🌼Bab 7

2K 127 18
                                    

Salin nota! Salin nota....! Kalau tak salin, kena denda dengan mamat tu! Sempat lagi Hazwini berdiskusi dengan hatinya sambil tangannya laju menulis sambil melihat slide dihadapannya. Kadang-kadang dia membetulkan cermin matanya yang terlondeh di hidungnya.

Kemudian dia berhenti menulis nota. Pennya dari tanganya di letak elok atas buku nota. Dengan penuh berhati-hati, dia mengambil earphone dari begnya. Telefon pintar di keluarkan juga lalu mengambil wayar earphone lalu di cucukkan pada lubang disediakan.

Dia mengambil wayar yang telah disambungkan di letakkan di telinga. Selamba dia membuka aplikasi spotify lalu dibukaknya lagu kegemaran.

What is love dari kumpulan TWICE menjadi pilihannya untuk menggantikan bosannya ketika menyalin nota.

Kemudian dia menyambung menulis nota semula. Bibirnya terkumat-kamit mengikut lirik lagu itu. Nasib baik dia nyanyi perlahan sahaja. Kalau tidak mampus dia kena tengking lelaki di hadapannya kerana mendengar lagu ketika belajar.

Wini... Wini.. Wini... Apalah nak jadi dengan kau ni? Tengah belajar boleh pula kau melayan lagu TWICE kau tu? Macamana nak dapat 4 flat ni.. Hatinya membebel sakan kepadanya.

Sahabat-sahabatnya leka dengan notanya. Liana di sebelah Hazwini tekun memandang kehadapan.

Dalam sibuk menulis, Hazwini dapat merasakan lengannya disiku perlahan oleh seseorang. Namun demikian, dia tidak langsung membuat peduli tentang itu. Dia masih leka dengan kerjanya yang menyalin nota yang diberi oleh lelaki itu sambil mendengar lagu dari Spotify. Spotify pun bukan main kedekut sekarang ni. Nak skip pun kena bayar! Macamlah aku ni kaya sangat.

Dia masih lagi merasakan lengannya ditampar lembut. Makin lama, makin kuat. Dia tahu sebelah kiri ialah Adriana. Manakala sebelah kanannya ialah Liana yang masih tekun dengan kerjanya.

Tamparan dilengannya masih terasa lagi. Lantas dia bersuara. "kau nak apa...?" katanya tanpa memandang ke arah Adriana.

Dekat seminit tak ada balasan dari Adriana. Pantas dia menoleh ke sebelah kirinya. Mata adriana membuat isyarat supaya memandang ke hadapan.

Membulat mata Hazwini memandang ke arah Airil Adryan yang merenung tajam ke arahnya dari jauh. Bala sudah datang....

Semua pelajar di dewan pandang ke arahnya. Ada yang menanyangkan wajah sinis. Tanpa Hazwini hanya membuat bodoh sahaja. Muka bijak kena pandai kawal. Haha.

" Hazwini Raihana!" kedengaran namanya di laung kuat oleh lelaki itu.

Dan Hazwini mampu buat muka tidak berdosanya. Aku tahu lah nama aku sedap. Tak payah lah nak menjerit bagai.

Hazwini membayangkan jika dewan kuliah ini runtuh angkara lelaki itu yang menjerit namanya dengan kuat. Apalah nasib pelajar-pelajar yang tidak sempat untuk melarikan diri? Termasuk dirinya juga.

" Ya, saya!" sahut Hazwini dengan kuat seraya bangun dari tempat duduknya.

" Awak faham tak apa yang saya cakap tadi?"

Eh? Cakap? Masa bila dia cakap...

Tapi dia guna 'awak'.

Eee, aku rasa nak muntah! Pinjam mangkuk ke, baldi sekejap. Serius tak tahan. Hm, plastik pun boleh juga.

Okey, sabar Wini. Jangan muntah. Nanti dicap mengandung pula. Tiber. Sekarang masalah kau tu... Apa kau nak jawab soalan dia?

Perlahan-lahan dia memandang ke arahnya sahabatnya. Liana siap menunjukkan nota yang disalin itu lalu menunjukkan laptop yang berada di depannya.

Isyarat yang diberi oleh Liana langsung tidak memberi kesan kepadanya. Langsung tidak faham dengan bahasa 'bisu' diberikan oleh Liana.

" Do you understand what I said earlier? What did you do until you didn't know what I said? " lelaki itu sudah mula naik hantu.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now