Bab 61🤍

1.2K 92 60
                                    

Buku rujukan Programming Fundamentals diambilnya lalu helaian di selak untuk dibaca. Matanya elok membaca bait-bait perkataan di dalam buku tersebut seraya otaknya ligat memproses untuk mengingati setiap isi penting. Minggu depan sudah bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi pelajar semester tiga. Dalam tak sedar, masa terlalu pantas kerana sudah mahu menghampiri tahun baru.

Hazwini mengeluh. Buku rujukan ditutup perlahan. Penat. Walaupun jadualnya sudah mengatakan sebelum seminggu bermulanya peperiksaan dia diberikan masa seminggu bercuti. Tempoh ini ramai pelajar-pelajar bertungkus-lumus untuk memerah otak mereka dengan mengulang kaji pelajaran.

Sticky note yang terlekat di dinding ditarik,
kemudian di campak kepada tong sampah berdekatan meja belajarnya. Lama selepas itu, matanya beralih memandang meja kerja suaminya yang besar itu. Kelihatan Airil Adryan leka menghadap kerjanya sehingga tidak sedar diperhatikan oleh Hazwini.

Mereka berdua di dalam satu bilik kerja yang luas. Bilik ini juga, Hazwini turut duduk untuk menyiapkan kerja-kerja. Selain itu dia turut menghabiskan membaca novel. Bilik ini juga terdapat mini perpustakaan. Tetapi buku-bukunya adalah buku tentang komputer sahaja.

Macam tak ada life je suaminya ini. Sekurangnya-kurangnya letaklah satu komik Lawak Kampus ke, kan?

"Dah study belum?"

Tersentak Hazwini tatkala suara garau menyapa gegendang telinganya. Dia terlalu khusyuk termenung sehingga Airil Adryan sedar atas perlakuannya itu.

"Dah... Tinggal programming je. Kejap lagi sambung. Nak rest otak jap."balas Hazwini bagi menjawab pertanyaan Airil Adryan. Cermin mata yang dipakainya di mata dibuka lalu diletakkan di atas buku notanya. Kepala dilentokkan dimeja dan mata dipejam rapat.

"Subjek algoritma susah tau... Study hard. Satu, tinggal tempat kosong, seratus ringgit."

"Eleh, spoiler je lebih... Eh? What?! Seratus ringgit? Satu tempat tinggal kosong?! Nooo! Huwaa," terus terbangun dari lentok kepalanya dimeja. Terkejut bukan kepalang dengan bicara suaminya. Mentang-mentanglah dia yang buat soalan!

"Tak ada, no, no! Satu tempat tinggal kosong, seratus seringgit... Ingat senang nak buat soalan? Lepastu paper kena print banyak sebab student bukannya 60 tapi 200 lebih!"

Hazwini terdiam. Bibirnya mula mencebik. Kemudian muka sedih ditayang kepada Airil Adryan.

"Ohya, kalau hentam, seratus lima puluh ringgit, kalau cuai lima puluh ringgit... Jalan kira tak teratur, dua ratus ringgit..." kata Airil Adryan lagi tanpa memandang wajah si isteri. Iris birunya elok menumpukan pada macbook pro miliknya.

Mulut Hazwini sudah terbuka luas. Kemerapuan apakah ini?

"Biar betul..."

"Betul lah...

"Tak..."

"Betul...

"Tak...

"Ey, kang abang campak jugak lah Hana dekat bumbung kondo ni baru tau!" Serius sahaja tuturan lelaki itu membuat Hazwini tergelak besar.

"Rilek, gurau je. Salah satu nak redakan stres."

"Kalau bergurau tu, pada-padalah sikit Puan Hazwini Raihana... Awak tu, dah jadi isteri orang bukannya solo lagi dah."

Usai Airil Adryan menutur ayatnya dia bangun dari duduknya lalu mengorak langkah menghampiri Hazwini. Kerusi yang terdapat di sebelah Hazwini ditarik, lalu melabuhkan punggungnya. Nampaknya Hazwini lansung tidak membalas katanya. Selama ini dialah orang paling kuat kaki menjawab di alam semesta ini.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now