Bab 42🤍

1.4K 98 24
                                    

Hari berlalu demi hari, Hazwini dan sahabat-sahabatnya mula fokus menyiapkan tugasan kerja yang sudah menggunung bak Gunung Everest. Kisah patung Doraemon yang diberi oleh pemberi misteri tidak ketahui nama dilupakan sementara. Lagi sebulan lagi bulan Ramadan datang, lagi banyak tugasan perlu diselesaikan. Mengalahkan pelajar semester tahun akhir aje.

"Wei, kau orang tahu tak Mia yang cari pasal dengan Sya tu, dah berhenti belajar?" Soal Aleya dengan perlahan. Bisik. Tidak mahu menganggu pelajar-pelajar lain dalam perpustakaan ini yang sedang membuat kerja masing-masing. Suasana senyap sepi sahaja dalam Perpustakaan Hamzah Sendut 2. Kedengaran hanya bunyi bisik-bisik sahaja.

Jeda. Mereka berlima yang lain hanya buat tidak tahu pertanyaan Aleya. Sibuk menghadap komputer riba masing-masing.

"Weiyo... Haih kau orang ni," Aleya mula hilang sabar. Suaranya dikuat sedikit tetapi hanya dapat di dengari mereka berlima. Kerana mereka berenam semeja.

"Aku tahu lah," jawab Fify dengan malas. Dirinya hanya fokus pada komputer ribanya.

"Tak pelik ke?"

"Tak ada yang pelik. Rasa aman bila dia dah berambus dari sini. Kalau ada pun, buat tambah aku sakit hati je. Hati aku ni rasa sakit aje bila ada. Dah la kes rembat pakwe aku, aku still tengah sakit hati lagi ni,"

"Huish, parah ni! Sya, baik kau telefon Dr. Affan. Biar dia rawat hati si Sya ni," seloroh Hazwini. Sengaja dia ingin menyakat Aisyatul.

"Aku campak kau karang dekat Dr. Airil baru tau! Sibuk je budak ni."

Hazwini mencebik. Eleh, malu lah tu bila sebut nama Dr. Affan.

"Sorry sikit. Aku orang ketiga tertua dalam kalangan kita berenam ni. Jangan memandai-mandai nak panggil aku budak." Ujar Hazwini sebelum matanya di fokuskan kembali pada kerjanya.

"Okey... Aku campak kau karang dekat Dr. Airil baru tau! Sibuk je orang tua ni."

"Apa mention-mention aku ni? Aku nak buat kerja tak senang," kata Liana apabila dia terdengar panggilan 'orang tua'. Walaupun Hazwini orang pertama panggil nama gelaran itu, mereka yang lain pun turut terjebak sekali. Almaklumlah dia lahir pada bulan Januari.

"Kau ni Sya, orang tua tu untuk Liana. Kau panggil je lah aku 'Wini Comel ke'? Baru lah tak confuse.."

Malas Aisyatul melayan. Bicara Hazwini dibiarkan sahaja. Kalau di layan, kerja pun tak siap!

Sekali lagi Hazwini mencebik. Akhirnya dia turut diam. Tertumpu ke arah kerjanya.

Keadaan di meja mereka berenam kembali sunyi. Beberapa minit kemudian kedengaran Fify bersuara.

"Kau orang, esok tak ada kelas kan? Hurm, apa kita keluar jalan-jalan?"

"Nak pergi mana? Aku malas lah... rasa nak tergolek-golek kat atas katil je. Dah lah dalam seminggu ni aku tak dapat tidur secukupnya. Assignment berlambak gila kut," balas Hazwini. Komputer ribanya di matikan lalu ditutup. Buku dan pen yang terabur di atas meja di susun kemudian di simpan dalam beg komputer.

"Alah... kau ni Wini. Bukan kita keluar sampai malam pun. Kau tahukan pagar kampus ditutup sebelum pukul sebelas malam. Rileks lah,"

Kedengaran bunyi keluhan berat terluncur di bibir Hazwini. Apa yang di katakan oleh Adriana tadi membuatkan dirinya bertambah malas. Kalau boleh waktu memang dia nak tidur. Walaupun masih petang lagi. Azan asar tak masuk lagi.

"Jomlah Wini... Tak syok kalau kau tak ada. Pasal makanan jangan risau aku belanja," sambung pula Aisyatul. Dia juga sudah kemas barang-barangnya.

"Tengoklah keadaan..."

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now