🌼Bab 15

1.9K 119 13
                                    

Klik! Klik! Klik!

Setelah puas gambar yang ditangkap, dia berlari anak mendapatkan ayah dan ibunya yang sibuk memanggang ayam di bawah jambatan. Berkelah di bawah jambatan kedua Pulau Pinang amat menyeronakkan. Suasana petang yang mendamaikan serta tiupan angin laut yang lembut.

"Ayah, ibu! Cantik tak kakak tangkap?" Dengan begitu pelat dan comel Hazwini berkata seraya menghulurkan kamera Canon EOS 200D kepada ayahnya untuk menyuruh melihat beberapa gambar suasana laut yang telah diambilnya.

"Wah, cantiknya kakak tangkap! Ada gaya nak jadi photographer ni." Puji Encik Zamarul sambil tangan kanannya mengusap rambut anak perempuannya berumur enam tahun itu. Ikatan tocang kanan rambut anaknya itu ditarik sikit. Sengaja dia ingin mengusik.

"Potogaper tu apa, ayah? Hee, ayah jangan lah tarik tocang kakak! Nanti penat ibu nak betulkan balik."

Encik Zamarul tergelak besar. Sudah marah anak perempuannya. Dengan pelat anaknya itu bertambah lagi gelaknya. Walaupun memang comel.

"Photogapher tu adalah perkerjaan. Kerjanya tangkap gambar orang... Kalau bukan gambar orang, gambar-gambar tempat yang cantik macam kakak tangkap tadi. Memang cantik!"

"Oh..." Hazwini hanya mengiakan. Walaupun blur, dia terpaksa buat-buat faham. Haih, nama pun budak lagi.

"Kenapa? Kakak nak jadi photographer ke?"

Terus Hazwini memuncungkan mulutnya.

"Tak nak! Nak jadi macam ayah!" Katanya dengan tegas tetapi mulutnya masih tidak lepas dari memuncung.

"Apa pulak... Itu kerja orang lelaki lah."

Tiba-tiba satu suara berkata bertambah lagi muncung mulutnya dan wajahnya bertambah masam mencuka.

"Menyakat kakak banyak-banyak, Along. Jangan ibu menyakat kamu campak dalam laut tu kang," kini suara Puan Hawa membebel memarahi Hazriq Raikkal, abang sulung Hazwini berusia 9 tahun.

"Ayok, padan muka. Kena marah..."

"Mana ada kena marah. Ibu nasihat kat abang je."

"Sudah-sudah jangan nak gaduh. Kalau kakak nak jadi macam ayah, kena belajar elok-elok tau sayang..."

"Baik ayah. In shaa Allah," balas Hazwini dengan senyuman comelnya. Selepas itu dia melapangkan kedua-dua tangan dihadapan ayahnya untuk meminta sesuatu.

"Ayah, nak dukung!"

Encik Zamarul terkecil. Sebelum itu, dia meletakkan kamera miliknya di atas rumput sebelum mendukung anak perempuannya.

"Huwaa, along nak dukung juga. Mana aci ayah dukung kakak!" Ujar Hazriq Raikkal dengan tak puas hati.

"Kejap ya... Nanti ayah dukung along."

Terpaksalah Hazriq Raikkal menunggu. Sebenarnya dia tidak rasa cemburu sedikit pun dengan adik perempuannya itu. Cuma dia suka mengusik sampai terbuat adiknya menangis.

"Ayah..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"AYAH... kakak sayang ayah! Banyak-banyak!" Usai bicara terus bibirnya mencium pipi ayahnya.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now