Handsome!

Fikirannya merewang dan dia betul-betul tidak memberi perhatian ketika pembelajarannya. Dia menghembus nafasnya dengan perlahan seraya tangannya mencapai sebatang pen biru. Buku nota di buka helaian belakang sekali. Sempat lagi dia membetulkan cermin mata bulatnya yang terlondeh dibatang hidung.

Otaknya mencerna untuk menulis sesuatu ayat.

يان، كاو تاهو كناڤ لينا تق داتڠ كلس لاڬي؟
(بالس كت باوه)

Hazwini tersengih sendirian. Sengaja dia menulis ayat dalam tulisan jawi jikalau tidak mahu terkantoi dengan Airil Adryan. Dia kurang pasti lagi suaminya fasih dalam membaca tulisan jawi. Harap-harap tak reti lah ya. Kalau reti, terpaksa guna tulisan Bahasa Jepun yang kanji tu. Hahaha.

"Pfft- Yana! Nah, ambil cepat!" Dengan nada berbisik, cepat-cepat Hazwini menyerahkan buku nota miliknya kepada Adriana yang duduk disebelahnya.

Adriana terpinga-pinga seketika.  Tak lama selepas itu, dahinya berkerut tatkala membaca isi dalam buku nota tersebut.

"Balaslah cepat..." arah Hazwini dengan nada perlahan. Sepanjang dia bergelar mahasiswi, pertama kali dia buat kerja terkutuk ini. Kali terakhir, semasa zaman sekolah menengah sahaja.

Mata Hazwini tangkas melihat Adriana mula menulis.

"Nah." Adriana menyerah kembali buku nota itu kepada Hazwini.

Dia membaca.

هاري اين دي كنا لاڤور ديري كت ڤجابت ديكن. كاو تق تاهو ك ايسوق دي نق برلڤس ڤرڬي ك إيطاليا؟ راسڽ ستاهون دي كت سان.

Wajah Hazwini mula muram. Lajunya tangannya menulis sambil menahan air mutiaranya jatuh dari membasahi pipi.

سمڤأي هاتي دي تق باڬيتاهو كت اكو. دي ميمڠ تق سايڠ اكو لاڬي ك؟
Hazwini menyerah buku nota itu kepada Adriana. Lantas dia memanggung kepalanya diatas meja dan kedua-dua tangannya memeluk kepala.

Kecewa. Sungguh dia kecewa.

Orang yang dianggap umpama kakak serta juga menanggap seorang ibu...

Sedih.

Dia reda pemergian Liana ke Itali itu. Tetapi sekurang-kurangnya bagitahunya dahulu sehingga dirinya tertunggu-tunggu seperti orang bodoh.

Tanpa diduga, air matanya mula menitis.

"Hazwini Raihana! Please stand up!"

Hazwini tersentak apabila namanya dilaung kuat. Automatik dirinya bangun dari duduk. Terkejut.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now