🌼Bab 8

2K 124 16
                                    

"Satu, dua, tiga mulaaaa......! Pinnnn!" kendengaran bunyi air horn kuat kedengaran. Lantas peserta-peserta marathon mengambil peluang untuk berlari ke destinasi yang ditetapkan. Hazwini juga tidak terkecuali untuk menyertainya.

Semasa bunyi air horn, Hazwini mengambil peluang untuk berlari sekuat hatinya. Tidak sampai dua minit, dia berjalan seperti biasa. Pengerakkan memang laju walaupun dia kelihatan berjalan. Lagaknya seperti selamba. Orang lain tengan berusaha lari untuk nak menang... Dia boleh pula berlagak biasa je... Ini bukannya pertandingan catwalk ya cik adik.. Ini marathon! Omel hatinya sendirian. Sambil itu langkahnya dipercepatkan sikit. Dia lah peserta yang jauh ketinggalan. Liana dan Aisyatul yang memasuki acara marathon ini sudah jauh meninggalkannya.

Hah....! Lari, lari... Jangan tak lari... Tengok siapa yang sampai dulu! Hahaha.... Ejek Hazwini dalam hati.

Airil Adryan yang mengendali program ini turut masuk acara ini. Tapi dia sudah jauh berlari meninggalkan peserta-peserta yang lain.

Yalah, tengok badan dia macam mana. Walaupun tak nampak sado... Tapi, aku rasa memang dia akan menang. Sebab?

Entahlah.

Hazwini mempercepatkan lariannya. Malas nak melayan kata hatinya.

Sampai di checkpoint kelihatan ramai pelajar berhenti meneruskan larian. Ada yang cerdera, ada yang sedang minum air yang telah disediakan. Ada juga yang tengah bersembang. Dan...

Hazwini tersenyum lebar... Selebarnya.

Kelihatan Liana dan Aisyatul sedang minum sambil merehatkan dirinnya yang penat itu.

Kali ini Hazwini terus memecut lariannya. Dia perlu melepasi 3 checkpoint lagi.. Lepas itu, dia boleh menang. Bawah daripada 10 jadilah!

"Woiiiii..... Wini kau tak nak rehat ke?" kendengaran sayup-sayup suara Liana melaung namanya.

Selamba itu...

" Terima kasih je lah... Aku nak menang ni. Chaiyok!" Jawab Hazwini dengan kuat.

Dan... Dia terus berlari dengan sekuat hatinya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"TAHNIAH, Hazwini!" kata Prof. Norizah dengan ikhlas. Sambil itu dia menghulurkan sekeping kad kecil yang bertanda nombor 9.

Sisa bakinya masih lagi tercungap-cungap. Dia mengambil masa beberapa saat untuk mengambiil nafas baharu sebelum bersuara. Fuh, penat! Ni mau hari-hari berlari macam ni, boleh jadi tiang! Terlampau kurus.

"Terima Kasih, Prof. Errr... Prof, sorang ke jaga kat sini?"

" Tak adalah.. Ada Prof. Faridah. Dia pergi tandas lah kut... Kamu pergi lah rehat. Kat sana tu ada air. Kalau dahaga pergi minum." Prof Norizah menunjuk sebuah bekas tong air anggur ais yang terdapat dibawah satu kanopi. Kanopi tersebut tidak jauh darinya.

"Baiklah, Prof! Terima kasih..." kata Hazwini sambil tersenyum kecil.

Kemudian dia ternampak kelibat Airil Adryan sedang bersembang dengan pensyarah-pensyarah yang lain. Pergh... Cepat gila dia sampai! Pakai saka ke apa?

" Wini!" tiba-tiba dia disergah oleh seseorang.

"Oi, kau!" latahnya kecil.

Adriana tergelak besar. Hazwini yang geram itu terus mengangkat tangan kanannya untuk menarik tudung bawal hitam Adriana.

"Okey, okey! Jangan lah tarik tudung aku... Dah susah nak betul kan."

"Tahu takut," ejek Hazwini.

"Hek eleh. Ha cane? Dapat nombor berapa? Liana dengan Aisyatul dah sampai ke belum?"

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now